Biskut macam ni bukan hanya dimakan masa raya je. Boleh je kalau nak buat untuk dinikmati bersama seisi keluarga pada bila-bila masa. Hanya guna tiga bahan, korang dah boleh buat biskut yang sedap.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Masukkan nutella dan telur ayam.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati dan menjadi doh.
4. Ambil adunan dan bulatkan. Letak di atas baking paper.
5. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 10 minit.
6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kalau minum petang, memang sedap kalau dapat makan Kuih Bom panas-panas. Teksturnya yang lembut dan gebu, kalau setakat sebiji je, memang tak cukup. Garing diluar, lembut didalam. Memang terbaik. Bagi anda yang nak resipi Kuih Bom yang terbaik, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni antara yang mudah. Hanya guna empat bahan je. Memang terbaik.
CARA MASAK KUIH BOM SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung gandum,gula dan yis. Gaul hingga sebati sebati. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Teksturnya kenyal-kenyal sahaja. Perap adunan selama 25-30 minit.
3. Bila adunan sudah kembang dan naik berbuih seperti dalam gambar, kacau adunan dan bolehlah digoreng.
4. Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Pastikan suhunya betul-betul panas. 5. Perlahankan api dan sudukan adunan teoung tadi. Goreng hingga garing.
Sesekali masak lauk kari kaw ni, pasti puas hati. Kena pula dengan Ikan Jenahak segar. Lagi bertambah-tambahlah sedap menunya. Bagi anda yang bercadang nak masak lauk kari hari ni, resipi ni boleh dicuba.
KARI MAMAK IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN ISIAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Anda juga tukar ikan kepada ikan merah atau pun bawal untuk resipi ini jika suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biasanya kalau buat menu ayam goreng semestinya menjadi rebutan ramai. Hari ini kita cuba menu Ayam Goreng Vietnam dengan gabungan rasa manis, masin dan pedas. Rapuh dan sedap di setiap gigitan ayam membuatkan susah untuk berhenti apabila menikmatinya.Selain dimakan begitu sahaja enak juga dicicah dengan sos dan nasi. Rasanya masin bukan kerana garam,tetapi kerana sos ikan yang mempunyai rasa tersendiri dan memberi keseimbangan rasa pada masakan ini.
BAHAN-BAHAN: 1 kilo kepak ayam 1½ cawan tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI 6 ulas bawang putih(dicincang)&(digoreng) daun ketumbar (2 sudu besar dicincang) Minyak masak(secukupnya menggoreng ayam)
BAHAN PERAPAN 1 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil(pes bawang putih@serbuk bawang putih) 1 kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil serbuk lada putih
BAHAN SOS MANIS MASIN 3 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI 2½ sudu besar gula 2 sudu besar jus limau@lime juice 3 batang cili padi merah (dipotong)
CARA MEMASAK:
1)Di dalam bekas atau mangkuk besar,masukkan ayam dan bahan perapan.Gaul sebati dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
2)Untuk memasak sos manis masin, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan sejukkan. 3)Panaskan minyak di dalam kuali besar,letakkan chopstick atau kayu lidi di tengah-tengah.Apabila minyak sudah panas atau berbuih di permukaan kayu lidi tadi,bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.
4)Sementara itu,sediakan mangkuk besar,masukkan tepung dan baking powder kemudian salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu.Masukkan ayam tadi ke dalam minyak panas.Gorengkan selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan. 5)Angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika. 6)Di dalam minyak yang betul-betul panas tadi,masukkan semula ayam dan gorengkan lagi 2-3 minit.Tujuannya agar ayam lebih rapuh atau rangup di luar dan lebih warna keperangan .Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.
7)Akhir sekali,sediakan bekas masukkan ayam yang telah digoreng keemasan tadi,bawang putih yang telah digoreng,daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan Sos manis masin pada ayam tadi. Gaul rata atau sebati dan boleh dihidangkan.