Buat Sendiri Sosej Sedap Tanpa Pengawet. Lebih Bersih & Dijamin Halal

Share

Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni. Sosej homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi pengawet berbahaya dan ada sayur bagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosmirah Yussof ni. Memang terbaik!

 

RESIPI SOSEJ HOMEMADE SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
4 ketul dada ayam
1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka)


3 batang daun sup
1 ulas bawang besar – dihiris nipis beli online disini
3 ulas bawang putih beli online disini
Sedikit garam
1 sudu stok ayam (boleh guna 1 ketul kiub ayam) beli online disini
Sebiji telur
3 sudu tepung jagung beli online disini
1/2 sudu teh daun oregano beli online disini
Sedikit serbuk lada hitam beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai lumat.


2. Bahan yang telah siap dikisar. Kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk mudah dipaipkan dalam plastik.


3. Kaub balikkan adunan supaya sebati.


4. Masukkan bahan kisar ke dalam plastik atau piping bag. Masukkan separuh sahaja jangan penuh takut nanti akan terkeluar ikut belakang.


5. Gunting bahagian hujung

plastik.


6. Picitkan ke dalam plastik aiskerim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskerim itu telah dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.


7. Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim dengan kemas.


8. Jika tidak suka guna plastik, boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.


9. Caranya mudah sahaja. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun pisang atau aluminium foil.


10. Adunan yang telah siap dibungkus.


11. Masukkan gulungan sosej ke dalam pengukus dan kukus dalam15-20 minit.


12. Setelah siap boleh diangkat dan sejukkan sosej.


13. Buka pembalut sosej.


14. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng.


15. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga dipanggang atau bakar dalam ketuhar.


16. Sosej yang telah siap digoreng. Jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan sejukbekukan.

Kredit resipi & foto: Rosmirah Yussof

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN