Kadang-kala apabila pemakanan tidak teratur, mula lah timbul masalah angin dalam badan, mahupun masalah susah membuang air besar atau sembelit. Jangan risau! Amalkan petua ini, In Sha Allah badan anda akan terasa lebih ringan dan tiada lagi masalah pencernaan.
Bahan-Bahan
Halba
Serai
Halia
Air secukupnya
Asam Jawa
Cara Penyediaan
Potong serai 2 batang kemudian ketuk-ketuk. Halia dalam 5 atau 6 hiris dan halba 1 sudu besar.
Anda penggemar telur, bayangkan poached egg dengan lelehan kuning telur separuh masak, kena pula dengan campuran kicap dan lada sulah. Dicicah pulak dengan roti bakar memang terangkat sedapnya. Tapi ramai mengeluh untuk menyediakan poached egg kerana kerap kali gagal hasil kejadiannya.
Jangan putus asa, berikut tip supaya percubaan anda menyediakan poached egg kali ini berjaya.
Dah baca ni, senang je kan membat poached egg? Apa yang penting anda tahu teknik yang betul untuk memasaknya dan hanya menggunakan telur yang segara. Pasti usaha anda menyediakan poached egg tidak akan kecewa lagi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Silakan share. Moga bermanfaat.
TIP BERJIMAT DI DAPUR: CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.
Ramai yang suka akan masakan masak lemak cili api versi Negeri Sembilan. Namun tak kurang juga ramai yang merasakan masak lemak ini susah untuk dimasak.
Betul ke? Menerusi perkongsian daripada Khabbab Jamalludin, masakan masak lemak cili api antara yang paling mudah. Tak perlu banyak bahan. Tak perlu minyak atau tumisan. Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak. Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Tetapi anda boleh mengambil kira petua/tips/elemen yang perlu ada dalam masak lemak cili api Negeri Sembilan.
1) Pedas : Cili api, sebaiknya cili api kampung. Cili api import boleh tapi kurang wangi. Oh ya, cili api kena banyak.
2) Masin : Garam. Lautan boleh, bukit boleh. Ikan masin pun boleh
3) Masam : Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit rambai boleh, daun asam gelugur boleh, kundang boleh. Macam saya sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
4) Manis : Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang.
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai (masakan daging atau ayam. Ikan biasanya tak guna serai tapi boleh tambah hirisan daun kunyit) dan santan (terutama santan segar). Gula adalah dilarang sama sekali.
5) Lemak : Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat. Santan kena pekat. Di samping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya, seperti yang saya sebut di atas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen-elemen lain.
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan). Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan. Santan kotak boleh tak? Boleh juga. Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok-elok atau blend je terus)
6) Pahit : Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan sak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
7) Kunyit Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang (kunyit hidup ada bau wangit sikit) cuma serbuk lagi senang simpan. Ikutlah.
Orang Negeri Sembilan ni prinsip dia mana yang mudah. Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap-sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau.
Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup, nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula-mula tutup api nampak macam cair sikit. Tunggu kejap lagi. Cenggini terus angkat ibu jari!
Rencah bila nak masuk? Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak, sebaiknya direbus dengan serai, kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut, baru masukkan santan.
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan. Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa di atas sahaja dah cukup.
Masak lemak ni tak boleh takut-takut. Takut tak jadi lah apa lah. Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa. Rasa masih sedap insya-Allah. Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga. Selamat mencuba!
AYAM SALAI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ayam | dipotong Kentang – seberapa yang nak dimasukkan Segenggam cili padi – ikut tahap kepedasan masing-masing – beli online di sini 2 inci kunyit hidup | ditumbuk halus atau dikisar – beli online di sini 5 batang serai | diketuk – beli online di sini 1kg santan pekat – sebaiknya guna santan segar 2-3 asam keping – beli online di sini Garam Belimbing buluh Kundang muda Daun kunyit | dihiris halus
CARA-CARA:
1. Lumur ayam dengan garam (banyak macam nak goreng), 1 sudu besar asam jawa dan serbuk kunyit. Gaul-gaulkan. Kemudian, akhir sekali lumur dengan minyak masak. 2. Selain tak nak bagi lekat, proses lumur ini nak bagi ayam salai sekata. Salai ayam sehingga masak. 3. Masukkan ayam yang sudah disalai tadi dan kentang dalam periuk. Tambahkan air sampai ngam-ngam ayam dan kentang ditenggelami air. 4. Masukkan cili api, kunyit hidup dan batang serai. Didihkan sampai air tadi tinggal separuh dari jumlah asal. Proses ini boleh buka api sebesar mungkin. 5. Kemudian, perlahankan api sederhana besar. Masukkan santan pekat. Biar santan menyatu dengan air rebusan tadi. 6. Sambil kacau perlahan-lahan. Kita tak nak pecah minyak. Jangan biar, jangan tutup periuk. 7. Bila dah menyatu, masukkan garam secukup rasa, asam keping. Untuk aroma yang lebih menarik, boleh tambahkan asam dari sumber lain. Kali ini, saya guna belimbing buluh dan kundang muda. 8. Boleh juga masukkan hirisan daun kunyit sekali. Kacau rata. Rasa masak lemak yang baik bila masin, masam, pedas seimbang. 9. Lepas masukkan asam dalam 2 minit, boleh tutup api dapur.
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.