Waaahh!! Comelnya set hidangan bento ini. Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Anda boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk mereka sebagai bekal ke sekolah. Anda bukan sahaja menyediakan bekalan yang berkhasiat bahkan dapat memancing minat mereka untuk menikmati bekalan yang disediakan dengan penuh selera.

1. AYAM MASAK MADU

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping dada ayam | dipotong dadu
  • 1/4 cawan madu
  • 2 sudu makan kicap cair
  • Secubit serbuk cili
  • 1 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh bijan | disangai sedikit

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan ayam dalam kuali sehinggga keperangan.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti madu, kicap cair dan serbuk cili.  Masak sehingga kuah memekat. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
  3. Angkat ayam dan taburkan sedikit bijhan. Sedia untuk dinikmati.

Info Chef: Ayam perlu dipotong kecil bagi memudahkan ia masak dengan sekata.  

2. BENTO NASI GORENG PERANG

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan nasi beras perang
  • 120gm dada ayam | dipotong kiub kecil
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1/2 cawan kacang pis
  • 1 sudu makan minyak masak

HIASAN:

  • 1 biji telur rebus
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • Sedikit kepingan rumpai laut

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga harum.
  2. Masukkan ayam dan masak sepenuhnya.
  3. Masukkan kesemua bahan lain dan goreng sehingga sebati dan mesra.
  4. Hiaskan dengan telur rebus dan rumpai laut mengikutr kreativiti anda. Taburkan hirisan daun bawang. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Ayam boleh diganti dengan makanan laut atau hirisan sosej.

3. UDANG KELAPA BAKAR

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm serbuk roti
  • 40gm kelapa kering
  • 250gm udang segar | dibersihkan
  • 1 biji telur | dipukul

BAHAN SOS TARTAR PEDAS:

  • 100gm mayones
  • 1/2 sudu makan serbuk paprika
  • 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu makan cincangan bawang merah
  • 1/2 sudu makan cincangan daun pasli
  • Sedikit jus lemon

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan sos tartar pedas dengan mencampurkan kesemua bahannya. Perasakan dengan garam danserbuk  lada hitam secukupnya. Ketepikan seketika.
  2. Campurkan serbuk roti dan kelapa dalam mangkuk besar.
  3. Keringkan udang dan celupkan  ke dalam bancuhan telur. Kemudian salutkan dengan campuran serbuk roti dan kelapa. Lakukan untuk 2 salutan.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 200C dan bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
  5. Hidangkan dengan sos tartar.

4. CUCUR UDANG BERJAGUNG  

IKLAN

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang | dibersihkan dan dibuang kulit
  • 300gm tepung gandum
  • 1 liter air
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 2 tangkai daun bawang | dihiris kasar
  • 150gm  isi jagung
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan sos:

  • 6 ulas bawang putih | dikisar
  • 8 biji cili kering | dikisar
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan cuka
  1. CARA MEMASAK :
  2. Satukan tepung gandum,serbuk penaik, sedikit garam dan air. Kacau sehingga sebati.
  3. Apabila sudah sebati, masukkan isi udang, daun bawang dan jagung. Kacau rata.
  4. Panaskan minyak dan sudukan bancuhan cucur tadi.  Goreng cucur udang sehingga masak.
  5. Untuk sos, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga sos mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama cucur udang.

Info chef: Kalau mahukan rasa cucur yang sedikit pedas, masukkan hirisan lada merah ke dalam adunan.

5. BEBOLA BAYAM  

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 300g bayam | dicelur dan dikeringkan
  • 50gm serbuk roti
  • 1/2 cawan keju cheddar |  diparut
  • 55gm  mentega | dicairkan
  • 2 ulas bawang merah | dicincang
  • 2 biji telur | dipukul
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan ketuhar pada 175C dan pada masa yang sama masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk.
  2. Gaul sehingga semua bahan hingga sekata dan bentukkan menjadi bentuk bebola kecil.
  3. Susunkan di atas loyang pembakar yang dialas dengan kertas minyak dan bakar selama 10-15 minit atau sehingga berwarna perang keemasan.
  4. Angkat dan sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.

