Orang lelaki ni bila masuk dapur dan masak, haa memang terangkat la bila makan. Sedap tak terkata! Lagipun sekarang ini, sudah ramai lelaki yang mula masuk dapur menolong isteri kan.
Kali ini, jom kita resipi Ayam Masak Kurma resipi daripada Umi Watie. Katanya, kalau abah yang masak, sampai ke kuah habis licin. Rupanya ada bahan rahsia yang abah bubuh. Jom kita buat.
1.Kisar bahan yang bertanda *. Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan di dalam kuali sampai wangi dan garing. Bubuh rempah kurma. Kacau-kacaukan supaya tak hangus.
2. Bila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan bahan rahsia iaitu daun bawang, daun ketumbar dan badam. Kacau lagi.
3. Bila semua bahan elok pecah minyak, masukkan ayam. Kacau-kacau. Bila air ayam dah sedikit kering, bolehlah masukkan air.
Ads
4. Sementara menunggu untuk kuah mendidih, Gaulkan semua bahan.
5. Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata. Bila kentang, lobak merah dan ayam dah elok masak dan empuk, bolehlah masukkan santan pekat. Biarkan kuah mereneh.
6. Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau-kacaukan lagi. Jangan biar dia hangus. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera masing-masing ya.
7. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Dah siap!
Resipi ikan bawal hitam masak kicap ini memang ringkas tapi boleh jadi kegemaran keluarga.
Dengan kombinasi rasa manis, pedas dan masin yang seimbang selain tumisan bawang dan halia yang menggoda selera, bila dimakan dengan nasi memang masing-masing angkat ibu jari. Cubalah…
Resipi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal hitam – dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng
2 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya (disyorkan jenama ABC)
Air secukupnya
Bawang holland dan lada besar merah/hijau – dihiris (jika suka)
Cara Penyediaan
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau.
4. Tambah sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau rata.
5. Tambah sedikit air untuk kuah. Jangan terlalu banyak, cukup sekadar kuah menyaluti ikan.
6. Masukkan hirisan bawang holland dan lada besar jika suka. Ia bukan saja cantik tapi menambah rasa.
7. Masukkan ikan goreng ke dalam kuah. Biarkan seketika hingga ikan sebati dengan kuah.
8. Tambah garam dan perasa secukupnya. Siap untuk dihidangkan!
Tip Ekstra
Boleh guna ikan lain seperti ikan kembung, selar atau siakap.
Jika suka lebih pedas, boleh tambah hirisan cili padi.
Resipi ikan bawal hitam masak kicap ini sesuai juga ditambah sedikit bawang besar yang dimayang bulat untuk rasa lebih manis dan aroma.
Cencaru Bakar memang sinonim dengan belah belakang sumbat dengan sambal atau samhal kelapa. Tak kisah cara mana anda masak, ia tetap sedap. Kalau korang pencinta ikan bakar, cuba buat sendiri di rumah. Resipi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal ni memang sedap dan mudah untuk menyediakannya.
CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL BAHAN-BAHAN: 3 ekor ikan Cencaru saiz sederhana BAHAN SAMBAL: 3 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 4 biji cili padi Sedikit belacan 5 sudu makan cili kering yang telah dikisar Sedikit air asam jawa Garam, gula, dan perasa secukupnya Hirisan daun bawang, tomato potong dadu dan hirisan bawang besar.
CARA MEMBUAT:
Belacan, bawang merah, bawang putih dan cili padi dikisar kasar dalam blander.
Panaskan 2 sudu makan minyak, tumis bahan yang dikisar kasar tadi.
Kemudian masukkan cili kering, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan hirisan, air asam, garam gula dan perasa secukupnya.
Tutup api dan tambah ke dalamnya hirisan bawang besar, tomato dan daun bawang.
Sumbat sambal ke dalam ikan, kemudian bakar hingga masak.
Bun dan pastri panas memang best makan petang-petang dengan kopi atau teh panas. Bila nak menguli tu biar betul-betul caranya barulah gebu dan rangup rasanya kan.
Ni min kongsi resepi ori dari Royale Chulan Bukit Bintang, KL oleh Chef Raja Kamaroszaman Raja Zainal dan geng Chef yang gigih dan kreatif ini.
Jom cuba tiga resipi ni…memang lah renyah sikit tapi bila menjadi… tersangatlah puas hati kan.
OREO CHOCOLATE BUN
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
330 gm tepung roti
8 gm yis
16.6gm susu tepung
50 gm gula
30 gm mentega
6 gm garam
45gm telur
167 ml susu segar
BAHAN INTI : Coklat ganache :
125 gm krim putar
125 gm coklat masakan (baking chocolate)
50 gm mentega
Krim kastad :
250 gm tepung kastad
1/2 liter susu segar
1 liter krim putar
50 gm serbuk biskut Oreo
‘Topping’: 100 gm serbuk biskut Oreo
CARA MEMASAK : Cara masak inti (chocolate ganache): 1. Masakkkan krim putar di atas api sederhana hingga mendidih sedikit dan tutupkan api. 2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati. 3. Kemudian masukkan mentega dan sebatikan. Biarkan dalam suhu bilik. Cara masak inti (krim kastad) : 1. Masukkan tepung kastad, susu segar dan krim putar di dalam periuk. 2. Masakkan di atas api sederhana 3. Tutup api dan biarkan seketika dalam suhu bilik.
