Cara Buat Agar Agar Pandan Santan Berlapis Paling Mudah & Dijamin Menjadi

Share

Agar-Agar Pandan Santan ni antara manisan kegemaran orang tua dulu-dulu. Malah kanak-kanak pun suka sebab rasanya memang sedap. Walaupun nampak ringkas dan mudah, kalau salah cara memang tak menjadi. Nak cuba buat Agar-Agar Pandan Santan ni untuk hidangan keluarga? Resipi perkongsian saudara Muhammad Ali ni boleh anda cuba.

 

RESIPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN PALING SEDAP & MUDAH

BAHAN – BAHAN: (loyang 8 inci)

CARA MEMASAK:

1. Kisar daun pandan bersama 1 cawan air. Dah siap kisar, tapis. Siap air pandan. Ketepikan.

2. Kacau sebati santan bersama. Kalau pakai santan kotak, guna KARA. Berlemak elok. Kalau nak kisar santan bersama telur pun boleh. Tekstur akan lebih halus. Dah siap ketepikan.

3. Buka api, masukkan 4 cawan air dan 12gm agar agar tali ke dalam periuk. Biarkan mendidih guna api sederhana.

4. Bila sudah mendidih, masukkan gula, air kisaran daun pandan, campuran santan dan telur bersama pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tidak bergumpal.

5. Bila sudah sebati, biarkan mendidih selama 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nak bagi santan terpisah dengan air.

6. Bila sudah 1-2 minit, padamkan api .Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang bersaiz 8 inci.

7. Biarkan agar-agar pada suhu bilik selama 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.

8. Agar-Agar Pandan Santan sedia untuk dinikmati.

 

 

Kredit resipi & foto: Muhammad Ali

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN