Buat Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Mudah Tak Perlu Uli Doh

Share
Kalau pergi ke pasar malam pasti nak mencari murtabak. Tidak kira murtabak daging atau ayam keduanya jadi kegemaran ramai. Sebenarnya buat sendiri murtabak ni lagi puas makan. Jom kita buat murtabak mini menggunakan kulit popia, mudah saja tidak perlu uli dohnya.Boleh cuba membuatnya ikut resipi Dianadiandra Diana. Confirm tak cukup satu.
MURTABAK MINI
Bahan-bahan kulit popia:
  • 3 biji ubi kentang ( potong dadu)
  • 2 biji bawang besar ( saya guna bawang Holland)
  • 1 ulas bawang putih ( di dadu)
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • Daun sup/bawang
  • Isi ayam/daging dicincang
  • 2 biji telur ayam
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan merah,masukkan rempah dan tuang sedikit air( jangan banyak),lepas rempah pecah minyak,masukkan isi ayam dan kentang, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering(dengan api sederhana).
2.Pecahkan telur masukkan sedikit garam dan pukul sebati kemudian m
asukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam telur gaul sebati.
3.Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.
4.Letakkan di atas kulit popia.Lipat seperti bentuk murtabak.
5.Begini hasil setelah dilipat.
6.Goreng dalam periuk ajaib atau kuali yang tidak melekat dengan minyak yang sedikit.Jika mahu garing atau sebaliknya terpulang pada anda.Balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak siap untuk dihidangkan.
7.Ini yang dah siap dihidangkan.
Kredit: Dianadiandra Diana
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
IKLAN