Sepanjang bulan Syawal ni, pasti ramai yang bakal mengadakan jamuan makan-makan tidak kiralah di rumah, di sekolah mahupun di pejabat. Bagi anda yang bakal buat potluck raya atau jamuan raya di pejabat, menu-menu mi dibawah ini sesuai anda sediakan. Sukatan disediakan sesuai untuk 10-15 orang makan. Jadi jika nak buat banyak, anda gandakan saja. Mudah! Selamat mencuba!

 

1. MI REBUS KELEDEK

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning |dicelur

BAHAN KUAH:

  • 1/2 kg ubi keledek |direbus dan dikisar halus
  • 2 liter air
  • 60gm cili kering |dikisar
  • 6 sudu udang kering |dikisar
  • 5 biji bawang besar |dikisar
  • 4 ulas bawang putih |dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN:

  • 6 keping tauhu  |digoreng
  • 5 biji telur rebus | dibelah 2
  • 6 biji cucur goreng | dipotong
  • 100gm taugeh |dicelur
  • 10 biji limau kasturi
  • 500gm udang | digoreng tepung / optional

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya.
  2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
  3. Setelah mendidih, masukkan ubi keledek yang telah dikisar halus. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula kemudian biarkan mendidih dan sehingga kuahnya menjadi pekat.
  5. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama mi kuning serta bahan hiasan lain.

Info Chef: Pastikan keledek direbus terlebih dahulu kemudiannya barulah dikisar dan dilecek hingga halus.

 

2. BIHUN SOTO AYAM

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket bihun |dicelur

BAHAN KUAH:

  • 8 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2sm halia
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 liter air
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

  • 15 biji bergedil
  • 1/2 ekor ayam | direbus dan dicarik isi
  • 200gm kacang tanah |digoreng
  • 100gm taugeh |dicelur
  • 100gm bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan kesemua bahan kuah.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik baunya.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Hidangkan kuah soto bersama bihun, bahan sampingan serta sambal kicap.

Info Chef: Penambahan lada hitam dalam kuah soto menaikkan rasa pedas dan hangat pada kuah soto.

 

3. MI KARI THE WARUNG  

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning |dicelur

BAHAN SAMPINGAN:

  • 5 biji telur rebus | dibelah 2
  • 6 keping tauhu goreng | dihiris
  • 8 tangkai kacang panjang | dipotong dan dicelur
  • 2 sudu makan taugeh |dicelur
  • 300gm isi ayam |direbus

BAHAN KUAH:

  • 1 liter santan pekat
  • 1.5 liter air rebusan ayam
  • 6 ulas bawang putih  |dihiris
  • 5 biji bawang merah |dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 180gm serbuk kari daging
  • 2 batang kulit kayu manis(  A )
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 senduk minyak masak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga bersama bahan hiris dan daun kari hingga naik baunya.
  2. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari daging dengan sedikit air. Biarkan hingga garing dan pecah minyaknya.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan biarkan seketika hingga mendidih.
  4. Apabila mendidih, masukkan santan dan kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat.
  6. Apabila mendidih dan pekat, angkat dan hidangkan bersama mi kuning dan bahan sampingan.

Info Chef: Lamakan sedikit proses merenehkan serbuk kari dan biarkan kuah sehingga benar-benar garing dan pecah minyaknya. Jika terlalu pekat, tambah air secukupnya.

 

4. LAKSA PENANG  

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg laksa beras @ 2 paket laksa kering siap rebus

BAHAN KUAH:

  • 2 liter air
  • 1kg ikan sardin |direbus dan ambil isinya
  • 40gm cili kering | direbus dan dikisar halus
  • 8 biji bawang besar |dikisar
  • 4sm halia |dikisar
  • 4 kuntum bunga kantan | dibelah 2
  • 1 ikat daun kesum
  • 7 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN:

  • 8-10 biji telur rebus
  • 1 biji timun | dihiris
  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • Hirisan daun salad secukupnya
  • Limau kasturi secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan kuah ( kecuali daun kesum)dan biarkan masak sehingga mendidih.
  2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih lagi sehingga mencapai kepekatan yang disukai.
  3. Masukkan daun kesum dan biarkan layu seketika.
  4. Apabila mendidih sekali lagi, angkat dan hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan lain.
  5. Sedia dinikmati.

