Manisan Arab yang penuh rasa kekacang dan disiram dengan sirap manis. Bagi yang mempunyai masalah diabetes, boleh cuba kurangkan jumlah gulanya.
BAHAN-BAHAN:
Ads
100gm kacang walnut | cincang/kisar
200gm kacang pistachio | cincang/kisar
100gm kacang tanah | cincang/kisar
100gm kacang hazelnut | cincang/kisar
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh air mawar
1 roll (500gm) filo pastri
250gm mentega | cairkan
250gm gula
1 cawan air
½ cawan madu
1 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu teh kulit lemon yang diparut
Ads
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan ketuhar pada suhu 175C. Ketepikan.
Gaulkan serbuk kayu manis dan semua jenis kacang bersama. Sementara itu tutup filo pastri dengan kain yang lembap untuk mengelakkan daripada ia kering.
Letakkan 2 -3 helai filo pastri di atas dulang pembakar, sapu dan ratakan dengan mentega yang telah cair. Ratakan campuran kacang di atasnya sebanyak 2 – 3 sudu makan dan renjiskan air mawar. Ulang proses ini mengikut ketebalan yang dikehendaki.
Potong bentuk berlian atau apa saja bentuk yang dingini sebelum bakar.
Bakar selama 50 minit sehingga warna keemasan dan kelihatan garing.
Sementara menanti baklava masak, masak air gula (sirap). Campurkan madu, ekstrak vanila dan parutan lemon. Perlahankan api dan reneh selama 20 minit.
Keluarkan baklava dari ketuhar dan sira di atas baklava dengan sirap yang telah dimasak tadi. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: Diingatkan untuk ratakan setiap lapis filo pastri tersebut dengan mentega yang telah dicairkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nadia Ismail. Istimewanya, resipi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Sesuai sangat bagi anda yang tak berapa gemas kuih yang terlalu manis. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.
RESIPI KUIH GEGATAS KURANG MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas bersesuaian.
2. Uli dengan air hingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat di tangan.
3. Bentukkan adunan menjadi leper dan lebar kemudian goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan.
4. Angkat, toskan kuih dan salutkan dengan gula yang telah dikisar terlebih dahulu. Ia akan menghasilkan Kuih Gegatas yang kurang manis.
5. Namun jika suka kuih yang disalut gula seperti kuih keria, boleh juga hasilkan sedemikian. Sedia untuk dinikmati.
Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis bukan sekadar campuran bahan dan sukatan biasa. Ia datang bersama kenangan, kasih sayang, dan air tangan seorang ibu yang tak mungkin dapat diganti. Begitulah kisah Seri Kaya Homemade Lemak Manis ini, resipi yang diwariskan oleh arwah ibu Encik Zainuddin Mohd Noh, dan kini kembali mencuri perhatian ramai kerana rasanya yang klasik, halus, dan wangi pandan semerbak persis kaya kampung zaman dahulu. Beliau kini turut menjadikan seri kaya ini sebagai produk jualan di bawah jenama Din Kaya miliknya.
Menurut Encik Zainuddin, setiap kali ibunya membuat kaya, aroma santan dan daun pandan yang merebak ke seluruh rumah menjadi tanda pagi hujung minggu sudah tiba. Waktu itu, tiada pembancuh elektrik, tiada dapur moden hanya senduk kayu, sabar, dan kasih sayang. Kaya dimasak perlahan di atas api kecil, dikacau hampir sejam agar tidak berketul, hingga warnanya bertukar perang keemasan dan baunya cukup menggamit selera.
Air gula hangus bukan sekadar pewarna ia adalah rahsia aroma bakar yang memberi rasa “kaya sebenar”. Gula dicairkan perlahan hingga perang keemasan, kemudian ditambah air sedikit demi sedikit agar tidak hangus. Campuran ini menjadikan warna Resipi Seri Kaya Homemade lebih natural dan tidak terlalu pucat seperti versi komersial.
Untuk kegunaan rumah atau jual kecil-kecilan, kaedah rebus balang ini cukup selamat asalkan disimpan dalam peti sejuk.
Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis ini bukan sekadar makanan ia adalah warisan. Ia membawa kita mengimbas kembali momen kecil di dapur waktu ibu berdiri lama mengacau periuk dengan penuh kasih, namun senyum tetap menghiasi wajah.
Bagi Encik Zainuddin, setiap kali kaya ini dimasak, seolah-olah arwah ibunya masih ada, menemani dari sisi dengan kasih sayang yang tak pernah hilang. Kini, resipi ini dikongsi bukan sekadar untuk dinikmati, tetapi untuk meneruskan legasi cinta dan rasa yang diwariskan dari generasi ke generasi.
