Terasa nak buat biskutTat Gulung Cadbury untuk raya nanti? Ramai yang dah cuba dan rasanya memang sedap. Namun biskut ni ada pelbagai versi. Bezanya hanya pada bahan-bahan doh. Salah satu resipi yang mudah ialah resipi yang perkongsian saudari Sri Noratika Hassan ni. Guna 4 bahan je. Jom cuba!
RESIPI TAT CADBURY 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega/marjerin
1 sudu teh minyak sapi
3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.
2. Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit sebelum diterap.
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna.)
4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.
5. Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.
6. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.
Ads
7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.
TIP : Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.
Salah satu kek yang sedap adalah kek chiffon pandan. Baunya ketika dibakar pun dah boleh buat rasa berselera nak makan. Kali ini RASA kongsikan resipi yang pasti korang suka. Boleh cuba buat untuk Syawal nanti.
KEK CHIFFON PANDAN
BAHAN A
6 biji kuning telur
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
Pewarna hijau
Perisa pandan
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan pewarna hijau, perisa panda, minyak jagung dan santan pekat. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul sebati dan ketepikan.
BAHAN B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang. Jika diterbalikkan adunan tidak jatuh.
CARA MEMASAK
1. Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A sedikit demi sedikit.
2. Tuang adunan ke dalam periuk lubang.
3. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45 minit pada suhu 175c
4. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di atas redai kek sehingga sejuk.
5. Potong dan hidangkan.
Buat penggemar coklat buat kek ini gerenti tak mengecewakan. Rasanya sedap tak manis sangat sesuai dengan tekak. Rasa sekali pasti ketagih nak lagi.
KEK COKLAT OREO Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh esen vanila -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh soda bikarbonat-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 cawan minyak
Sedikit garam
1 cawan oreo yang sudah dihancurkan
1 cawan air nescafe (bancuh air panas dengan 1 sudu besar nescafe )
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu segar + 2 sudu besar air lemon)
* kalau tak ada buttermilk boleh juga gantikan dengan 1 cawan yogurt asli Topping:
1 cawan whipping cream
1/2 cawan coklat masakan
1 sudu besar butter/minyak
Cara memasak: 1.Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Dah siap ketepikan
2.Dalam mangkuk yang lain pukul telur, gula, esen vanila guna whisk.
3.Masukkan minyak, buttermilk, air nescafe dan garam.
4.Kacau sebati.
5.Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
6.Masukkan oreo dan kacau sebati.
7.Masukkan dalam bekas /loyang yang telah dialas dengan baking paper
8.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 45 minit 9.Untuk topping pula, campurkan semua bahan dalam mangkuk dan cairkan guna kaedah double boiler.
10.Bila dah cair tuangkan atas kek dan boleh la hias dengan parutan coklat dan oreo.
Buat yang suka makan dan buat kek, kena tahu cara-cara mudah untuk membuatnya. Untuk mentega, margerin dan telur yang akan digunakan, simpan di dalam suhu ruang. Pembuatan kek harus sesuai mengikut sukatan dalam resipi. Tak boleh main agak-agak seperti kita masak lauk pauk. Timbang bahan dengan tepat barulah kek menjadi dengan elok dan enak rasa.
KEK OREN BIJI POPI
BAHAN KEK:
5 biji telur gred A
300gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
300gm cawan tepung gandum
200gm gula kastor
3/4 cawan perahan jus oren
¼ cawan susu segar
2 sudu makan parutan kulit oren
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
70gm biji popi
BAHAN ISING CREAMCHEESE:
200gm gula ising | ayak
150gm creamcheese | dilembutkan pada suhu bilik
150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum serbuk penaik. Ketepikan.
Campurkan jus oren, susu dan esen vanila di dalam mangkuk. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren dan biji popi. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
Masukkan telur satu persatu, kacau sebati. Kemudian masukkan campuran tepung dan susu secara berselang seli, bermula dan diakhiri dengan tepung.
Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
Untuk membuat ising; Pukul mentega dan creamcheese hingga sebati. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati. Masukkan esen vanila.
Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan aising di atas lapisan kemudian letakkan lapisan kek yang kedua. Salutkan kek dengan lebihan ising, atau boleh terus dihidangkan tanpa disalut (naked cake style). Hias dengan isi buah oren.
KEK PISTACHIO DAN KARAMEL MASIN
BAHAN KEK:
3 biji telur gred A
200gm gula kastor
250ml minyak jagung
250ml susu segar
350gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
70gm kacang pistachio | hancurkan kasar
BAHAN KARAMEL MASIN:
200g gula
3 sudu makan air
90g mentega | potong kiub
120ml krim (whipping cream/heavy cream)
1 sudu teh garam
BAHAN ISING BUTTERCREAM:
150gm gula ising | ayak
150gm lemak sayuran (shortening)
150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ayak dan ketepikan.
Pukul telur, gula kastor dan garam hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan susu dan minyak jagung perlahan-lahan.
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan paling perlahan hingga adunan sebati. Jangan pukul terlalu lama.
Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
Taburkan kacang pistachio ke adunan kek. Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
Untuk membuat ising; Pukul kesemua bahan kecuali esen vanila hingga kembang. Masukkan mentega kacang, putar sehingga sebati.
Untuk membuat karamel masin; Masak gula, garam dan air di dalam pan yang mempunyai dasar yang tebal di atas api sederhana. Masak hingga gula berwarna perang.
Masukkan mentega perlahan-lahan. Karamel akan berbuih apabila mentega dimasukkan. Kacau dengan laju dan berhati-hati hingga mentega cair sepenuhnya. Masukkan krim dan teruskan mengacau selama seminit. Angkat dan sejukkan.
Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan ising di atas lapisan kemudian taburkan kacang pistachio. Ulang langkah ini dengan satu lagi lapisan kek, ising dan kacang.
Salutkan kek dengan lebihan ising. Sudukan karamel di atas kek. Hias dengan kacang pistachio.
KEK COKLAT PUTIH
BAHAN-BAHAN:
110gm coklat putih | cairkan
90gm coklat putih | cincang halus
227gm mentega
350gm gula kastor
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
350gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
¼ sudu teh baking soda
225gm yogurt
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.
Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.
Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.
Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.
Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.
KEK COKLAT KACANG HAZEL
BAHAN-BAHAN:
300gm kacang Hazel | dibakar dan dikisar halus menjadi serbuk seperti tepung
80gm koko
100gm mentega | lembutkan pada suhu bilik
5 biji telur | asingkan putih dan kuningnya
300gm gula kastor
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
Tapis serbuk kacang hazel dan koko bersama.
Pukul kuning telur bersama 200 gram gula kastor. Masukkan mentega sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga gebu.
Masukkan campuran koko dan kacang hazel. Kaup balik adunan.
Dalam mangkuk adunan lain yang bersih, pukul putih telur dan masukkan lebihan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kental. Kaup balik ke dalam adunan tadi perlahan-lahan sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam 35 minit atau sehingga masak.
Boleh bakar sebiji atau jadikan seperti kek cawan.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.