6. DAGING MASAK KURMA

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging | dihiris
  • Segenggam buah kurma | dibuang biji dan dihiris
  • 5 sudu makan kicap pekat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • Gram dan madu secukupnya
  • Sedikit minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

BAHAN HIASAN:

  • Daun salad segar
  • Tomato ceri
  • Brocoli | dicelur
  • Lobak merah | dicelur
  • Sosej | dicelur
  • Sedikit jagung
  • Sedikit bijan panggang
  • Nasi secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga harum.
  2. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga bau naik.
  3. Campurkan masuk serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
  4. Masukkan daging, buah kurma serta kicap pekat. Masak sehingga empuk dan kuah kelihatan cukup pekat.
  5. Ubah suai rasa dengan menambah sedikit garam dan madu dengan secukupnya.
  6. Hidangkan bersama nasi dan bahan hiasan mengikut kreativiti anda.

Info Chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam atau isi ikan.

7. BEBOLA AYAM

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging ayam, dicincang
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 2 pokok daun bawang
  • 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1/2 cawan daun ketumbar | dicincang
  • 1 sudu makan sos cili manis
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN:

  • Nasi | dikepal menjadi bentuk ayam
  • Sedikit salad
  • Sedikit brokoli | dicelur seketika
  • 3 biji tomato ceri

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan kesemua bahan kecuali minyak masak sehingga sebati.
  2. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil mengikut saiz yang sesuai dengan umur anak anda.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing.
  4. Hias menggunakan bahan hiasan dan sedia dinikmati.

Info Chef: Selain digoreng, bebola ayam juga boleh dipanggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit.

8. BENTO SOTONG

IKLAN

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor sotong ( saiz sederhana besar)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Serbuk lada sulah secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur | dipukul sedikit
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan sotong dan hiris tebal. Gaul dengan sedikit garam dan lada sulah.
  2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.
  3. Ambil campuran tepung tadi dengan secukupnya dan campurkan dengan telur yang dipukul. Gaul rata sehingga menjadi adubab yang sedikit likat.
  4. Ambil hirisan sotong dan gaul ke dalam lebihan tepung.
  5. Kemudian celupkan pula ke dalam adunan tepung dan telur tadi.
  6. Toskan lebihan adunan tepung dan sadurkan dengan sedikit campuran tepung sebelum digorengkan di dalam minyak panas hingga garing.
  7. Hiaskan dengan cantik dan pastikan anda penuhi bento dengan sayuran untuk seimbangkan gizi anak anda.

Info chef: Sesuai dijadikan bekal buat anak-anak ke sekolah.

9. PASTA TOMATO

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm spageti | dicelur hingga lembut
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 400gm tomato segar | dicincang halus
  • 1 sudu teh serbuk stok ayam/ sayuran
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 1 sudu teh gula
  • Beberapa daun selasih segar
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK :

  1. Di dalam periuk yang bersesuaian, panaskan minyak masak dengan secukupnya.
  2. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali daun selasih dan biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
  4. Perlahankan api dan biarkan bahan-bahan tadi mereneh selama 8 minit.
  5. Akhir sekali, masukkan daun selasih yang dicarik-carik.  Hidangkan bersama spageti.

Info chef: Selain spageti, anda juga boleh menggunakan pasta kegemaran anda yang lain.

10. PIZA AYAM BBQ

Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm isi ayam | dicincang kasar
  • 1 biji bawang merah | dicincang
  • 1/2 biji lada benggala merah | dipotong dadu kecil
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 3 sudu makan sos bbq
  • Keju cheddar secukupnya | diparut
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 keping doh pizza segera

BAHAN HIASAN:

  • Kepingan rumpai laut | dipotong bulat kecil
  • 1 keping keju
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit lada benggala hijau

CARA MEMASAK :

  1. Bakar doh pizza pada suhu 180°C selama 5 minit. Ketepikan seketika.
  2. Pada masa yang sama, panaskan minyak dan tumis bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lada benggala merah. Masak sehingga sedikit layu dan perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
  3. Gaulkan bahan tumisan, isi ayam dan sos bbq. Gaul rata.
  4. Sudukan campuran isi ayam dengan secukupnya ke atas roti pizza. Taburkan parutan keju dengan secukupnya.  
  5. Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu yang sama sehingga keju cair.
  6. Hiaskan mengikut kreativiti dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Untuk mendapatkan efek piza yang bergetah, campurkan parutan keju cheddar bersama keju mozzarella dan taburkan diatas piza. Bakar sehingga keju cair.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI