Untuk rasa lebih enak, isi ayam boleh digantikan dengan daging. Rasa supnya akan menjadi lebih manis.
BAHAN -BAHAN:
Ads
1 bungkus bihun| dicelur
Sedikit sawi | dicelur
Sedikit kubis | dihiris halus
Sedikit tauge
Sedikit daun sup | dihiris
Limau nipis
Sedikit kacang tanah | digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
Bawang goreng secukupnya
Sambal kicap secukupnya
Emping cili | jika suka
Ads
BAHAN SUP:
Ads
1 kg ayam | direbus dengan 2 liter air hingga empuk. Air rebusan disimpan.
1 1/2 biji bawang besar | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 inci halia | dikisar
1 batang serai | dititik
1 bungkus sup bunjut
1/2 cawan sos ikan
1/2 cawan kicap manis
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sup, panaskan minyak dan tumis bahan dikisar serta serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan sup bunjut dan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
Tambahkan sos ikan, kicap, gula serta garam secukup rasa. Jika kuah kelihatan sedikit, tambah sedikit lagi air. Biarkan mendidih. Padamkan api.
Untuk menyediakan bihun celup, masukkan bihun, sawi, kubis, tauge, daun sup, kacang tumbuk, bawang goreng serta isi ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan kuah dengan secukupnya.
Taburkan emping cili, sambal kicap serta limau nipis. Sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mi goreng kicap saja, tiada rencah atau sayur pun. Garam dan gula pun tak masuk tapi sedap sungguh pada tekak kita waktu sekolah dulu. Sampai hari-hari boleh makan mi goreng ini waktu rehat.
Bila dah lama tinggalkan alam persekolahan ada masa teringin pula nak makan mi goreng makcik kantin ini. Jangan kempunan, tak dapat makan di kantin sekolah kita goreng sendiri saja di rumah. Mi ini memang nampak gelap tapi rasanya sedap.
2 bungkus mi kuning
3 ulas bawang putih (cincang)
Cili kisar
Kisar pedas (jenama Ikhwan)
Kicap lemak manis (jenama Jalen)
Kicap pekat (jenama Jalen)
Minyak bijan
1. Celur mi kemudian tos. Masukkan dalam bekas dan tuang semua jenis kicap. Gaul mi dengan kicap ini sampai rata.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan pes cili kisar hingga naik bau.
3 Masukkan mi kicap tadi, besarkan api dan kacau sebati.
4. Jika nak basah, masukkan sedikit air. Bila mi dah lembut tutup api dan renjis minyak bijan. Siap!
5. Miini memang tak letak garam dan gula hanya menggunakan kicap sebagai perasa. Sukatan kicap boleh sesuaikan kita citarasa.
Sedapnya Mee Wantan Kicap ni. Ia merupakan salah satu hidangan mi ringkas yang membangkitkan selera dan menjadi kegemaran ramai. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas namun rasanya sangat memukau. Dihidangkan pula bersama hirisan ayam, wantan goreng dan sup. Fuhhh….Memang sangat sempurna dan mengenyangkan. Nak cuba? Saudari Lely Shuhada Shaariada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK MEE WANTAN KICAP & SUP SEDAP
BAHAN-BAHAN: Mi wantan – beli online disini Sayur Pak Choi secukupnya – celur
BAHAN WANTAN GORENG: 1 bungkus kulit wantan – beli online disini Isi ayam secukupnya – cincang / kisar hancur Lada sulah secukupnya – beli online disini Serbuk lada hitam secukup rasa – beli online disini Garam & gula secukup rasa Sedikit hirisan daun sup & daun bawang
BAHAN AYAM: 5-6 ketul ayam 1 liter air @ secukupnya 2 inci halia Garam secukup rasa Kicap lemak manis secukup rasa – beli online disini Sos tiram secukup rasa – beli online disini Sos cili secukup rasa – beli online disini
BAHAN SUP: Air rebusan ayam Bebola ikan / bebola ayam/ bebola sotong secukupnya 1-2 ulas bawang merah 1-2 ulas bawang putih SedikIt halba campur – beli online disini Garam secukup rasa
BAHAN KICAP MEE: 2-3 sudu makan kicap manis – beli online disini 2-3 sudu makan kicap pekat (jika tiada, boleh ganti dengan sos tiram) – beli online disini Sos cili secukupnya Sedikit serbuk lada hitam / lada sulah
CARA MEMASAK:
MEE WANTAN: 1. Leraikan mi kemudian celur dalam air panas selama 3 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.
