Siapa tak suka apam comel gebu dan lembut. Sedap aje dikunyah. Paling best Apam Pandan Coklat ni memang sedap dengan rasa pandan dan koko. Memang sedap bergandalah kan. Apam ni sesuai disaji untuk sarapan dan minum petang.
Resipi perkongsian Fatin Bakery ni memang berbaloi untuk dicuba. Cuma pesannya kukus adunan guna api sederhana selama 10 minit sahaja. Dan yang paling penting, panaskan air dahulu dan jangan lupa balutkan penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas apam, nanti hodoh pulak kejadiannya.
APAM PANDAN COKLAT GEBU
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung kotak (blue key)atau tepung gandum
1 sudu kecil baking powder * Tepung dan baking powder dicampur keduanya
250ml santan kotak (Kara)
1 cawan gula halus
1 sudu ovelet
4 biji telur
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil esen pandan ( pes pandan)
1 sudu besar serbuk koko
CARA MEMASAK : 1. Pukul telur, gula Dan Ovellete dalam mixer hingga gebu bertukar warna Putih kira dah betul gebu ye. Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli, mix sampai semua bahan sebati dan gebu. 2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan campur lah pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. Satu adunan lagi campur serbuk koko, gaul sebati. 3. Acuan boleh guna lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye. Mudah nak keluarkan lepas siap kukus nanti.
.
4. Cara Fatin Bakery hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis. 5. Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit shj . Jgn lebih masa. 6. Pastikan penutup kukus dibalut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Takut hodoh pulak apam.
.
Kredit : fatin bakery
Ads
ANDA INGIN MENCARI PENGUKUS ATAU STEAMER UNTUK KUKUS APAM, BOLEH BELI ONLINE, JOM LAYARI DI SINI.
Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye… asalkan bahan utama diperap awal.
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Udang goreng kunyit berlada memang sedap, lagi lagi pulak rasa pedas padu. Masaknya dah lah senang, ekspres pulak siapnyanya, tak sampai 20 minit dah siap.
Ni resipi udang goreng kunyit berlada yang dikongsi Mohd Azmidari Sweety Rose Cafe. Walaupun ini adalah resipi niaganya tapi dia tak lokek berkongsi dengan para pelayar FB. Berbaloi dicuba resipi ini, memang pedas gerenti teramat sedap.
UDANG GORENG KUNYIT BERLADA
BAHAN-BAHAN : 1kg udang
1 biji bawang merah 1/2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 5 biji cili merah 1 biji cili kering 1 biji tomato 3 sudu besar sos cili Garam secukup rasa Sedikit air Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Udang digaul garam kunyit, dan goreng. Tidak perlu goreng terlalu lama, isi udang boleh menjadi keras Kemudian toskan. 2. Semua bahan diatas dikisar kasar. Tumis sehingga naik wangi.. Masukkan sedikit air dan masukkan udang seketika gaul sebati. (tidak perlu air byk, supaya udang kelihatan basah selepas digaul dan tidak berkuah) 3. Siap untuk dihidangkan.
Kredit : Mohd Azmi & Atie, Sweety Rose Cafe FB : Mohd Azmi
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...