Cara Buat Agar-Agar Lumut Gula Merah Paling Simple & Sedap.

Share

Anda suka makan Agar-Agar Lumut Gula Merah? Jika ya, resipi ni anda kena cuba. Kalau makan masa sejuk-sejuk, memang layan sungguh. Lebih-lebih lagi kalau makan dikala cuaca panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza

ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI AGAR AGAR LUMUT GULA MERAH

 

BAHAN-BAHAN

  • 18gm agar-agar tali
  • 1250ml air
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan gula – boleh kurangkan jadi 1 sudu jika suka kurang manis
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan gula merah

 

CARA MEMASAK:

1. Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Biarkan hancur dan larut.

2. Kemudian masukkan gula merah, gula dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.

3. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tuang ke dalam periuk. Masak selama 5 minit menggunakan api perlahan.

4. Kuatkan api sehingga naik buih. Padamkan api dan tuang campuran ke dalam loyang.

5. Sejukkan agar-agar dan boleh dipotong apabila mengeras.

 

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

IKLAN