WANTAN GORENG: 1.Satukan semua bahan-bahan untuk membuat inti wantan. Gaul semua bahan diatas sampai sebati. 2. Ambil kulit wantan, masukkan inti dengan secukupnya dan bunjutkan. 3. Panaskan minyak masak, goreng wantan tadi hingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya.
AYAM: 1.Panaskan air didalam periuk dan masukkan halia. 2. Lumurkan ayam dengan garam secukupnya. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan tadi. Biar merebus hingga ayam masak. 3. Bila ayam kelihatan empuk, angkat dan toskan. 4. Gaulkan ayam bersama kicap, sos tiram serta sos cili dengans ecukupnya. Jumlahnya agak-agak sahaja dan secukup rasa. 5. Panaskan minyak masak dan goreng ayam tadi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
SUP: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah. Bawang putih dan sedikit halba campur hingga naik bau. 2. Tuang air rebusan ayam. Sebatikan. 3. Rasa sup. Jika kurang rasa, tambahkan garam dengan secukupnya. 4. Masukkan semua bebola yang ada. Kacau dan biarkan sup mereneh. Angkat dan ketepikan.
KICAP MEE: 1.Satukan semua kuah kicap dan sebatikan. Didihkan seketika dan angkat.
CARA MENGHIDANG: 1.Masukkan mee wantan, sup bebola dan kicap mee secukupnya ke dalam mangkuk. 2. Letakkan ayam, wantan goreng dan pak choi celur. 3. Sedia untuk dinikmati.
Mi kuah ini seakan mee sup tapi ada kelainan dari segi rasa dan cara memasak. Cara membuat hidangan dari Pantai Timur ini memang ringkas namun sedap.
Tapi syaratnya selepas siap dmasak ia perlu dimakan terus. Ini kerana mi akan dimasak sekali dengan kuah. Jika dibiarkan lama, mi menyerap kuah. Cara membuatnya dikongsi oleh Mohamad Ridhuan Othman.
Bahan-bahan
Mi kuning – rendam seketika dengan air panas dan toskan
Lada hitam biji
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland- dihiris
Ayam – dihiris
Daging – dihiris
5-6 ekor udang
Sawi- dipotong
Kubis – dipotong
1 biji tomato -dibelah
Cili besar – dihiris halus
2 biji telur
Garam
1. Tumbuk kasar lada hitam kemudian tumbuk sekali bawang putih bersama lada hitam tadi.
2. Panaskan minyak, dan tumis lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
3. Bila tumisan naik bau, masukkan daging. Apabila daging separuh masak. Masukkan hirisan bawang holland.
4. Masukkan udang dan ayam kemudian tuang air dalam lesung serta masukkan dalam kuali (kuantiti air ikut cita rasa).
5. Bila kuah mendidih, masukkan mi kuning dan bahan sayur. Biarkan dalam seminit kemudian terus matikan api.
6. Tabur cili besar, masukkan dalam mangkuk dan terus hidangkan. Mi kuah ini sebaiknya dimakan selepas masak supaya mi tak kembang dan menyerap kuah.
7. Lagi sedap hidangkan dengan telur goyang. Cara membuatnya panaskan air, letak sedikit cuka dan pecah telur. Bila telur masak, angkat. Hidangkan bersama dengan mi.