Makan

Campak-Campak Dah Siap. Resipi Clear Seafood & Vege Soup Ni Memang Sedap

Share

Tercari-cari menu sihat tapi sedap? Ha… Cuba resipi Clear Seafood & Vege Soup perkongsian saudari Marini Ismail ini. Menurut beliau menu ini sangat cepat masak, sihat dan berkhasiat. Tak payah tumis pun. Main campak-campak je.

Walaupun simple tapi sup ini sangat sedap dan beraroma. Bahan yang wajib ada serbuk lada putih dan minyak bijan.Barulah sup lebih beraroma. Kalau nak pedas boleh makan dengan Cili Padi

Kicap atau sos cili ala Johnys.

Sup ni sesuai makan dengan kuetiau, bihun ataupun mi shabu shabu. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!

RESIPI CLEAR SEAFOOD & VEGE SOUP

BAHAN-BAHAN:
5 – 7 ulas bawang putih – cincang halus
White Fish Ball / fishball ikan putih
Seafood Tofu – potong kecil
Filament ketam – potong kecil
Cendawan Inoki – potong kecil
Sawi Bak Choy – dipotong
Serbuk lada putih – beli online disini
Mushroom Seasoning – beli online disini
Garam secukup rasa
Minyak bijan – beli online disini
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan masukkan bawang putih yang dicincang.
2. Bila sudah mendidih, masukkan fishball, seafood tofu dan cendawan inoki.
3. Kemudian boleh perasakan dengan garam, mushroom seasoning dan minyak bijan dengan secukupnya
4. Akhir sekali baru masukkan bak choy dan filament ketam.
5. Didihkan dan tutup api. Siap untuk dinikmati begitu sahaja atau bersama bihun, kuetiau atau mi.

 

Kredit resipi & foto: Marina Ismail

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN