Ada empat bahan ni kat dapur, dah boleh buat puding. Agar-agar tali, susu cair, susu pekat dan biskut oreo atau cream'o . Gula batu ditambah untuk mendapatkan puding yang berkilat. dan mengelakkan puding berair bila dah keras.

Nak bagi padu patah-patahkan biskut tu, cara lebih lazat menikmati biskut yang dah memang sedia sedap. Jom kita cuba resipi dari Eza E-za yang mudah sangat nak buatnya. Keluar dari peti air, memang nyaman aje lalu kat tekak.

PUDING OREO SIMPLE

Biskut Oreo Penyedap & Penyeri Puding, Mudah Aje.

BAHAN-BAHANNYA:

Ads

  • 20gm @ 1 bungkus agar2 tali
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (manis2 buah)
  • 2 pct biskut Oreo/Cream'O (biskut leh letak perisa pelbagai) terpulang
  • Ads
  • 4@5 ketul gula batu

CARA MEMASAK :
1. Masukkan air 1200ml (sukatan jug plastik) dalam periuk, masak bersama agar2 dan 4@5 ketul gula2 batu. Masak hingga larut.
2. Dah larut masukkan susu pekat (kacau dulu) kemudian baru masuk susu cair.
3. Kacau2 5@7 min hingga mendidih, tutup api.
4. Tapis puding masukkan dalam loyang @ bekas.
5. Sekeping biskut patah 4, masukkan dalam puding(masuk je krim sekali jgn membazir)
6. Biarkan sejuk dalam 10@15 min baru masukkan dalam peti ais.

Biskut Oreo Penyedap & Penyeri Puding, Mudah Aje.

Tips Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding/agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar.

Ads

kredit : Puan Eza E-za

fb : Resepi Masakan

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Selamat mencuba.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI