Siapa orang Terengganu pasti tahu kuih bekang telur. Kuih tradisional yang sangat jarang dijual. Nak menikmatinya kenalah usaha buat sendiri.Jika ada yang teringin nak makan dikongsikan resepi membuatnya. Kuih ni dibuat kuah dalam 2 versi iaitu versi manis dan satu lagi versi lemak.Selamat mencuba.
Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya.
Jadi adik-adik dan generasi baru semua, ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Jom kita warisi resipi dan biar ia terus dapat dinikmati
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan. 2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan. 3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan. 4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 50 minit Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan. 2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan. 3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan. 4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut. 5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. 6. Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:45 minit Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan goreng Anggaran kos: RM10
Info chef:Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan. 2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat. 3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya. 4. Setelah sejuk, boleh dipotong. 5. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM12
Info chef:Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan. 2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa. 3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega. 4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit. 5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa. 6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut. 7. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah. 2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan. 3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak. 4 .Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan. 5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan. 6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis. 7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya. 8. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:1 jam Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Tanak dan kukus Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Spring roll makaroni ni memang sedap. Bertambah sedap bila ada keju. Kalau kelazimannya kita makan popia, apa kata sesekali kita cuba buat kelainan. Kali ini RASA kongsikan resipi membuat Spring Roll Makaroni Berkeju. Rasanya memang sedap. Boleh cuba untuk minum petang. Resipi ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan sewaktu sarapan.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik) (BELI DI SINI)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
Karipap kuih paling popular di Malaysia yang nampak senang tapi kalau salah buat akan dapat kulit yang keras atau terlalu rapuh. Resipi mudah turun temurun yang dikongsi ini akan membantu anda.
KARIPAP SARDIN
BAHAN-BAHAN KULIT:
1kg tepung gandum
1 cawan Minyak masak
Air suam (ikut adunan sampai lembut)
1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak sehingga panas
Tuangkan dalam tepung yangg telah diletakkan dalam dulang.
Air suam tadi letak sedikit garam supaya kulit ada rasa yg mantap
Uli tepung tadi bersama air suam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang cantik
Selepas sudah diuli letakkan di dalam beg plastik supaya tepung bertambah cantik
RESIPI INTI SARDIN:
1 tin besar sardin
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Minyak sedikit untuk tumis
CARA MEMASAK:
Sardin ditos kuahnya (jangan gunakan kuah)
Hiris halus bawang merah dan bawang putih.
Kisar cili kering bersama sedikit air
Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris tadi sehingga naik wangi
Letak cili kering yang dikisar tadi
Selepas cili sudah naik minyak, masukkan sardin bersama garam dan gula. Ikut cita rasa masing-masing. Sardin dilenyek dekat dalam kuali
Masak sehingga sardin naik minyak.
Angkat dan sejukkan.
Info: Boleh kelim karipap ikut cara yang anda sukai.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!