Tidak kira kerabu mi segera, somtam, kerabu sotong atau apa sahaja kerabu atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan lima tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.
.
Bahan mesti segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.
.
Ads
Bahan yang dimasak, perlu dipanggang atau dicelur tidak terlalu lama.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.
.
Bancuh sos secara berasingan.
Semua bahan sos seperti hirisan cili, jus limau, cuka garam, sos cilia tau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.
Segera dihidangkan
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.
Ads
.
Penyedap rasa yang unik
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk menikmati keenakan rasa sebenar kerabu Thai, ini RASA kongsikan Kerabu Sotong yang ringkas dan sedap, 15 minit siap.
Ads
.
KERABU SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Kemudian masukkan sotong. Gaul rata
Masukkan pula hirisan bawang serai, daun bawang dan pudina.
Gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ni sis makan mango cheesecake yang rasanya super sedap. Tiba-tiba tekak rasa teringin lagi. Sis pun cubalah membuatnya, Alhamdulillah percubaan pertama kali berjaya. Anak-anak kata sedap sangat. Inilah resipinya kalau korang nak cuba.
Resipi untuk biskut: 180gm biskut tiger susu / biskut marie 80gm butter – dicairkan Untuk cream cheese: 1/2 biji mangga masak -dipotong dadu 250gm cream cheese 150gm whipping cream 60gm gula halus 2 sudu besar serbuk gelatin 3 sudu besar air panas 1 sudu besar jus lemon
Untuk puri mangga: 1 biji mangga masak 1 sudu besar serbuk gelatin 2 sudu besar gula halus ( kalau mangga kurang manis boleh tambah ikut citarasa masing-masing) 3 sudu besar air panas 1 titik pewarna kuning
Cara memasak: 1.Untuk base biskut hancurkan biskut dan campurkan dengan butter yang telah dicairkan tadi. 2.Letakkan ke dalam loyang dan tekan hingga mampat. 3.Masukkn ke dalam peti ais sekejap.
Untuk cream cheese: 1.Putar cream cheese dengan gula hingga lembut. 2.Masukkan whipping cream. 3.Larutkan gelatin dengan air panas hingga sebati dulu dan masukkan dalam adunan. 4.Masukkan jus lemon dan mangga. 5.Gaul sebati. 6.Tuangkan adunan cream cheese tadi ke atas biskut dan masukkan dalam peti sejuk semula. 7.Untuk puri pula,larutkan gelatin dengan air panas dulu dan campurkan semua bahan dalam blender. 8.Blend hingga halus. 9.Bila cream cheese dah agak-agak keras sikit, tuangkan puri mangga tadi. 10.Hiaskan dengan buah mangga yang dah dipotong nipis-nipis untuk membentuk bunga ros. 11.Hiaskan ikut kreativiti masing-masing. 12.Sejukkan dalam peti selama 4-5 jam baru dipotong. * seeloknya guna loyang yang boleh dibuka tepinya.
Cucur Manis adalah sajian kudap-kudapan yang sangat mudah untuk disediakan. Nak buatnya cukup mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas sahaja, anda telah boleh hasilkan sajian ini untuk sarapan, minum petang bahkan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak dijadikan bekal ke sekolah atau pejabat pun boleh. Terasa nak cuba buat Cucur Manis? Istimewa resipi yang dikongsi oleh saudari Reha Rahma, ia ditambah sedikit serbuk soda untuk menjadikan Cucur Manis jadi lebih enak dan gebu. Pasti best ni sebaa anak-anak beliau sangat menyukainya. Yela…budak-budak memang suka kuih manis ni kan? Faring diluar, lembut di dalam. Memang layan betul. Jom lihat resipinya. Selamat mencuba!
1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk yang bersesuaian dan gaul sebati menggunakan senduk. Elakkan terus emnguli menggunakan tangan kerana adunan masih panas.
2. Bila adunan sudah menjadi suam, boleh cubit adunan dan bulat-bulatkan menjadi doh. Saiznya ikut cita rasa masing-masing. Jika guna tangan, basahkan tangan dengan air supaya adunan tidak melekat. 3. Panaskan minyak masak, goreng adunan Cucur Manis dengan api sederhana hingga kuning keemasan.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Sesekali dapat nikmati lauk pauk kampung memang tak toleh kiri kanan. Sedap tak terkata. Setelah lama tak dapat rentas negeri, kali ini puaskan hati makan masakan kampung air tangan ibu tercinta. Bila dapat makan lauk special rendang maman ayam kampung buat bertambah makan. Bahan-bahan seperti berikut.
Bahan-bahan: 1 kg daging / 2- 3 ekor ayam kampung 2 kilogram (kg) sayur maman 2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa) 7/8 keping asam keping 2 buku kunyit hidup Cili api (ikut suka) garam secukup rasa
Cara memasak: 1) Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah. 2) Bersihkan daging dan masukkan ke dalam kuali. 3) Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging @ ayam tadi. 4) Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau bahan daging @ ayam dan air cili itu supaya rata. 5) Setelah kuah pekat masukkan asam keping. 6) Bila santan pekat, baru masukkan daun maman. 7) Ingat, jangan kacau selalu kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...