Biskut Milo Rangup Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan.

Share

Biskut Milo Rangup atau Milo Cookies ni adalah salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba. Tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan rasa coklat. Kanak-kanak pasti suka. Bagi yang nak cuba resipi perkongsian saudari Ahriany Ahmad ni, jom lihat bahan-bahannya.

 

RESIPI BISKUT MILO RANGUP

 

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm mentega
  • 110gm gula perang
  • 1 biji telur gred A
  • 185gm serbuk Milo
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 500gm tepung gandum

 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.

2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.

3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.

4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.

5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Ahriany Ahmad

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI BISKUT-BISKUT LAIN:

 

IKLAN