Sepanjang tempoh PKP ini masing-masing tentunya menyediakan menu homemade buat keluarga. Dalam tempoh ini juga mengajar anda untuk berjimat dan menghargai setiap rezeki yang dikurniakan Allah. Jika sebelum ini banyak berbeli dan berbuang , mungkin dari boleh menjadi kreatif untuk menghasilkan menu buat keluarga.
Menjengah ke facebook Yna Sarina anda mungkin boleh mendapatkan idea untuk memasak pada setiap hari. Dia berkongsi resipi-resipi sepanjang PKP ini . Lebih 50 menu masakan bermula dari menu sarapan, tenghah hari dan minum petang dikongsinya.
Baginya sememangnya masa PKP ni, kami luang banyak masa bersama keluarga. Bercerita tentang macam -macam hal. “kami pun balik ke Kedah jarang-jarang, jadi menggunakan masa yang ada untuk keluarga dengan memasak makan buat mereka. Ia satu terapi buat saya memasak untuk suami dan mentua,” jelasnya.
Rutin harian sepanjang PKP
Di rumah mentua ada tiga keluarga dalam rumah iaitu enam dewasa dan lima kanak-kanak. Pastinya memasak dengan kuantiti yang banyak untuk kami makan bersama. Selesai solat subuh tugasan memasak sudah dimulakan.
Dalam jam 7 hingga 7.30 pagi sarapan sudah tersedia. Dalam waktu begini, kadangkala anak-anak belum bangun lagi. Habis sarapan dalam jam 8.30 , selepas kemas-kemas rumah terus prepare untuk makan tengah hari.
“So bila prepare lunch, saya akan masak berdua dengan biras atau saya masak sorang. Dia akan jaga anak. Saya atau kami berdua duduk dapur, anak-anak buat online homework. Jadi memang tidak mengganggu masa masak kami.
Memang sengaja masak pagi-pagi untuk lunch supaya tengah hari tidak kelam kabut. Jadi akan prepare 3-4 jenis lauk sekali untuk makan malam. Biasanya ambil masa untuk masak sekejap saja sebab saya memang tukang masak sebelum ni, jadi masak untuk 3-4 jenis lauk dalam masa satu jam sudah selesai,”kongsinya.
Selepas solat zohor kami makan bersama . Selepas itu berfikir pula menu untuk hi tea. “Biasanya saya akan Google resipi mudah atau ahli keluarga yang lain akan bagi idea nak masak apa. Minum petang di rumah ini adalah wajib. Sebenarnya saya bukan jenis orang yang suka buat kuih. Tapi time PKP ni, saya ambil peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Bila kita buat dan menjadi, seronok itu datang sendiri. Bila seronok, kita jadi excited nak try buat yang lain pulak.
Biasanya kuih yang saya cuba buat hanya menggunakan barang yang ada di rumah. Bahan wajib ialah tepung gandum,” terangnya
Bila tengah hari sudah memasak banyak, jadi akan panaskan lauk siang. Andai kata lauk habis, akan masak benda yang simple contohnya sambal sardin dan telur dadar atau buat nasi goreng. Lagipun makan malam tak cerewet sangat. Memadai makan apa yang ada sahaja.
Tip memasak dengan cepat: 1. Perasingkan bahan mentah
Biasanya kalau ketua keluarga keluar beli barang, saya akan cuci semua bahan mentah siap-siap. Senang Nanti nak ambil kalau nak guna.
2. Kisar cili kering
Kisar siap-siap. Nak Guna just ambil sahaja. Jangan la time nak masak, time itu juga nak rendam lada kering, nak kupas bawang. Bukan buat keje pejabat kena work smart. Buat keje dapur pun Sama.🤣🤭
Saya mmg Akan menggunakan masa seminima mungkin ketika berada di dapur kerana mempunyai anak yang masih kecil (1y5m & 3y3m)
3.Masak ikut turutan
Untuk jimatkan penggunakaan kuali/periuk, saya akan masak mengikut turutan. Satu kuali boleh masak tiga jenis masakan tanpa perlu membasuh.
CTH: masak sayur terlebih dahulu, kemudian ayam masak merah dan akhir sekali kari daging. Jimat masa!
4. Rancang menu
Rancang menu sebelum masuk ke dapur. Jangan melanguk 15 minit baru nak fikir nak masak apa, dah bazir masa. So make sure, Kita tahu menu apa yang kita nak masak untuk hari ini
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!