Buat Sendiri Putu Halba Sedap Guna Acuan Lompang

Share

Sedapnya Putu Halba. Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, buka selalu dapat menikmati kuih ini. Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati. Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Zalila Mohamad.

 

RESIPI PUTU HALBA SEDAP

BAHAN-BAHAN:

2.5kg ubi kayu
2-3 sudu makan halba beli online disini
Sedikit garam
3 sudu makan tepung beras beli online disini

Gula melaka @nise kerek yang diparut beli online disini
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

CARA MEMASAK:

1.Parut ubi kayu hingga habis. Lagi halus parutan lagi cantik hasil kuihnya nanti. Jika parutan nampak kasar, lebih baik dikisar dengan blender.


2. Perah parutan ubi tadi menggunakan tuala bersih. Ia bertujuan mengeringkan air pada parutan ubi.
3. Leraikan ubi yang siap diperah tadi supa halus dan cantik.
4. Gaul parutan ubi bersama halba dan sedikit garam.
5. Masukkan juga tepung beras. Gaul sebati.
6. Panaskan periuk kukusan

. Sediakan acuan, terpulang nak guna acuan apa. Paling mudah, guna acuan lompang.
7. Letakkan sedikit parutan ubi ke dalam acuan lompang.
8. Kemudian letakkan gula melaka @nise kerek yang diparut. Jumlah gula bergantung pada selera msing-masing. Namun disarankan jangan letak terlalu banyak kerana nanti putu akan jadi tidak cantik dan melekat.


9. Selepas diletak gula, letakkan pula parutan ubi sampai penuh acuan.
10. Kukus dalam pengukus selama 10 hingga 15 minit atau sampai kuih masak sempurna. Tutup acuan dengan kain semasa mengukus.

11. Angkat dan hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Zalila Mohamad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN