Sedapnya jika menikmati Bubur Candilni. Lemak-lemak manis kuahnya, ditambah pula dengan doh Candil yang lembut, memang tidak puas dimakan. Saudari Norasikin Termizi ada kongsikan resipinya. Kuantiti bahan tidak terlalu banyak dan sesuai untuk saiz hidangan 3-4 orang makan. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh. 2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
Ads
3. Sementara menguli doh, didihkan air dalam periuk. 4. Cubit doh dan bulatkan. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Biarkan hingga timbul. Bila doh timbul, maksudnya ia telah masak. Tidak perlu dikacau.
5. Angkat doh dan letak dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
BAHAN KUAH SANTAN MANIS:
4 cawan air
2 ketul gula melaka – boleh guna gula merah @ gula pasir – beli online disini
1 ½ sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air – beli online disini
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air, gula melaka dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula melaka larut. 2. Masukkan santan dan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Masak sehingga mendidih. 3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 4. Rasa kuah, jika kurang manis, boleh tambah gula merah @ gula pasir. 5. Masukkan doh tepung. Sedia untuk dinikmati.
TIP: Masa nak uli doh dengan pewarna, jangan letak pewarna banyak sangat. Nanti bila doh sudah masak, warna akan jadi lebih terang/gelap. Jika sebelum masak pun sudah terang, lepas masak takut warna terlalu terang dan rasa takut untuk dimakan.
Sebelum isu boikot mungkin ramai kalangan kita yang selalu menikmati hidangan pancake di satu restoren makanan segera. Kalau teringin nak merasa kembali keenakan pancake ini apa kata buat sendiri saja di rumah.
Jika mahu pancake yang sama sedap dan gebu, boleh guna resipi yang dikongsi oleh Khairul Abdullah ini. Hidangkan bersama sirap maple dan mentega memang enak. Jimat pun jimat.
Buat sendiri pancake gebu gebas
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu butter dicairkan
Cara membuat
1. Mula-mula campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu, atau masukkan semua bahan dalam blender dan kisar. Siap.
2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan, sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sampai penkek tu nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan lalu biar sampai kuning keemasan.
Siap dan hidangkan dengan butter dan maple syrup ke, madu ke, aiskrim ke, susu ke atau apa saja yang disukai.
Vadai, kuih tradisi masyarakat Indianamun digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Jika makan panas-panas, memang sangat sedap! Bagi anda yang nak cuba masak kuih ni secara homemade, resipi mudah perkongsian saudari EiTa Emi ni boleh dicuba.
VADAI @ MASALA VADAI
BAHAN-BAHAN:
Kacang dhal – beli anggaran RM1.50
1 biji bawang merah – potong dadu
1 sudu makan jintan manis
2-3 tangkai cili kering – potong kecil
3 tangkai daun kari – potong kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kacang dhal dan rendam selama 3 jam.
2. Ambil segenggam kacang dhal dan ketepikan. Selebihnya, kisar dengan sedikit air hingga hancur.
3. Toskan airnya kemudian bolehlah digaul bersama bahan-bahan lain ( bawang merah, jintan, cili kering, daun kari dan kacang dhal yang diasingkan tadi.)
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Biarkan adunan selama 1 jam.
6. Panaskan minyak dan goreng adunan vadai tadi hingga garing dan kekuningan.