Cara membuat oreo bun : 1. Masukkan bahan bahan A ke dalam mixer dan bancuh dengan kelajuan rendah selama 1 minit 2. Selepas 1 minit, bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit 3. Tutup mixer dan periksa jika doh lembut dan licin 4. Keluarkan doh dari mixer dan timbang 60 gm untuk setiap doh 5. Rehatkan pada suhu bilik selama 10 minit 6. Uli doh memanjang untuk dililit ke acuan 7. Sesudah siap semua celup ke oreo hancur untuk topping dan letak ke dulang pembakar 8. Rehatkan selama 1 jam sebelum bakar 9. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah celcius, kemudian masukkan dulang pembakar berisi bun. 10. Bakar hingga coklat keemasan, keluarkan dan sejukkan selama 30 minit dan isi dengan bahan inti ke dalam bun
Saiz hidangan : 10 biji Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Rasa coklat berkrim dan keenakan biskut Oreo
INFO CHEF :Pastikan coklat masakan tidak dimasak ‘langsung’ atas api. Tutupkan api dan anda boleh tuangkan krim putar atas coklat masakan hingga cair.
BANANA ROLL PUFF
BAHAN-BAHAN :
400 gm tepung gandum
1/8 sudu teh garam
220 ml air
350 gm mentega
Sedikit tepung untuk ditabur
Bahan Isi :
6 biji pisang raja yang sudah masak
50 gm mentega
Bahan untuk glaze :
1 biji kuning telur | dipukul ringan
1 sudu teh air kosong | dipukul ringan
CARA MEMASAK : Cara buat puff pastri : 1. Gaul rata tepung gandum, garam dan 50 gram mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit. 2. Tabur tepung pada permukaan meja kerja. Canai doh sehingga mendapat bentuk seakan akan huruf “T”. Letakkan 300 gm mentega ditengah-tengah dan bungkus kemas (dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah). Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh. 3. Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm. Berhati-hati nanti mentega terkeluar. 4. Lipat dan rehatkan 15 minit. 5. Canai perlahan-lahan sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, lipat sekali lagi. Rehatkan 15 minit lagi 6. Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. 7. Canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm. Masukkan inti pisang yang sudah dicampur mentega dalam pastri puff ini, lebihkan hujung inti pisang sehingga masih terlihat pisangnya. 8. Sapu dengan glaze. Bakar dengan suhu oven 200 Celcius selama 20 minit hingga keperangan.
PUFF KARI AYAM
BAHAN-BAHAN :
400 gm tepung gandum
1/8 sudu teh garam
220 ml air
350 gm mentega
Sedikit tepung untuk ditabur
Bahan isi :
2 keping dada ayam | dihiris kecil
3 biji kentang | kupas dan potong dadu
2 biji bawang besar | dipotong dadu atau racik halus
3 ulas bawang putih | cincang
2 sudu makan rempah kari ayam | dicampur dengan sedikit air jadikan pes
1/2 -3/4 cawan air
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan glaze :
1 biji kuning telur – pukul ringan
1 sudu teh air kosong – pukul ringan
CARA MEMASAK: Cara sediakan puff : 1. Gaul rata tepung gandum, garam dan 50 gram mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit dalam peti sejuk. 2. Tabur tepung pada permukaan meja kerja. Canai doh sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf “T”. Letakkan 300 gm mentega di tengah-tengah dan bungkus rapi (dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah). 3. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh. 4. Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm. Berhati-hati nanti mentega terkeluar. 5. Lipat dan rehatkan 15 minit. 6. Canai perlahan -lahan sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, lipat sekali lagi. Rehatkan 15 minit lagi 7. Ulangi proses mencanai dan lipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. 8. Canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm.
Cara memasak inti : 1.Tumiskan bawang putih bersama bawang dadu hingga layu dan berbau harum masukkan pula rempah kari yang dijadikan pes tadi, kacau hingga agak garing masukkan pula ayam. 2. Balik-balikkan ayam masukkan anggaran 1/2 cawan air dan kentang, masakan hingga kentang agak empuk jika belum empuk masukkan sedikit lagi air diikuti dengan gula dan garam secukup rasa. 3. Balik-balikkan hingga inti agak sedikit kering dan matikan api, sejukkan dahulu sebelum digunakan. 4. Potong puff pastri dileperkan sedikit dan letakkan inti, tutupkan dengan sekeping lagi pastri yangg dileperkan sedikit dan dikelar sedikit diatasnya dengan garisan serong sahaja, tekankan tepi pastri dengan garfu sedikit supaya tidak terbuka. 5. Setelah pastri siap dimasukkan inti sapukan glaze dan bakar di dalam ketukar dalam 20 – 25 minit pada suhu 180 darjah Celcius.
Saiz hidangan : 10 biji Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Inti ayam berempah sama bertambah lazat dengan pasti puff yang gebu
Info chef: Membuat pastri puff memang renyah dan mengambil masa agak lama. Jadi pastri puff ini lebih baik dibuat awal dan masukkan ke dalam beg plastik berzip dan simpan di dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa . Nak cepat boleh aje beli pastri siap di pasaraya.
RESEPI : CHEF RAJA KAMAROSZAMAN RAJA ZAINAL, MUHAMMAD HANIFF, MUHAMMAD AKMAL MOHD NOOR & CHEF MUHAMMAD FAIZAL ARIFFIN
TERIMA KASIH : ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG, 17-21 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!