Ayam masak merah antara lauk kegemaran ramai, sebab itu dalam kenduri kendara lauk ini pasti dihidangkan.
Cuma cara memasaknya mungkin berbeza mengikut tukang masak. Kali ini kami kongsi resipi dari tukang masak atau pengusaha katering dari sebuah daerah di Perlis yang dikenali ramai satu ketika dulu.
Meski orangnya sudah tiada tapi keenakan ayam merah air tangannya masih disebut dan diingati hingga sekarang.
Mujurnya si anak sempat mempelajarinya dan berkongsi resipi tersebut untuk kita turut merasai kesedapannya.
Ayam masak merah resipi tukang masak lama
Bahan-bahan
2 ekor ayam -dipotong dan dibersihkan
2 senduk cili boh/giling
1/2 tin susu cair
2 sudu makan serbuk cili
1/2 tin panjang tomato puri
2 helai daun pandan
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 sudu besar gula
1 sudu garam
2 sudu besar serbuk Cukup Rasa/Kiub Pati Ayam
1/2 cawan cili sos
Ads
Bahan kisar
2 batang serai
3 inci halia
1 Labu bawang Holland
7 ulas bawang putih
Cara buat ayam masak merah
1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.
3. Kemudian masukkan separuh bahan kisar terlebih dahul.Tumis hingga garing kemudian masukkan cili serbuk dan cili boh. Masak hingga pecah minyak.
Ads
4. Seterusnya masukkan lebihan bahan kisar dan biar mendidih. Masukkan gula, tomato puri dan susu cair. Tambah juga dua gelas. Biar mendidih dan pecah minyak.
5. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng. Gaul rata dan biar mendidih hingga pecah minyak.
6. Masukkan cili sos dan garam. Seimbangkan rasa manis dan masin.
7. Akhir sekali boleh tabur bawang besar yang dipotong dan kacang peas jika suka. Siap.
Ads
Warna ayam masak merah ini bergantung kepada warna merah cili dan tomato puri. Hidangkan Bersama nasi tomato, acar jelatah dan dalca.
Tosei ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama.
Selalunya, tosei ni dimakan dengan aneka jenis kuah, seperti kuah dhal, kari ayam atau kari ikan serta cutney kelapa.
Sedap kan dapat makan dengan tosei dan idli serta chutney kelapa. Lebih-lebih lagi bila buat sendiri di rumah. Sesuai untuk sarapan pagi bersama keluarga.
Jom buat dengan ikut resipi daripada Nur Masri ini.
1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam @ semalaman. 2. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 jam@ semalaman. *(Jika nak buat petang, rendam pada waktu malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi, petang rendam, malam mula mengisar).
3. Toskan ulunthud dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair. Kisar sehingga betul- betul halus, kemudian masukkan garam. 4. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. *Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan, simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari. *Jika guna food processor, boleh je kisar semua bahan sekali. Jika guna pengisar, boleh kisar ulunthu berasingan dengan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu.
5. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam. 6. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali. Cedok penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper. Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat.
7. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagin atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dengan cepat 1-2 minit, jika suka garing, boleh lebihkan masa.
8. Keluarkan tosei anda dan lipat. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, kari, dan chutney kelapa.
1. Lenserkan minyak pada acuan (saya guna acuan lompang je) 2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit. 3. Sejukkan dulu, baru keluarkan daripada acuan.
1. Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu Kemudian masukkan kelapa, sangai sekejap. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dengan sedikit air. 2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau. 3. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata. Sedia untuk dihidang. *Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.
