Garlic Butter Spread ni jika di pasaraya, sebotol kecil harganya boleh tahan mahal. Berbelas ringgit. Kalau nak tahu, anda boleh je buat sendiri di rumah guna 3 bahan yang sangat ringkas. Malah kosnya berkali-kali ganda lebih murah tau. Sangat enak disapu pada roti dan dicicah dengan sup cendawan. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 1-2 sudu makan mentega / merjerin guna api perlahan. Masukkan bawang putih cincang.
2. Setelah bawang telah naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu makan mixed herbs. Kacau rata. Bila mixed herbs tadi naik bau, padamkan api. Biarkan sejuk.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan 8 sudu makan mentega / marjerin. Tambahkan tumisan bawang putih dan herba tadi. Gaul rata.
Ads
4. Simpan garlic spread butter dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk supaya mentega kembali pejal semula.
5. Untuk menikmati garlic spread ni, sapu tipis pada roti sebelum dibakar atas kuali.
6. Bakar atas non-stick pan. Lebih garing roti, lebih sedap rasanya.
7. Nikmati roti bakar garlic spread bersama sup cendawan panas. Memang sangat enak dan mengenyangkan.
Buat peminat jering, pasti terliur dengan menu ini.Makan akan bertambah kalau dapat menu yang satu ni. Terlupa sekejap diet dek penangan jering balado.
Bahannya mudah didapati,bila saja merebus jering pasti bau kemana-mana. Namun bila dipadu dengan cili memang lupa bau. Sedap tak terkata.
JERING BALADO
Bahan-bahan:
• 250gm jering tua yang sudah direbus
• serbuk perasa,garam dan gula secukupnya
• minyak goreng secukupnya
• air masak secukupnya
Bahan kisar halus :
• 8 tangkai cili kering
• 7 tangkai cili padi merah (sesuai selera)
• 6 biji bawang merah
• 4 biji bawang putih
Cara Memasak :
1.Tumbuk jering satu persatu, lalu goreng sebentar. Asingkan.
2.Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan yang dikisar halus sampai harum dan masak, masuk air secukupnya.
3.Masukkan jering, letakkan serbuk perasa,garam dan gula.
4.Gaul rata, masak sampai kuah kering dan sedia untuk dihidang.
Menu sarapan yang mudah dan sedap disediakan. Makanan sihat tambah tenaga elok di hidangkan lepas penat bersenam atau ingin amalkan hidup sihat. Bahan yang tak susah untuk didapati boleh sangat kalau anak bujang nak belajar masak!
Twice Baked Potato with Egg on Top
Bahan-bahan:
(Untuk 4 hidangan)
2 kentang sederhana / besar
1 medium bawang kuning, dadu
4 telur kecil
3 atau 4 ulas bawang putih, cincang halus
4 oz. (100 g) keju, parut
2 sudu besar minyak zaitun atau 1 sudu mentega
Daun Bawanh segar, dicincang
Garam dan lada hitam segar
Cara-Cara:
Panaskan ketuhar hingga 200 ° C (400 ° F). Kupas kentang, cucuk dengan garpu dan letakkan di dalam ketuhar selama 30-40 minit sehingga lembut
Panaskam minyak atau mentega di atas api sederhana. Tumis bawang dan bawang putih selama 5 minit sehingga lembut
Apabila kentang cukup sejuk potong separuh memanjang, korek dan keluarkan isi meninggalkan kira-kira 1/4 inci isi dari kulit kentang. Kemudian masukkan isi kentang, keju parut, garam dan lada ke dalam kuali dan kacau hingga sebati.
Letakkan kulit kentang pada pan pembakar dan isikan dengan campuran tadi. Tekan kan sedikit dengan sudu sehingga untuk memberi ruang untuk telur. Taburkan daun bawang di atas dan pecahkan telur di atas setiap kentang yang disumbat.
Masak pada 200 ° C (400 ° F) selama 10-15 minit sehingga telur masak.. Nikmati!
Menjenguk laman sosial Hajah Sharifah Zainon di instagram seperti melihat seorang ibu sedang asyik memasak untuk anak-anak. Di samping gambar masakan yang dikongsikan, rakaman video aksi bersahajanya yang sedang memasak membuatkan sesiapa sahaja yang mengikuti IGnya akan merasa seronok.
Kali ini, beliau tampil dan beraksi di dapur rancangan Rasa Instafamous sambil berkongsi tips dan resipi menarik.
“Bermula pada tahun 2014, hanya berjinak-jinak mengambil gambar masakan dan memuat naik dalam instagram sahaja tetapi bila ramai yang direct message bertanyakan mengenai resipi, saya mula membuat rakaman video supaya senang diikuti. Hari-hari memang ada sahaja pengikut IG yang memberi feedback gembira setelah mencuba resipi yang yang saya kongsikan. Syukur alhamdulillah mereka suka, terutama pasangan muda yang beru berumahtangga”, katanya.
Ibu kepada 5 orang anak ini ternyata seorang yang penyabar, sangat peramah dan mudah mesra. Mula minat memasak selepas berkawin dengan suami tercinta Haji Mokhtar Mohamad apabila menyedari suaminya tidak minat untuk makan di luar. Dari situ beliau belajar memasak cuba untuk menawan hati suami dengan masakan kegemarannya. Beliau mencuba mempelbagaikan masakan agar suami dan keluarganya tidak jemu.
Hampir 28 tahun melayari rumah tangga, suaminya masih tidak suka makan di luar kerana percaya air tangan isterinya lebih memukau. Selama 5 tahun beliau belajar memasak sendirian berpandukan buku resipi setelah mengikuti suaminya yang ditugaskan ke Sarawak. Dari situ beliau sudah mahir memasak pelbagai jenis masakan seperti western food, chinese food dan lauk kampung yang menjadi kesukaannya. Selain menjadi suri rumah sepenuh masa beliau juga ada menjalankan bisnes kecil-kecilan untuk mengisi masa lapangnya.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Sharifah Zainon dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Berikut beliau telah kongsikan 3 resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
Kepada anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!