Bengkang Pandan Lembut Berlemak, Sukat Guna Cawan Je.

Share

Bengkang Pandan atau mungkin ada juga yang panggil kuih ini Kuih Bakar Pandan. Apa yang penting kuih tradisional ini mudah sahaja membuatnya, bahan boleh sukat dengan cawan dan adun guna blender je. Bakar pun guna ketuhar tak perlulah nak bakar dengan sabut kelapa bagai, macam dulu-dulu. Nak resipinya, ini dikongsikan di bawah. Anda boleh cuba.

BENGKANG PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan
1 kotak kecil santan kara
1/2 cawan gula pasir | boleh kurang atau tambah gula ikut selera
2 biji telur saiz A
1 sudu teh garam
1 sudu makan marjerin
Sedikit pewarna hijau

CARA MEMBUAT:

  1. Semua bahan di atas dimasukkan dalam blender.
  2. Panaskan loyang, kemudian sapukan sedikit marjerin atau minyak.
  3. Tuangkan adaunan dalam loyang.
  4. Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan suhu 180 C selama 45 minit atau hingga masak
  5. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.

Kredit Resepi : wazie wazir

Lagi resipi berkaitan;
https://www.rasa.my/nak-kuih-talam-pandan-lemak-manis-lembut-mudah-potong-ini-caranya/
https://www.rasa.my/sedapnya-lompang-pandan-boleh-buat-untuk-jual-ni/
https://www.rasa.my/pulut-seri-muka-gerenti-jadi-sukat-guna-cawan-paling-senang/

IKLAN