DALCA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging dipotong (jika guna daging yang ada lemak, rebus dulu hingga lembut buang lemak yang cair untuk elak dalca berlemak/ jika guna isi pejal, tak perlu rebus) 1 cawan kacang dal | direndam satu jam & direbus hingga lembut 2 biji terung | dipotong 8 5 batang kacang panjang | dipotong satu inci – beli online di sini 1 batang lobak merah |dipotong jejari 1 inci – beli online di sini 3 biji kentang | dipotong 6 tiap satu – beli online di sini 2 biji cili merah | dibelah 2 2 biji cili hijau | dibelah 2 2 biji tomato separuh masak | dipotong 4 3 sudu besar membukit cili kering kisar 4 sudu besar membukit rempah kari daging – beli online di sini Maggi cukup rasa 2 asam keping – beli onlline di sini 3 cawan santan pekat – beli online di sini Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
3 pelepah daun kari Kulit kayu manis Buah pelaga Cengkih Bunga lawang
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 2 inci halia
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dengan api kecil. Kacau. 2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga air kering dan naik bau. 3. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. 4. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, masukkan rempah kari. Kacau rata. (Jika daging belum rebus, masukkan daging, garam dan air, rebus hingga empuk). 5. Masukkan maggi cukup rasa, asam keping daging dan air daging (jika daging telah direbus), kacang dal yang sudah direbus, lobak merah dan kentang. Tutup periuk. 6. Masukkan kacang panjang, terung dan cili. 7. Masukkan santan pekat dan tomato. 8. Sebaik kuah mendidih, perasakan dengan garam.
Kali ini RASA ingin berikan resipi masak siakap stim limau. Resipi ini sangat ringkas tetapi cita rasanya sangat mewah.
Ikan siakap memang sangat sedap jika dimasak dengan cara stim. Isinya lembut dan segala rasa masam limau serta serai yang diketuk terasa meresapi ke isi ikan tersebut.
Kuahnya pula memang sedap lebih-lebih lagi jika ikan siakap itu masih baru dan segar dari laut.
Resipi kali ini menggunakan kaedah tumis darat. Tumis darat bermaksud bahan-bahan ditumis asing daripada masakan. Selepas ditumis, tumisan diasingkan terlebih dahulu. Apabila memasak, barulah dimasukkan tumisan itu ke dalam masakan.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 ekor ikan siakap
2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar (potong 6 bahagian)
1 batang serai (diketuk)
5 tangkai cili padi (belah 2)
2 biji asam boi putih
Garam secukup rasa
Daun limau purut secukupnya
Daun sup secukupnya
1 biji limau nipis (potong nipis dan perah airnya)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih dan halia sebentar. Matikan api.
2. Sediakan pengukus. Panaskan air. Letakkan loyang dalam pengukus. Dalam loyang, letakkan ikan, air dan sos tiram.
3. Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi.
4. Masukkan bawang besar, serai, cili padi, asam boi putih dan garam.
5. Tutup pengukus dan biar sehingga ikan masak lebih kurang 20 minit).
6. Buka pengukus, tabur daun limau purut dan daun sup. Letakkan juga air perahan limau nipis.
7. Tutup api.
Ketika demam, selalunya kita kurang selera makan. RASA berikan resipi memasak sup telur yang dicampur kentang. Lauk yang jenis berkuah seperti sup ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan dan membantu juga demam lebih cepat berlalu pergi.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 2 biji bawang merah (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• Batang sederi (hiris)
• 2 biji ubi kentang potong kecil
• Cendawan kering (rendam air panas 15 minit sebelum dimasak)
• Sedikit suhun dan tauhu kering (direndam dulu)
• Garam
• 4 biji telur ayam
• Daun sup
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan hiris. Kemudian masukkan air ikut kepada sebanyak mana kuah yang kita mahu.
2. Masukkan ubi kentang dan biarkan empuk. Masukkan cendawan.
3. Masukkan suun dan tauhu kering yg di rendam seketika.
4. Masukkan garam. Pecahkan telur satu demi satu. Jangan kacau kerana tak nak telur pecah. Biarkan mendidih seketika.
5. Tabur daun sup.
resipi ikan cuka stail Filipina, ikannya tak perlu digoreng malah mengunakan cuka dan minyak yang agak banyak serta dimasak dalam api perlahan sehingga ikan benar-benar mesra dan sebati dengan semua bahan.