Kalau makan nasi restoren mamak kita mesti ambil ayam gorengnya. Sedapnya lain macam sebab itu ramai yang ketagih dan asyik ‘repeat’ makan kedai mamak.
Ayam goreng ini sebenarnya boleh saja kita buat sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Qhamcyahh Hidayat. Rata-rata yang mencuba resipi ini memang mengakui ayam goreng ini sedap.
Ayam goreng mamak yang bikin ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Ads
Cara membuat:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
Ayam Masak Cencaluk. Menu yang sangat ringkas, mudah dan sedap yang anda boleh masak sebagai sajian keluarga tercinta. Menu ini boleh tahan enaknya bahkan satu ketika dahulu, Tuanku Permaisuri Agong juga pernah berkongsi resipinya di IG Story Dato Rizalman. Nak cuba? Saudari AnieyRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam 2-3 batang serai – diketuk 1-2 biji bawang merah – dimayang 2-3 ulas bawang putih – dimayang 1 inci halia – dihiris 1 biji tomato – dibelah enam 1/2 biji bawang holland – dihiris kasar Cili – jumlah ikut tahap kepedasan masing-masing Daun sup – dihiris Cencaluk secukupnya Sedikit kicap manis
1.Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Perap ayam dengan cencaluk. Jumlah cencaluk bergantung pada selera masing-masing. Gaul rata dan biarkan selama 15-30 minit.
3. Panaskan minyak. Masukkan serai.
4. Masuk ayam yang sudah diperap.Gaul dan biarkan ayam separuh garing.Masak guna api sederhana sahaja.
5. Bila ayam sudah separuh garing, masukkan hirisan bawang merah, bawah putih dan halia.Gaul sebati dan biarkan ayam garing bersama bahan-bahan tadi.
6. Tambah sedikit air (ambik dari bekas perapan tadi) dan tuang dalam kuali.
7. Masukkan sedikit kicap manis (anggaran 2 sudu makan). Gaul lagi hingga rata.
8. Seterusnya masukkan cili dan bawang holland.Gaul lagi.
9. Masuk juga hirisan tomato.
10. Akhir sekali tambahkan hirisan daun sup.Tidak perlu tambah garam dan perasa kerana cencaluk sudah mempunyai rasa masin.
11. Ayam Masak Cencaluk siap dan sedia untuk dinikmati.
Ayam, lauk paling digemari oleh anak-anak, selain mudah dimasak, ia juga boleh dipelbagaikan resipinya. Antara menu ayam yang menjadi kegemaran ramai adalah ayam yang dimasak ‘sambal’. Sesuai di penghujung Ramadan ini, bangkitkan selera seisi keluarga dengan tiga menu sembal ayam yang berbeza, tapi hasilnya gerenti sedap hingga menjilat jari.
AYAM SAMBAL MINANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
AYAM SAMBAL DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
AYAM SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam goreng style mamak yang sangat sedap. Ayamnya kelihatan berwarna agak kemerah-merahan. Sudah semestinya, cita rasanya juga amat menyelerakan.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 inci halia
BAHAN LAIN
1 ekor ayam (belah 8 atau ikut suka)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah kari ikan
Garam
1 sudu kecil serbuk lada
1 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, masukkan bahan kisar.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan dibersihkan.
3. Masukkan tepung jagung, tepung beras, daun kari, rempah kari ayam dan ikan, garam, serbuk lada dan telur ayam.
4. Gaul semuanya sehingga sebati dan perap selama 1 jam.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ayam sehingga masak.
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.