RASA cadangkan tiga menu ini untuk anda masak sebagai hidangan makan tengah hari atau makan malam. Sedap betul. Rasa lengkap je hidangan tu sebab ada ayam panggang, daging dendeng dan sambal ikan masin.
Makan pulak dengan nasi panas-panas. Ayam panggang tu kalau nak ratah macam tu je pun boleh. Cubalah. Sedap sesangat ni.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Ads
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
DENDENG DAGING BERLADO
Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Ads
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI
Ads
Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Selamat memasak!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1. TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri yang dah digoreng
1 inci halia – dihiris
4 biji bawang merah – dihiris
1 biji bawang holland – dihiris
Lada besar – dihiris panjang
Cili api
Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
3 sudu makan taucu
6 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
3 biji bawang merah – dipotong
3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
2 biji cili hijau – dipotong
2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
4 biji cili padi merah – potong halus
4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
Minyak untuk menumis
Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Gulai Tempoyak Ayam memang sedap makan dengan nasi putih. Sama juga dengan gulai tempoyak ikan, bezanya yang ini menggunakan ayam sebagai bahan utama selain tempoyak.
Menurut empunya resipi ini merupakan cara masak dan resipi orang Perak dan katanya lagi ia mungkin tidak sama dengan cara dan resipi masak tempoyak negeri lain.
Mungkin ada yang tidak makan ikan sungai, bolehlah cuba buat Gulai Tempoyak Ayam ni. Sedap dan cukup menyelerakan tambah pula sekarang musim durian, memang sesuai nak masak menu macam ni.
1 sudu besar gula pasir (kalau guna tempoyak yang agak masam.. .tambah lagi 1 sudu besar gula)
2 sudu teh garam
sedikit bahan perasa
3 cawan air
1 cawan tempoyak (kalau kuah cair boleh tambah tempoyak lagi ye)
Sedikit daun kesum
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah(cili besar merah)
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sebesar ibu jari ubi kunyit ( kalo xde guna serbuk kunyit jer 1/2 sdb)
1/2 cawan air
(Kisar semua bahan)
CARA MEMASAK:
Masukan bahan kisar ke dalam periuk, kemudian masukan air, gula, garam, serai, , daun kesom, tempoyak dan sedikit serbuk perasa ( jika suka). Gaul sebati.
Renehkan hingga mendidih, biarkan mendidih seketika dan masukan ayam. Bila ayam lembut masukan timun.
Apabila timun dah agak lembut, sesuaikan rasa dengan garam gula kemudian tutup api.
Selain masak stim dan tiga rasa, ikan siakap juga sedap kalau dimasak pedas. Ringkas saja nak buat siakap masak pedas. Tapi jangan lupa letak daun limau purut untuk bangkitkan cita rasanya. Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat siakap masak pedas. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan tiga rasa. Nak tahu macam mana rasanya, kenalah korang cuba buat.
SIAKAP MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
• Ikan Siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing).
• Minyak masak
BAHAN RACIK
• 1 biji tomato
• 2 batang serai
• 1 biji bawang holland / bawang besar.
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 7 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan diingini)
BAHAN SOS
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 1/2 sudu besar kicap cair
• 1/2 sudu besar kicap pekat
• Sedikit cuka
• 2 helai daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Tumis Bahan Racik kemudian masukkan Bahan Sos.
2. Letakkan sedikit air kalau nak berkuah. Tunggu kuah pekat sikit, baru rasa.
3. Kalau kurang masin atau kurang manis boleh letak gula dan garam.
4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yg telah digoreng.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!