Cara Buat Asam Pedas Melaka Asli Padu Rasa, Confirm Puas Hati Makan

Share

Kecur liur dengan menu yang satu ni. Bila dapat makan asam pedas yang cukup rasa masam, pedas yang seimbang memang puas hati. Kadang nak dapat yang memenuhi citarasa memang sukar, jadi masaklah sendiri. Boleh cuba ikut resipi ini. Makan je, terus terasa seolah berada di negeri Melaka Bandar Bersejarah.

ASAM PEDAS MELAKA

Bahan-bahan:
2 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
1 sudu besar lada hitam
(Kisar semua bahan)


Cara membuat:

1 mangkuk cili kering yang dikisar asingkan.


1.Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.

2.Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

3.Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula Melaka, lagi sedap.

4.Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu pes asam jawa. Kacau dan kacau.

5.Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau biar didih sedikit.

6.Masukkan bendi kemudian daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.

7.Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahlah ikan apa nak guna.

8.Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.

9.Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau lagi.

10.Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
Kredit: Liza Idris

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN