Ads

Begini Caranya Goreng Ikan Bilis Kekal Rangup & Garing Guna Cuka & Asam Keping!

Pernah tak ikan bilis yang digoreng hanya rangup sementara ketika masih panas dan jadi liat bila dah sejuk? Ada trik mudah untuk pastikan ikan bilis kekal rangup, garing dan tahan lama walaupun dah sejuk. Hanya guna cuka dan asam keping. Ikut trik ini.

Bahan-Bahan:

1 sudu besar cuka makan
2 keping asam keping
Minyak Masak
Semangkuk Ikan Bilis

Begini Caranya Goreng Ikan Bilis Kekal Rangup & Garing Guna Cuka & Asam Keping!

Cara Membuat:

1.Mula-mula, cuci ikan bilis untuk buang kotoran dan rasa masin berlebihan, kemudian toskan sehingga kering.

2.Selepas itu, renjiskan sedikit cuka makan dalam 1 sudu besar pada ikan bilis dan gaul rata. Perapkan selama 5 minit sebelum digoreng. Jangan risau, cuka tidak akan mengubah rasa, sebaliknya menjadikannya rapuh dan tidak liat.

Ads

3.Kemudian, panaskan minyak banyak dan betul-betul panas serta masukkan asam keping sebelum masukkan ikan bilis

4.Goreng menggunakan api sederhana sehingga kuning keemasan.

5.Apabila ikan bilis bertukar warna kuning keemasan dan buih minyak hilang, terus angkat dan toskan.

Ads

Siap!

Begini Caranya Goreng Ikan Bilis Kekal Rangup & Garing Guna Cuka & Asam Keping!

Lihat hasilnya, ikan bilis garing dan kekal rangup walaupun dan sejuk.

Ads

Selamat Mencuba!

Anda mungkin berminat dengan

Ingat Makan Ingat RASA

#TipDapurRasa #gorengikanbilis #TrikDapur #TipDapur #MajalahRasa #rasashare

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Trik Simpan Bungkusan Plastik Makanan, Kedap Udara Tak Masuk Angin

Ketika waktu kecemasan, bekas pun tiada atau nak bawa pergi berkelah ke, boleh simpan bungkusan plastik makanan ikut trik ini. Guna botol air mineral je. Malah kedap udara, jimat ruang simpanan serta senang nak ambil.