Buat Sendiri Samosa Sayur Yang Sedap Rangup.

Share

Teringin makan samosa  tetapi tak tau macam mana nak buat?  Ini dibawakan secara DIY cara membuat samosa menggunakan kulit popia yang senang sesangat. Kalau ikut langkah demi langkah gerenti jadi punya.  Selain sedap  dan ringkas resipinya, apa kata anda buat lebih kemudian frozenkan dan boleh jual di kalangan rakan-rakan. Mana tahu boleh dijadikan bisnes  sampingan untuk pendapatan tambahan.

 

SAMOSA  SAYUR BERDAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 20 keping kulit popia
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1 cawan hirisan kubis
  • 1 cawan parutan lobak merah
  • 1 biji bawang merah | potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak masak | untuk menumis

LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.

LANGKAH 2:  Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.

LANGKAH 3:  Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.

LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .

LANGKAH 5:  Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.

LANGKAH 6: Panaskan  minyak dengan api sederhana, goreng Samosa  hingga kuning keperangan.

IKLAN