Biskutbangkit adalah kuih warisan legend yang disukai sejak dulu hingga kini. Tapi kini biskut bangkit selain dari bangkit santan dan kelapa turut juga mengalami inovasi, dengan ramuan krim keju iaitu biskut bangkit keju.
Biskut Bangkit Keju lembut dan cair di mulut, bagi pencinta keju memang jadi favorite sangat lah kan.
Yang penting guna krim keju berkualiti dan tambah pulak keju cheddar dalam adunan..perggh memang sedap dan kaya dengan rasa keju. Sedap dikunyah boleh dimakan bila-bila.
Jom tengok perkongsian resipi dari Cake House, Elyani Khai
BISKUT BANGKIT CHEESE
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : 150gm krim keju Tantura (suhu bilik) 250gm mentega (seketul) 1cawan gula halus/100gm 2biji kuning telur
**Satukan gula dan mentega dalam mesin pengadun dan pukul sampai putih, masukkan krim keju dan telur kacau sampai sebati )
Ads
Bahan diayak : 3 cawan tepung ubi kayu ( sangai ) 2 1/2 cawan tepung jagung 1 sudu teh baking powder
1sudu kecil esen vanilla. 30gm keju cheddar parut. (Timbang yang buku kemudian parut halus)
CARA-CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan ayak ni dalam adunan A , keluarkan uli sampai tak melekat di jari.
2. Jika adunan lembik tambah sedikit demi sedikit tepung ubi ubi, masukkan parutan keju cheddar.
Ads
3. Dah uli , biarkan dalam bekas 30 minit.
4. Terapkan dengan acuan yang anda suka
5. Bakar suhu 170 darjah C api atas bawah, 30 minit . Betul garing ye, baru seda[,bila gigit terasa parutan keju tu.
Resipi : Cake House,Elyani Khai
Ads
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MENPERCEPATKAN KERJA ANDA, JOM LAYARI DI SINI.
DI SINI JUGA TERDAPAT PELBAGAI PILIHAN MIXER UNTUK MENGADUN BISKUT DI SINI.
Menurut empunya resipi, menu ni dipelajari dari orang Indonesia sendiri. Mesti padu. Bagi anda yang suka makan ikan bakar tu, boleh cuba resipi pes ni pulak. Selain cencaru, boleh juga aneka ikan lain yang menjadi kegemaran. Pasti layan! Tengok gambarnya pun dah rasa sedap. Jadi, bolehlah cuba masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
CENCARU BAKAR INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan cencaru – belah macam dalam gambar
2 batang serai
1 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan biji ketumbar
8 biji cili padi – jika taknak pedas, kurangkan.
1 biji cili merah
7 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan gula
1 biji buah keras
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi @ nipis – ambil jus sahaja
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan lain dan kisar hingga halus.
Letak ikan atas pemanggang ( boleh guna kuali atau pembakar bbq) dan sapu rempah kisar tadi dengan secukupnya.
Tutup ikan menggunakan penutup periuk supaya ia masak sekata. Jangan lupa untuk sapu rempah 2-3 kali pada ikan.
Bila ikan kelihatan separuh masak, sapu lagi rempah. Kemudian biar sehingga ikan masak.
Masakan autentik Johor adalah kepakaran Ketua Wanita UMNO, Batu Pahat, Johor Datin Hajar Abdul Rahman. Beliau membuka rahsia dan petua amalan memasak yang diwarisi dari arwah bapanya kepada RASA. Sajian ni memang bestlah buat berbuka.
Menurut Datin Hajar dia mampu menyediakan tiga jenis lauk pauk dalam masa setengah jam. “Sebenarnya untuk menyedapkan sajian ada langkah urutan dan petuanya yang tertentu. Contohnya dalam masakan Asam Pedas Kerisik, kalau masak lauk ini saya akan memasukkan serbuk lada hitam dan kerisik setelah pes cili kering pecah minyak dan naik bau.
Bila nak masukkan daun kesum saya masukkan batangnya dahulu bersama isi bunga kantan dan setelah mendidih baru dimasukkan daun kesumnya. Batangnya lebih wangi dan masakan jadi lebih lazat. Bagi memekatkan kuah, saya letakkan juga buah keras,” ceritanya membuka petua yang diwarisi dari arwah ayahnya.
Masak Lemak Cendawan juga sungguh lazat. Cendawannya rangup dan kuahnya lemak manis terasa ikan bilisnya. Pesan beliau pilih cendawan hutan yang berkualiti, jika tersalah pilih ia boleh menyebabkan lauk menjadi tidak berapa sedap.
Sambal geledek pula menu ‘wajib’ yang perlu ada di meja hidangan keluarganya.
