Resipi bawang putih goreng, kerepek rangup sedap dan crunchy ini bagus membuang angin dalam badan.
Namun, jika salah cara membuat bawang putihnya terlebih garing dan pahit. Sebenarnya, nak goreng bawang putih jadi rangup, cantik dan tak pahit jika kena dengan caranya.
Jom kita buat mengikut cara yang dikongsi Masfaliza Ab Jaafer.
1. Pilih bawang yang besar-besar bagi memudahkan kerja nanti. Leraikan, kemudian rendam dengan air selama 15 minit dan toskan.
2. Kopekkan semua bawang. Kemudian, bawang putih disagat. 3. Bawang yang telah siap disagat, rendam dengan air + garam (6 sudu kecil). Sambil itu, ramas manja-manja untuk buang getah bawang.
4. Rendam selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air paip sebanyak 3 kali dan toskan.
5. Tuang minyak ke dalam kuali. Sebelum goreng, boleh taburkan sedikit tepung, atau digoreng begitu sahaja. Mana-mana kaedah boleh digunakan, insya-Allah bawang jadi rangup.
6. Gunakan minyak yang banyak dan api yang kuat untuk dapatkan tekstur bawang yang garing. 7. Bila bawang dah masak, dia akan timbul begini (macam dalam gambar). Cepat-cepat angkat dengan menggunakan penapis seperti dalam gambar.
8. Sejukkan. Saya taburkan sedikit perasa Hilal (boleh google) dan ikan bilis. 9. Bila dah sejuk, boleh masukkan ke dalam balang atau bekas kedap udara.
*TIP nak dapat bawang putih goreng yang cantik:-
1. Masak dengan menggunakan api yang besar. 2. Masa mula letak bawang tu, minyak jangan panas, nanti terus masak layu. 3. Semasa bawang dalam proses nak masak, balik-balikkan bawang dan kecilkan sedikit api.
Kerabu Mangga adalah menu pembuka selera yang sangat mudah disediakan dan pelbagai versi resipi sesuai dengan citarasa pembuatnya. Kali ini RASA kongsikan resipi paling mudah dan ringkas yang boleh anda cuba, sesuai sangat dengan konsep jimat di musim PKP ini.
KERABU MANGGA BAHAN-BAHAN: 3 biji mangga lemak sederhana besar5 ulas bawang merah 1 sudu teh lada hitam 3 sudu besar kerisik Garam secukup rasa Gula secukup rasa 2 biji cili padi | hiris serong 3/4 cawan santan yang diperah segar 3 ekor ikan kembung | dibakar dan ambil isinya
1/2 cawan kacang tanah | sangai dan tumbuk kasar
CARA MEMBUAT:
Mangga dibuang kulit dan parut, ketepikan.
Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
Kemudian masukkan isi ikan dalam bahan bahan tumbuk tadi dan tumbuk lagi hingga lumat.
Satulah bahan tumbuk dengan mangga dalam mangkuk bersama kerisik, gaul sebati.
Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali taburkan cili padi yang dihiris.
Pulut ayam ni memang payah nak jumpa di kebanyakan negeri, ianya banyak di belah utara. Cara nak buatnya sanagt senang dan bahannya pun mudah disediakan. Cubalah baru tau!
BAHAN-BAHAN: (8orang)
1 ekor ayam(L) – potong/cuci/tos
*garam + serbuk kunyit
*4 sudu besar rempah kari daging
*6 batang serai – ditumbuk halus
bahan bertanda* di perap bersama ayam 30 minit
6 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan bijan
Bawang merah – hiris nipis/goreng
Sos cili thai maggi/mae pranom thai
Daun pandan – carik2 @ gunting pendek2
1 kg beras pulut – cuci/rendam
Kalau guna beras pulut susu (Thai) – rendam hanya 3-4 jam sahaja
CARA MEMASAK:
1. Kukus pulut brsama daun pandan, cam biasa(bleh letak gak daun pandan dlm air kukusan) – kukus 30 minit @ hingga masak.. 15 minit prtama buka periuk kukus & renjis2 dgn air masak pd prmukaan pulut, tutup smula periuk & kukus smula hingga masak
2. Ayam di perap bersama bahan* 30 minit, kmudian masukkn tepung jagung – gaul mesra d ikuti bijan, gaul lgi
Panaskn minyak + minyak goreng bwg tadi, goreng ayam cam biasa
3. Apabila semua dah ok, bleh lah menikmati pulut kukus bersama ayam goreng, bwg goreng & tak lupa sos cili thai @ mae pranom thai
4. Biarkan lebihan/baki pulut dlm periuk kukus – sentiasa panas apabila perlu, apabila kerap di panaskn pulut semakin lembut