Jom buat cilikisar homemade yang tahan lama. Maklumlah, cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR HOMEMADE TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.- Kak Mim
CARA-CARA: 1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga cili menjadi lembut. Kemudian toskan.(tidak perlu basuh lagi, cuma tos saja. Jika basuh balik guna air paip nanti cili kisar tidak tahan lama).
3. Biarkan sekejap hingga cili agak sejuk sedikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. (beli BLENDER baru dengan harga mampu milik DISINI)
4. Letak cili kisar dalam bekas bersih bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat walau disimpan berbulan-bulan. Malah cili juga tidak berbau masam.
” Ishhhh!!! Muka dah lawa.. pandai masak dan sedap pulak tu… tapi eiiii… dapur dia berkerak… geli aku tengok” – Makcik Bawang
Mintak elak makcik bawang mengata dapur anda yang berkerak itu sampai di canang satu kampung. Kalau tidak pun memang tidak boleh biarkan dapur kotor kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda sekeluarga. Ini kerana, di atas dapur itu juga kita masak pelbagai makanan yang akan dihidangkan untuk satu keluarga. Ini juga akan menarik binatang-binatang yang membawa penyakit seperti tikus dan lipas.
Tidak perlu pening hanya guna ubat gigi cara mudah dan murah untuk menaggalkan kesan kotor di permukaan dapur anda. Jangan sampai nanti beri alasan tidak mahu masak sebab sayang dapur anda cantik berkilat.
CARA KILATKAN DAPUR MASAK
Sapukan ubat gigi celah-celah dan atas dapur.
Gosok guna tuala atau tisu lembab
Kalau tempat yang degil itu letak banyak ubat gigi
Sudah siap gosok lap dengan tisu atau tuala basah
Bila sudah bersih semua lap lagi sekali dengan tisu atau tuala kering
INFO:
Boleh gunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi untuk menyental kotoran degil di celah dapur.
Sila pastikan lap bersih dapur anda setiap kali memasak jika malas untuk menyental dapur.
Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai pencuci pinggan biasa pun tak nak tanggal. Jadi apak kata anda cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK & KUALI AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
Sabun mandi ( buku)
Dawai besi
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Lipas yang berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan racun.
1. Sabun mandi
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2. Lemon
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3. Buah Pelaga
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4. Daun Pandan
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5. Daun Bay
Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6. Baking Soda & Gula
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.