“Sambal geledek atau sambal ketuk ni sebenarnya boleh dijadikan rencah nasi goreng, jadi jika dibuat lebih pun elok untuk dibuat stok dan jadi rencah kepada lauk lain,” kongsinya lagi.
Jom semak 3 resipi istimewa air tangan Datin Hajar Abdul Rahman iaitu Asam Pedas Kerisik Ikan Merah, Sambal Belacan Geledek dan Masak Lemak Cendawan Hitam.
1. ASAM PEDAS KERISIK IKAN MERAH
BAHAN- BAHAN :
500 gm keping ikan merah (anggaran 2 keping)
3 sudu makan pes cili kering
1.5 sm halia | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 biji bawang besar |dikisar
1/2 sudu makan kunyit serbuk
1/2 sudu makan kerisik
1/2 tangkai bunga kantan | ambil isi dan kelopak dari sebelah hirisan yang dibelah dua
3-4 batang daun kesum
Beberapa helai daun kesum
1/2 sudu makan asam jaya | dicampur suku cawan air
1 sudu teh buah keras
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
500 ml atau air secukupnya |bergantung kepada kepekatan yang anda suka
1 biji tomato|dibelah empat
4 batang bendi
Serbuk lada hitam secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar.
Tumis hingga naik bau, dan masukkan pes cili kering dan serbuk kunyit. Gunakan api sederhana, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan batang daun kesum dan air asam jawa.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam, kacau dan kemudian masukkan air.
Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan.
Masukkan buah keras untuk memekatkan kuah. Masukkan pula bendi dan tomato.
Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Resepi asam pedas warisan dari generasi ‘lama’ Johor
Anggaran kos : RM30
SAMBAL GELEDEK
BAHAN-BAHAN :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar | dihiris kasar
6 biji cili merah
6 biji cili hijau
2 biji cili padi
Dua genggam bilis
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan goreng kesemua bawang, cili merah, cili hijau dan cili padi sampai kekuningan.
Angkat dan toskan.
Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan.
Kemudian tumbuk bawang, cili padi dan hingga lumat, kemudian masukkan gula dan tumbuk sekali.
Masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuk sampai ikan bilis hancur.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Boleh dijadikan rencah nasi goreng jika ada lebihan.
Anggaran kos : RM6
MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM
BAHAN-BAHAN:
100 gm cendawan hitam | rendam bagi kembang
3 biji bawang kecil | dikisar
Segenggam ikan bilis | digoreng dan ditumbuk
220 ml santan kotak
2 helai daun limau purut |dicarik
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | dititik
1 sudu makan sambal geledek (atau apa apa sambal)
500 ml air
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan serai dan ikan bilis
Masukkan satu sudu makan sambal geledek
Masukkan santan, serbuk kunyit dan kemudian air.
Bila mendidih masukkan cendawan.
Akhir sekali masukkan limau purut dan perasakan dengan garam.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kuah berlemak dan masam serta cendawan hitam yang rangup
Kalau ada lebihan nasi yang tidak habis dimakan, jangan dibuang. Anda boleh buat apam tapai nasi yang sangat gebu dan lembut. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati.
Menerusi perkongsian daripada saudari Nawar Azhar, cara membuat apam tapai nasi sangat mudah, namun kena menyediakan tapai nasi lebih awal untuk memudahkan kerja.
RESIPI CARA BUAT APAM TAPAI NASI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras (saya pakai cap bunga teratai) – beli online di sini 1 cawan gula pasir (saya letak 3/4 cawan) – beli online di sini 1 cawan tapai nasi (boleh buat lebih awal satu hari) 2 cawan air 1 paket eno (kaler biru) Acuan kecil | disapu minyak
1.Satukan semua bahan. Kemudian, kisar sampai halus dan sebati. Lepas tu tapis. 2. Perap dalam bekas bertutup selama 4-5 jam. 3. Selepas perap, masukkan eno. Kacau sebati. 4. Tuang adunan ke dalam acuan kecil.
5. Kukus selama 15 minit dengan menggunakan api sederhana. 6. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih ye. 7. Balut penutup kukusan dengan tuala bersih bagi mengelakkan air jatuh ke dalam acuan.
1.Sediakan tupperware. Masukkan nasi sejuk, lerai-leraikan nasi tu. Kemudian sagat ragi atas permukaan nasi sampai habis. 2. Kemudian gaul merata ragi tadi pada nasi. Tutup, balut dengan kain dan simpan selama 3-4 hari di tempat yang gelap dan tidak terkena cahaya matahari. 3. Guna sudu plastik semasa menggaul ragi pada nasi. 4. Jika suka apam warna-warni, boleh letak pewarna dalam adunan.
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!