Ayam goreng ada macam-macam cara menyediakannya tapi ayam goreng yang dibuat oleh mak tentulah yang paling sedap.
Biasanya adik beradik akan berebut makan. Seperti yang dikongsi oleh Khairul Hakimin, resipi ayam goreng berikut adalah daripada seorang ibu anak yang ramai dengan bajet sederhana.
Ayam dipotong kecil bukan saja agar lebih sedap tapi juga supaya semua dapat merasa.
Resipi ayam goreng berebut makan
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong kecil
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun kari
Beberapa ulas bawang merah India – dihiris
Ads
Cara membuat
1. Gaulkan ayam dengan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam hingga sebati. Perap sekejap pun dah cukup.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan daun kari sampai naik bau.
Ads
3. Masukkan ayam, goreng hingga garing dan keemasan.
4. Angkat bersama daun kari dan bawang. Siap untuk dihidang!
Ads
Tip Ekstra: Kalau suka lebih pedas, boleh tambah sedikit serbuk lada hitam atau hirisan cili padi ketika menggaul ayam.
Pecal adalah antara sajian masyarakat Jawa yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia terutamanya bila tiba bulan Ramadan. Ia juga sesuai dimakan pada bila-bila masa sama ada sarapan pagi, makan tengahari atau pun malam. Rahsia keenakannya terletak pada kuah. Kalau ‘power’ kuahnya, maka sedaplah pecal anda. Nak cuba? Resipi ini pasti memukau selera.
CARA MASAK PECAL PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
3 sudu besar gula perang atau pasir
1 biji cili merah | dihiris
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih | dihiris
2 biji bawang merah | dihiris
1cm halia | dihiris
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
9. Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
Kata orang jika mahu mengikat kasih sayang dalam keluarga ialah dari masakan yang dihidangkan. Kehebatan masakan isteri dan seorang ibu membuatkan suami dan anak-anak terkenang-kenang sampai bila-bila.
Buat Maria Ahmad, menjadi suri rumah tangga memberinya banyak ruang untuk memikirkan dan menyediakan apakah juadah yang terbaik untuk seisi keluarga. Minat memasak mendorong dirinya untuk mengolah resipi yang diminati keluarga.
Kreativitinya dalam menghasilkan masakan turut dikongsi di dalam instagram milik peribadi iaitu maria2810_kitchen. Dengan follower melebihi 52k, ternyata Maria mempunyai peminat yang sentiasa menanti-nanti apakah menu yang dimasak pada setiap hari.
Maria turut berkongsi resipi caranya yang menjadi kegemaran sekeluarga untuk pembaca RASA.
TauhuBegedil
Bahan-bahan:
1 bungkus tauhu kering
5 biji ubi kentang
1 cawan isi ayam/daging
3 biji bawang merah digoreng
Daun sup & daun bawang
Serbuk lada putih & hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan celup:
3 biji telur
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Rebus kentang hingga masak. Kemudian lenyekkan
2.Isi ayam/daging dimasak sebentar hingga air kering
3.Campurkan isi ayam/daging ke dalam bahan-bahan yang lain
4.Gaul sebati
5.Gunting di bahagian atas tauhu kering
6.Keluarkan isinya dan digaul bersama bahan inti tadi
7.Sumbat semula inti ke dalam tauhu
8.Pukul telur bersama garam
9.Celupkan tauhu yang telah disumbat inti ke dalam telur
10.Goreng sehingga garing
Bahan Sos:
2-3 ulas bawang putih
1 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan gula Melaka
1 cawan air asam jawa
½ cawan air
Cara memasak:
1.Tumbuk bawang putih hingga lumat
2.Tumis hingga kekuningan
3.Masukkan cili kisar dan masak hingga garing
4.Masukkan cili & tomato sos
5.Kacau hingga rata & masukkan air asam/air & gula merah
6.Masukkan garam secukup rasa
7.Masukkan sesudu tepung jagung yg telah dilarutkan bersama air(jika ingin pekat)- jika perlu sahaja
8.Taburkan sedikit bijan
LepatPisang
Bahan-bahan:
12 biji pisang berangan
½ cawan tepung gandum
½ cawan kelapa parut
2 sudu gula merah
sedikit garam
Cara memasak:
1.Pisang dilenyek hingga hancur
2.masukkan gula merah, garam dan kacau rata
3.masukkan tepung dan kelapa. Gaul sebati
4.layurkan daun pisang atas dapur gas supaya senang dilipat
Lauk yang simple seperti kembung masak pedas ala Thai inilah yang sering jadi rebutan . Cukup rasa, masam , manis, pedas yang seimbang ditambah dengan aroma daun limau purut memang makan tak cukup sepinggan. Cubalah buat kalau nak tahu penangannya.
Kembung Masak Pedas Ala Thai
Bahan-bahan: Ikan kembung -digoreng dengan garam dan sedikit kunyit. Ketepikan Cili merah Cili hijau Cili padi merah Cili padi hijau 3 batang serai 6 ulas bawang putih (Kisar semua bahan jangan hancur sangat) Sos ikan-BELI ONLINE DI SINI Sos tiram Sos cili Sos tomato-BELI ONLINE DI SINI Gula secukupnya Air secukupnya Daun limau purut Bawang Holland
Cara memasak: 1.Panaskan minyak .Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. 2.Masukkan semua sos-sos dan gula, gaul rata. (Garam tak perlu, sebab semua bahan dah masin) 3.Masukkan sedikit air untuk kuahnya. 4.Biar mendidih. 5.Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut, bawang Holland dan ikan goreng. 6.Gaul rata siap untuk dihidang.