Ada pelbagai jenis apam salah satunya Apam Berkuah Terengganu yang biasa dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Orang Trengganu mesti biasa dengan menu ini. Bolehlah buat kalau ada yang merindui kampung halaman.
Apam Bahan A: 1/2 cawan gula merah/nissang/gula Melaka 1/2 cawan air 1/2 sudu kecil garam halus -masak semua bahan di atas sehingga gula larut dan biarkan sejuk
Bahan B: 2 sudu kecil yis 1/2 cawan air 1 sudu kecil gula -perap hingga yis berbuih dan mengembang
Bahan C: 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan air 3 sudu besar gula pasir Acuan atau loyang disapu dengan minyak untuk mengelakkan melekat.
Ads
Cara memasak: 1.Dalam bekas lain campurkan semua bahan ABC di atas hingga sebati dan biarkan 1/2 jam dan mengembang dua kali ganda lepas itu dikaup balik (Lakukan sebanyak 3 kali kaedah kembang dan kaup balik ini) 2.Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam separuh bekas/loyang dan biarkan kembang dahulu baru dikukus. 3. Kukus hingga masak.
Kuah Apam: 1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah kecil* 1 biji bawang putih* 1/2 inci halia* 1/2 kunyit hidup* 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus 1 sudu besar rempah gulai cap bunga ros 1/2 sudu besar rempah masak cap bunga ros 1 sudu besar kerisik 1/4 nissang saiz besar Garam 2 ekor isi ikan Selayang/kembung rebus ditumbuk halus 3 cawan santan Sedikit minyak untuk menumis
Ads
Cara memasak:- 1.Mesin halus bahan bertanda * dan tumis hingga wangi. 2.Lepas itu masukkan sedikit air, lada hitam, rempah gulai, rempah masak, kerisik, isi ikan, serbuk kunyit dan kacau sebati. 3. Masukkan 3 cawan santan, nissang dan garam. 4. Masak sehingga santan pecah minyak dan pekat 5. Rasa kuah sedikit manis.
Nak masak resipi Kam Heong ni sebenarnya sangat mudah! Nampak je macam rumit tapi sekali dah siap masak sekelip mata je settle. Rasa masakan Kam Heong ni memang unik. Rasa manis pedas yang seimbang dari kuah tumisannya pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Paling ngam makan dengan nasi panas lauk ni boleh bertambah nasi.
Boleh juga tukar ke ayam jika tidak gemarkan udang sebagai lauk utama. Jom cuba!
UDANG KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
8 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Sedikit kicap manis
1 sudu serbuk kari
Serbuk kunyit
Udang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Potong bawang merah dan bawang putih dalam bentuk dadu.
Perap udang dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
Dalam kuali, goreng udang separuh masak dan ketepikan.
Tumis kesemua bahan tumis sehingga garing, jangan sehingga hangit.
Masukkan serbuk kari, sos cili, kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati sekejap sahaja sebab udang dah separuh masuk. Garam tak perlu sebab masa perap udang tadi dah letakkan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan dan aroma.
Kata orang Thailand syurga makanan, terutamanya manisan . Ternyata orang Thai memang kreatif dalam mempelbagaikan manisan. Ini RASA kongsikan empat menu manisan yang kalau korang ke sana wajib cuba. Sedap, sejuk dan memang puas makan.
RED RUBY
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sengkuang cina | dipotong dadu
20 titis warna merah
1 mangkuk tepung ubi
1 mangkuk santan |kelapa putih
100gm nangka | hiris panjang direbus dengan air gula
Air secukupnyan untuk merebus
Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam sengkuang cina di dalam air yang bercampur dengan warna merah. Biarkan sejam.
Kemudian buangkan air dan tapiskan.
Masukkan ketulan sengkuang ke dalam tepung ubi hingga semua ketulan sengkuang bersalut dengan tepung ubi.
Buangkan tepung ubi yang berlebihan dengan bakul jarang.
Semburkan dengansedikit, kemudian ulangi proses mengaul dengan tepung ubi sekali lagi.
Setelah selesai langkah gaul tepung ubi, ketepikan.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, kemudian masukkan sengkuang yang telah disalut dengan tepung ubi tadi sehingga timbul.
Keluarkan dan rehatkan dalam bekas air sejuk.
Untuk menghidangkannya , masukkan sengkuang cina ke dalam mangkuk tambahkan di atasnya
Akhir sekali tambahkan dengan dua sudu makan air gula dan tiga sudu makan santan.
Masukkan air sebelum dihidangkan.
CENDOL THAI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras
200gm tepung
12 mangkuk air pandan
BAHAN-BAHAN KUAH:
500gm gula Thai (Palm Sugar)
300gm gula pasir
1 kg santan
Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung beras dan tepung ubi dalam air pandan yang disediakan, tuang dalam periuk kacau atas api perlahan sampai pekat.
Kemudian masukkan ke dalam acuan cendol.
Sediakan bekas berisi air berasingan.
Picit sedikit demi sedikit untuk membentuk Lodchong atu cendol.
Untuk menyediakan kuahnya, campurkan santan dan gula Thai dalam periuk.
Panaskan dengan api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak.
Masukkan gula pasir secukup rasa dan biarkan kepada suhu bilik,
Untuk menghidangkannya, masukkan kepalan ais dalam mangkuk, diikuti cendol.
Akhir sekali tuangkan kuah santan dan sedia dinikmati.
SIRA UBI KAYU THAI
BAHAN-BAHAN:
1500 gm ubi kayu
500 gm gula
BAHAN KUAH SANTAN:
250 gm santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung beras1 sudu teh gula
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Masukan tepung beras, gula, garam dan santan ke dalam periuk kecil.
Panaskan dengan api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak berketul.
Setelah sebati rehatkan sebentar sambil sediakan ubi kayu.
Kopek ubi kayu dan potong size sederhana 4-5cm masukkan ke dalam periuk bersama gula dan masukkan air hinggga meliputi ubi kayu.
Masak dengan api sederhana selama 1-2 jam atau sehingga ia empuk.
Biarkan pada suhu bilik.
Setela sejuk hidangkan bersama kuah santan.
KOPI AIS THAI
BAHAN-BAHAN:
50gm serbuk kopi thai
250ml air
25ml susu pekat
10ml susu cair
CARA MEMASAK:
Rebus serbuk kopi Thai selama 15 minit
Kemudian tapis ke dalam gelas.
Masukkan susu pekat dan susu cair, Kacau rata.
Hidangkan bersama ais.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Setelah makan besar hari cuti panjang dengan segala makanan berlemak dan berminyak, hari ini apa kata anda cuba pula menu yang lebih sihat namun sedap dan mudah disediakan. Jika ingin mencuba, berikut dua jenis menu ikan yang tak sampai 15 minit siap. Sesuai sangat bila dah kembali bekerja ni.
IKAN KERISI TUMIS PINDANG TERUNG TELUNJUK
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi | buang sisik, bersih dan tos
2 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan | belah dua
1 biji tomato | belah empat
4 biji terung telunjuk | belah dua tidak putus
1 batang serai | titik
1 hiris lengkuas | titik
Garam, gula dan perasa secukupnya
2 sudu makan minyak masak
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air, asam gelugor, bunga kantan, serai dan lengkuas.
Setelah mendidih masukkan ikan dan terung telunjuk.
Selepas beberapa minit perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, ikan sudah masak , terung empuk. Tutup api dan masukkan tomato.
Singgang sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
3 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | hiris
2 hirisan lengkuas | titik
3 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan | belah dua
5 tangkai daun kesum
4 biji kacang bendi
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, masukkan kacang bendi.
Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!