Bila dah bersama dengan ahli keluarga di rumah, kena fikir kudapan jugak. Usah keluar beli jajan, buat oreo cookies ajak anak-anak sekali. Dah tak payah keluar semata-mata nak beli biskut.
Istimewanya oreo cookies ni rangup dan enak dengan biskut oreo dan coklat cip. Menu biskut ini telah disediakan oleh Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi, dari Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor
OREO COOKIES
BAHAN-BAHAN :
IKLAN
1 cawan tepung 1/2 sudu teh serbuk penaik 1/2 sudu teh garam 1/4 cawan mentega tanpa garam | lembut dengan suhu bilik 1/4 cawan shortening 1/4 cawan gula halus 1/3 cawan gula perang 1 sudu teh esen vanila 1 biji telur 1 cawan coklat cip | kurang manis 28gm biskut mini Oreo | dihancur kasar
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven dengan suhu 350 darjah Fahrenheit. 2. Masukkan oreo ke dalam beg plastik, hancurkan kasar. 3. Ayakkan tepung dengan serbuk penaik dan garam, ketepikan 4. Ambil mangkuk dan pukul mentega dengan shortening, masukkan esen vanila dan gula. Pukul hingga ringan dan gebu. 5. Masukkan telur dan kacau sebati. 6. Campurkan adunan bahan kering (campuran tepung) ke dalam mangkuk ini. Masukkan coklat cip dan oreo, gaulkan sekali. 7. Sediakan dulang pembakar beralas kertas minyak (baking sheet) , susunkan adunan menggunakan sudu bulat di atas dulang pembakar dan jarakkan 2 inci. 8. Bakar 10-12 minit atau perang keemasan di keliling biskut.
Saiz Hidangan : 30 biji Waktu memasak : 12 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Biskut rangup dengan ramuan biskut oreo Anggaran kos : RM 12
IKLAN
INFO CHEF : Simpan adunan doh dalam ‘chiller’ lebih kurang sejam untuk mengekalkan kerangupan biskut.
Resipi :Hotel Crystal Crown, PJ. CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI
Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak. Jom kita try lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.
Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.
Jom kita cuba rasa juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Rugi kalau korang tak cuba.
1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
200 gm isi ayam | dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk. 2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula. 3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan kicap pekat 5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Thai Cara memasak : Tumis Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap Anggaran kos : RM 9
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
1 batang serai |dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1.5 sm lengkuas | dikisar halus
6 biji cili hijau besar | dikisar halus
20 gm belacan | dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut | disagat
4 helai daun limau purut | dihiris halus
200 gm daging /dihiris nipis
20- 30 gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10 gm kubis bunga/ dihiris
3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62 ml air rebusan daging
100 ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak. 2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih. 3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan. 4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu. 5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api. 6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 20 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Tumis dan reneh Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini. Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ditumis :
400 gm daging | dihiris nipis
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai | dikisar halus
2 sm lengkuas | dikisar halus
4 helai daun limau purut | dikisar halus
1.5 sm belacan bakar | dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
2 biji kulit limau purut | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1 batang kayu manis | dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis
1 cawan air
Minyak untuk menumis
40 ml santan segar
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak 2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk. 3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar 4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.
4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)
BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang | dicincang
1 ekor sotong | dicincang
4 ekor kupang | dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang | dipotong kecil
1/4 batang lobak merak | dicincang halus
2 batang cili padi | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland | dicincang
2 biji bawang merah | dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. 2. Panaskan pengukus dengan air. 3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit. 4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas. 5.Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama/kudapan Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan ayam dan toskan. 2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air. 3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam. 4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam 5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. 6. Kukus selama 5-6 minit 7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Kukus dan goreng Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam
TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
Masakan berasaskan udang memang menjadi kesukaan ramai. Jika anak tak suka masakan bersambal boleh cuba resipi udang butter milk ini. Resipi ni atas masing-masing ,nak letak cili api ataupun tak.Nak pedas boleh letak. Malah nak tukar letak ayam pun boleh. Tapi ayam tu korang kena goreng tepung dulu la sebelum tu. Senang je nak buat! Dah la senang, sedap plak tu.
UDANG BUTTER MILK BAHAN-BAHAN: Udang galah/apa je la udang yang saiznya besar/ sederhana Buttercup (lagi banyak lagi sedap)-BELI ONLINE DI SINI ½ tin susu cair .Nak berkuah boleh letak lebih 7 ulas bawang putih(dikisar halus) Cili api kalau suka (tumbuk/kisar halus bersama bawang putih)
CARA MEMASAK:
1.Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
2.Guna bekas goreng udang tadi,tumis bawang putih.
3.Bila dah agak garing,masukkan susu dan garam.
4.Kacau sebati.Masukkan udang.
5.Masak sehingga pekat. Siap untuk dihidang. Kredit : Fairuz Abu Hassan
Resipi asam pedas mempunyai pelbagai rasa dan cara yang berbeza tapi walau bagaiman pun rasa masam, pedas itu memang wajib! Untuk yang baru nak belajar masak asam pedas boleh cuba resipi ini, hanya guna bahan asas tidak menggunakan banyak rencah, tetapi asam pedasnya tetap terasa.
ASAM PEDAS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
5cm halia
2cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
4,5 ulas bawang merah
(Blend semua bahan diatas)
2 1/2 senduk Cili kering
5,6 ekor ikan
2 keping asam keping @ asam jawa
1 cawan minyak masak
700ml air
*Halba biasa guna tengok apa ikan yg kita nak masak contoh ikan mayong, duri, pari, patin, sebilang
CARA MEMASAK:
Tumis bahan blend sampai naik bau masuk lada kering tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap..
Baru masukkan air dan garam perasa, garam lebih kurang 2 sudu kecil dan tunggu kuah mendidih.
Baru masuk ikan dan asam biar 3 minit siap.I kan ni tak yah masak lama2 ikan cpt masak..
TIP: Kalau masak asam pedas johor kalau dah pakai daum kesum tak perlu tambah bungga kantan.Baunya akan bercampur aduk dan bukan jadi asam pedas johor..(Daun kesum, daun limau, daun kunyit, serai, bungga kantan) ikut cita rasa masing2 atau ikut pada ikan daging ayam dan telur ikan