Bingka ubi adalah salah satu kuih tradisi Melayu yang sangat sedap. Kuih lejen ini sungguh asyik dimakan bersama secawan kopi o panas. Kuih ini manis, jadi kopi o tanpa gula amat melengkapkan cita rasa.
Jom kita lihat resipinya.
BINGKA UBI CARA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN
2 cawan ubi kayu parut
1/2 cawan air
2 cawan gula merah
2 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, perah ubi kayu yang telah parut. Air perahan jangan dibuang. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan air bersama gula merah dan gula pasir. Masak sehingga gula larut. Selepas itu, tapis. Ketepikan.
3. Dalam periuk lain, masukkan mentega. Cairkan dengan api perlahan. Matikan api.
4. Masukkan dalam periuk berisi mentega tadi ubi kayu yang telah diperah dan bancuhan air gula. Gaul rata-rata.
5. Masukkan santan pekat dan santan cair. Kacau lagi.
6. Masukkan sedikit air perahan ubi kayu yang bahagian bawah atau mendapannya. Kacau lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak masak. Ratakan.
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius. Bakar selama 1 jam.
8. Selepas masak, keluarkan dan biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong-potong.
Ads
TIP: Jika mendapan air perahan ubi kayu tidak banyak, boleh masukkan 1 sudu tepung ubi ke dalam adunan.
Bila sebut lepat, pasti terbayang kuih yang dimasak dalam daun pisang. Ya, itu memang betul. Ada macam-macam jenis lepat. Lepat pisang, lepat ubi dan lepat labu. Salah satunya adalah lepat cendol.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya berkongsi resipi lepat cendol yang nampak sedap. Cara membuatnya pun ringkas. Bolehlah kita cuba nanti ya.
LEPAT CENDOL
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung jagung (BELI DI SINI)
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Sikit kapur makan
7 sudu besar gula kastor (BELI DI SINI)
Daun pandan (kisar dan ambil airnya)
Garam secukupnya (BELI DI SINI)
1 cawan cendol (cuci dan toskan)
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan kecuali cendol ke dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau selalu.
2. Masak sehingga adunan menjadi pekat dan meletup-letup.
3. Masukkan cendol. Kacau perlahan.
4. Layurkan daun pisang atas api sekejap. Ambil sesenduk adunan. Letak atas daun pisang dan bungkus kemas.
5. Buat sehingga adunan habis.
6. Kukus lepat sehingga masak. Tutup api. (BELI PENGUKUS DI SINI)
Inovasi menjadikan Putu Bambo atau Putu Piring dipelbagaikan cara penyediaan. Antaranya guna daun pisang menggantikan selinder buluh. Anda hanya perlu bentukkan daun pisang seperti selinder kemudian masukkan je adunan tepung beras ke dalamnya dan kukus seperti biasa. Bentuk lebih kurang dan rasa tetap sedap.
PUTU DAUN PISANG BAHAN-BAHAN: 26 sudu makan tepung beras 6 sudu makan tepung pulut 140 air | blender dengan 5 helai daun pandan. 1/2 sudu teh garam Gula Melaka secukupnya | dihiris BAHAN TABURAN: Kelapa parut (putih sahaja) gaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
CARA MEMBUAT:
Dalam bekascampur tepung beras, tepung pulut, garam, air pandan sedikit demi sedikit sambil diadun rata.
Terus adu hingga adunan menjadi butiran halus.
Daun pisang dirollkan dan letak dalam gelas.
Masukkan 1 sudu makan tepung dalam daun pisang, lapiskan dengan gula Melaka dan akhir sekali masukkan 1 sudu makan lagi adunan tepung beras tadi.
Panaskan pengukus dan kukus selama lebih kurang 20 minit.
Angkat dan buka daun pisang dalam bekas berisi kelapa parut.
Susun dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan lebihkan kelapa parut.
Teringin nak makan Kuih Akok yang sedap dan panas-panas? Ha…Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Mudah je. Paling best sebab boleh bakar guna mesin pembuat sandwich (sandwich maker) je. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya. Pasti puas hati dapat makan kuih ni untuk minum petang.
RESIPI KUIH AKOK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan
1 cawan telur – pecahkan macam nak buat telur dadar. Kemudian sukat guna cawan.Jumlah telur bergantung pada cawan yang kita guna.
3/4 cawan gula putih + gula merah -kurangkan sikit jika terlalu manis
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pes pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan putar hingga adunan kembang. Jika suka, boleh juga kisar menggunakan blender.
2. Oles sedikit minyak pada sandwich maker.
3. Tuang adunan hingga betul-betul penuh / memenuhi ruang.
4. Tutup dan bakar selama 4-5 minit. Jika mahukan akok yang berbentuk cantik, jangan buka penutup sandwich maker. Buka hanya bila kuih akok betul-betul masak.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.