RASA cadangkan tiga menu ini untuk anda masak sebagai hidangan makan tengah hari atau makan malam. Sedap betul. Rasa lengkap je hidangan tu sebab ada ayam panggang, daging dendeng dan sambal ikan masin.
Makan pulak dengan nasi panas-panas. Ayam panggang tu kalau nak ratah macam tu je pun boleh. Cubalah. Sedap sesangat ni.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Ads
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
DENDENG DAGING BERLADO
Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Ads
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI
Ads
Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Selamat memasak!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa yang suka makan ayam, gerenti perlukan resipi yang berasaskan ayam. Harini admin nak kongsi resipi ayam untuk seminggu! Antara resipi yang akan dikongsikan adalah Ayam Grill, Ayam Percik, Ayam Goreng Ala KFC, Ayam Kicap 3 Budak Gemuk, Ayam Panggang Ala Dominos, Ayam Masak Merah, dan Ayam Goreng Cili Kering. Semua resipi ni sangat mudah disediakan. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba koleksi resipi ayam untuk seminggu ni.
Bestnya kalau ada set pinggan baru kat rumah ni macam set Corelle Fairy Flora 17pcs Dinnerwareni design premium pula tu! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5DISINI!
AYAM GRILL
BAHAN-BAHAN:
Bahan A 4 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 kiub ayam knorr 2 sudu serbuk lada hitam 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je. 1 sudu teh garam 1 sudu makan gula 100ml air SEMUA BAHAN DI ATAS KITA KISARKAN DIA
Bahan B sudu madu 3 sudu butter 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
CARA PENYEDIAAN:
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai. Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam.. Kemudian boleh dibakar.
BAHAN-BAHAN KUAH:
1 biji bawang merah/besar 2 labu bawang putih 10 tangkai lada kering/ikut kepedasan (direbus & dikisar) 1 inci halia 1/2 sudu serbuk kunyit 2 batang serai 1/4 kotak santan Gula melaka (ikut citarasa) 2 sudu sos cili Gula, garam & perasa
CARA PENYEDIAAN KUAH:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak. Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul-betul masak.. Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah. Masukkan 1/4 kotak santan, 3 sudu sos cili.. Biar sehingga mendidih. Masukkan gula 3 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa. Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar.
TIPS NAK LAGI SEDAP, AYAM YANG DIBAKAR MENGGUNAKAN ARANG DICELUP PANAS-PANAS KE DALAM KUAH PERCIK UNTUK MENDAPATKAN KUAH YANG ENAK!
AYAM GORENG ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 6 sudu tepung beras 4 sudu serbuk cili babas 1 kiub pati ayam Gaul semua bahan di atas bagi sebati
Bahan B 5 biji telur 2 sudu besar magi cukup rasa 1 sudu serbuk jintan manis 1 sudu serbuk lada hitam Kacau sebati..lepas tu masukkan 5 6 sudu bahan A bagi jadi pekat supaya boleh salut ayam
Bahan c Seekor ayam potong seketul2..gaul dengan garam halus
CARA PENYEDIAAN:
Celup ayam dalam bahan B..lepas tu salut dengan bahan A dan goreng dalam minyak yang banyak (tenggelam semua ayam) sampai masak elok.
AYAM KICAP 3 BUDAK GEMUK
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 4 biji cili padi 3 tangkai daun kari Setengah ekor ayam (dipotong kecil) Garam dan serbuk kunyit 2 sudu besar sos tiram 1 cawan kicap lemak manis JALEN Minyak untuk menggoreng ayam.
CARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Perap selama 15 hingga 30 minit. Goreng hingga separuh masak. Angkat. Ceduk minyak hingga tinggalkan setengah cawan di dalam kuali tadi.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumiskan d2ngan lebihan minyak tadi.
Masukkan daun kari. Tumis hingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Agak pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata.
Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan enak dimakan bersama sambal belacan dan ulam pilihan anda..hmmmm sedapppp…
AYAM PANGGANG ALA DOMINOS
BAHAN-BAHAN:
Ayam (1kg drumsticks atau mana mana bahagian yang suka) 2 susu besar butter/marjerin 1 labu bawang putih (tumbuk) 1 sudu besar lada hitam (tumbuk) 1 sudu besar serbuk cili/cili kisar 2 sudu besar madu 5 sudu besar sos tiram 5 sudu besar sos cili 5 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil garam 2 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan semua bahan kecuali ayam Masak dalam 5-10 minit sehingga butter/ marjerin cair. Tambah sikit minyak masak masa lumur atau gaul bahan perapan pada ayam. Perap selama 1-2 jam, lagi lama lagi sedap Bakar dalam airfryer 180°C 15minit, boleh sesuaikan ikut airfryer memasing ye
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
Ayam (potong 14). Serbuk kunyit Garam halus Minyak masak secukupnya Lada mesin (5 senduk) Sos tiram (3 sudu makan) Sos tomato (2 sudu makan) Sos cili (2 sudu makan) Gula melaka (1/2 ketol) Kerisik-(2 sudu makan) Serai-3 batang (ketok) Halia-(3 inci) blend Bawang merah kecil (15 biji) kisar Bawang putih (12 biji) blend Bawang besar (2 biji) hiris masuk last Air putih 2 cawan teh 2 kiub ayam 3 sekawan (Tumis) Serbuk perasa (saya tak guna) Gula pasir (agak2)
Cuci ayam bersih-bersih ,lumurkan dengan kunyit dan garam(panaskan minyak dan goreng Ayam) Jangan garing-garing sangat ye nanti ayam keras
Cedok minyak dari gorengan ayam tadi dalam 2 senduk, tumis 3 sekawan, bawang merah, putih dan halia tumis sampai warna kekuningan sikit.
Masukkan lada mesin, kacau sampai terbit minyak masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kerisik, gula melaka, kiub ayam. Masukkan air sikit demi sedikit (api perlahan).
Bila dah terbit minyak masukkan serai, garam, gula dan masukkan ayam…. Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dah dihiris.
Tutup api dan taburkan bahan-bahan untuk hiasan… Kalau takda pun takpe.
AYAM GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Dada ayam potong dadu (atau bahagian isi) 5 sudu besar atau lebih tepung jagung 1 sudu besar sos tiram Sedikit lada sulah Gaul dengan ayam.. Saya tak guna Saya gaulkan dengan tepung bestari dan perap 15 minit.. Kemudian goreng
BAHAN-BAHAN LAIN:
Segenggam cili kering, jangan potong ye 4 ulas bawang putih dicincang halus 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar kicap manis 1/2 cawan air 2 batang daun bawang (potong 1 1/2 inci) Capsicum hijau dipotong kiub Bawang besar dimayang
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dalam 4 sudu besar
Tumiskan bawang putih sehingga sedikit kuning
Masukkan cili kering, goreng sekejap, masukkan sos cili, kicap manis, dan air.
Renehkan sekejap, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, bawang besar, capsicum hijau dan 2 sudu besar secukup rasa maggi
1/4 sudu teh garam ..siappp.. Taburkan daun bawang.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Selalunya kita dengar ikan Talapia sungguh sedap digoreng rangup atau dimasak sambal, tapi tau tak korang sebenarnya isi ikan ini sedap juga dibuat kerabu. Hasilnya sangat sedap, aroma campuran hirisan ulam-ulaman, cili padi, perahan jus limau nipis dan dilengkapi dengan rasa masam masinnya. Memang memancing selera makan sungguh. Apatah lagi kalau dihidangkan terus selepas dibuat, korang kena cuba sebab menu ni bukan hanya sedap tetapi ia juga sangat sihat, sesuai untuk korang yang berpantang atau berdiet.
KERABU IKAN TALAPIA BUNGA KANTAN BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak makan ikan bakar tapi tak sanggup berasap satu dapur? Meh cuba Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bakar gaya moden ni guna air fryer je! Bukan saja lebih cepat dan bersih, tapi rempah sambal pun kekal dalam perut ikan, tak meleleh sana sini.
Resipi viral ni dikongsikan oleh Munira Ali, dan memang confirm puas hati. Kalau tak ada air fryer? Jangan risau. Boleh juga bakar dalam oven atau goreng macam biasa. Tapi serius, guna air fryer lagi senang dan dapur tak comot langsung!
4 ekor ikan cencaru saiz sederhana – belah belakang & bersihkan
1½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah besar
4-5 biji cili api (ikut tahap pedas masing-masing)
Sedikit belacan – bagi umph!
Serbuk cukup rasa secukupnya
Asam jawa secukupnya
1 sudu gula
1.Kisar semua bahan (kecuali asam jawa) dengan sedikit air saja. Nak lagi power, tumbuk kasar! 2. Panaskan sikit minyak, tumis bahan kisar bagi sambal naik bau dan pecah minyak sikit. 3. Bila sambal dah suam, sumbat elok-elok dalam perut ikan. Jangan kedekut!
4. Sembur sikit minyak pada ikan, dan masukkan dalam air fryer.
5. Bakar 15 minit suhu 180°C, kemudian terbalikkan dan sambung 15 minit lagi. Nak lebih garing? Tambah 5 minit. 6. Siap! Hidang dengan air asam dan nasi panas – memang terangkat!
Ketahui 5 bahan dapur yang paling berkesan menghilangkan bau hanyir ikan air tawar seperti patin, keli, tilapia dan haruan, lengkap dengan tip tambahan yang mudah dipraktikkan.