Menu tortilla wrap ini sangat sesuai buat mereka yang diet tanpa makan nasi. Boleh simpan frozen separuh masak jika tak nak makan terus.
Menerusi resipi yang dikongsi Farhah Azman ini, buat sendiri tortilla wrap lagi puas hati sebab dapat buat banyak. Lagi menarik, hanya gunakan empat bahan je nak buat roti tortilla!
TORTILLA WRAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung (saya pakai mug) – beli online di sini ½ sudu kecil garam 2 sudu kecil baking powder – beli online di sini 3/4 cawan air panas gelegak (ni tuang sikit-sikit nanti, takut terlembik. Kita nak dia jadi doh molek licin. Masa gaul mohon pakai sudu dulu, kemudian tukar pakai tangan) 2 sudu marjerin/mentega (ikut mana yang ada, kena cairkan ya) – beli online di sini
Dapatkan Zahraa Madeena Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
Ads
1. Mula-mula, masukkan semua bahan iaitu tepung, garam dan baking powder. Gaul-gaul rata. 2. Kemudian, masukkan marjerin dan air. Masa ni, air tuang sedikit demi sedikit. Gaul-gaul sampai elok dapat uli jadi doh dan tak melekat di sudu atau tangan.
3. Kemudian rehatkan 15 minit. Baru buat bulat-bulat kecil ikut saiz yang korang suka.
Ads
4. Masa nak bakar atas pan, bakar tanpa minyak ya. Tak perlu minyak. Siap. 5. Untuk bahagian inti di dalam, boleh letak apa jua jenis inti yang disukai.
Anda penggemar tempe tapi jemu dengan tempe goreng atau sambal? Usah risau sebab banyak lagi menu yang boleh anda pelbagaikan dengan makanan kaya dengan protein Ini. Berikut Rasa kongsikan lima menu tempe sedap dan ringkas yang gerenti bukan anda sahaja suka tetapi anak-anak juga. Tak percaya anda kena cuba ye…
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris menyerong
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
2 ulas bawang putih | titik
8 biji cili padi | hiris
Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat panis
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih
TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1paket tempe | hiris
200gm udang | buang kulit
1 biji bawang besar| hiris
2 ulas bawang putih | titik
10 biji cili padi | hiris
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak , goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe.
Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.
TEMPE GORENG DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong dadu
1 keping tauhu | potong dadu
2 pokok daun bawang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | titik
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau seketika dan tutup api.
Sedia dihidangkan.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
Sedia dihidangkan.
TEMPE TENDER BERSAMA SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong memanjang
1 biji telur
1 cawan nestum | hancurkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam
BAHAN SOS KICAP:
2 sudu makan kicap pekat manis
6 ulas cili padi
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suka makan ikan bakar? Kalau setiap kali nak masak baru nak buat perencah, memang melambatkan kerja. Jadi puan-puan boleh buat stok perencah ikan bakar homemade ni. Bila nak guna, ambil dan terus masak sahaja. Kalau makan dengan air asam, lagi bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Che Rohana Chek Akob ni. Puan-puan pasti sukakan hasilnya.
RESIPI PERENCAH IKAN BAKAR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
15 tangkai cili kering (*)
2 biji bawang besar (*)
5 batang serai (*)
1 inci halia (*)
1 inci kunyit hidup (*)
1 cawan santan pekat
Air asam jawa/ asam keping
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan bertanda (*) hingga halus. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa secukupnya. Boleh juga guna 1-2 keping asam gelugur. 4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 5. Masukkan santan pekat. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih seketika. Padamkan api. 6. Pastikan pes tidak terlalu pekat bagi mengelakkan pes tidak sekata bila disapu pada ikan. 7. Untuk menyediakan ikan bakar, sapu atau percikkan perencah di atas ikan menggunakan serai yang telah dititik. Bakar hingga kekuningan atau hingga ikan masak. 8. Angkat dan nikmati segera. Enak dimakan panas-panas.
Bagi peminat kaki ayam, hidangan kerabu kaki ayam mungkin sudah tidak asing lagi. Apatah lagi, tekstur kaki ayam yang lembut selepas direbus lama menjadikan kerabu kaki ayam sangat sedap untuk diratah begitu saja.
Sama juga halnya apabila kaki ayam dijadikan sup. Menghirup kuah sup panas-panas di samping mengunyah kaki ayam adalah salah satu nikmat bagi penggemar kaki ayam.
Jom kita lihat resipi kerabu kaki ayam yang RASA kongsikan kali ini.
KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN
10 Kaki ayam
10 tangkai cili padi merah/hijau (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
5 biji tomato ceri (dihiris)
2 sudu kecil sos ikan
2 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula
CARA MEMBUAT
1. Rebus kaki ayam sehingga lembut. Sejukkan. Apabila telah sejuk, tanggalkan isi dari tulang.
2. Dalam bekas besar, masukkan kaki ayam yang telah dibuang tulang. Campurkan semua bahan hiris iaitu cili padi, bawang besar, serai, dan tomato ceri. Gaul rata.
3. Masukkan sos ikan, perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam serta gula. Gaul lagi.
4. Kalau suka hirup kuah, boleh masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi.
Tip: Kaki ayam boleh diganti dengan udang, sotong, perut, ayam atau daging.
Selamat mencuba!
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.