Info Chef: Pastikan kuahnya dibiarkan mendidih sedikit lama supaya rasanya benar-benar sebati, pekat dan enak dimakan.

 

5. MI BANDUNG UDANG

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning
  • 16-20 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan udang kering
  • 40gm udang
  • 400gm daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2500ml air rebusan daging
  • 4-5 tangkai sawi
  • Sedikit kubis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 4 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Rebus udang kering bersama 1 cawan air.
  2. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika. Kemudian masukkan air rebusan daging.
  5. Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung.
  6. Masak sehingga mendidih. Angkatdan sedia dinikmati bersama

Info chef: Basuh bersih mi kuning sebelum dihidangkan bersama kuah.

 

6. MI KARI ALA NYONYA

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning
  • 500gm ayam | potong kecil
  • 1kg kerang | rebus dan ambil isi
  • 300gm udang | rebud dan buang kulit
  • 2 cawan air rebusan udang
  • 10-15 biji bebola ikan
  • 3 keping kek ikan
  • 4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak

BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS:

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

BAHAN UNTUK KISAR HALUS:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai | hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
  • 2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut

BAHAN UNTUK HIASAN:

  • 4 biji telur rebus | potong dua
  • 2 tangkai sawi | potong dan rebus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi | potong dua
  • Taugeh
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Tauhu kering goreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Info chef: Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.

IKLAN

 

7. BIHUN SUP TULANG POWER

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang dan daging lembu
  • 1 bungkus bihun

BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS:

  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 tangkai cengkih

BAHAN UNTUK DIKISAR:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • ½ batang lobak merah | potong dadu besar
  • 2 biji kentang sederhana besar | potong dadu besar
  • Tomato | potong 4

BAHAN UNTUK SAMBAL CILI:

  • 4 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 ulas bawang merah | dikisar
  • ½ biji bawang besar | dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK HIASAN:

  • 200gm lobak masin | dicelur
  • 2 tangkai daun bawang
  • 3 tangkai daun sup
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK SUP:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  3. Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar.
  4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  5. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

CARA MEMASAK SAMBAL CILI:

  1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.

CARA CELUR BIHUN SUP:

  1. Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
  2. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
  3. Kemudian bilas dengan air bersih.
  4. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup.

Info chef: Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan tulang direbus selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.

 

8. MI REBUS MUAR

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning |dicelur
  • 250gm taugeh | buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur | direbus
  • 1 tangkai daun sup | hiris halus
  • Cili merah | hiris nipis
  • Cili hijau | hiris nipis
  • 3 ketul tauhu | goreng dan hiris sederhana nipis

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 1 senduk minyak masak
  • 500gm daging | hiris nipis
  • 500gm keledek merah | anggaran 2 ketul kecil
  • 2 sudu makan taucu
  • 5 ulas bawang merah | kisar halus
  • 4 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus
  • 1 sudu makan udang kering | direndam dan kisar halus
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 6 cawan air
  • ½ cawan serbuk kacang tanah | kacang digoreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 2cm lengkuas | dititik
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK KUAH:

  1. Rebus keledek sehingga masak dan lenyek halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau sebati.
  4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Info chef: Boleh hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi untuk tambah kesedapan.

IKLAN

 

 9. MI KOLOK DAGING SARAWAK

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN:

  • 8 gulung mi sanggul
  • 2 sudu makan perencah sup
  • 400gm daging  
  • 10 ulas bawang putih | dicincang
  • 15 biji cili api
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 8 sudu makan minyak masak
  • 10 sudu teh kicap manis
  • 2 sudu teh kicap pekat
  • 4 biji limau kasturi | ambil jusnya
  • 2 sudu teh sos ikan atau sos soya
  • 2 sudu teh cuka
  • Daun bawang & daun sup | dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK SUP:

  1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
  2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
  3. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)

CARA MEMASAK MI :

  1. Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
  3. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
  4. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
  5. Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
  6. Masukkan kicap pekat, 1-2sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.

CARA MEMASAK SAMBAL:

  1. Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.

Info chef: Jika tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula.

 

10. BIHUN BELACAN

Aneka Resipi Mi, Bihun & Laksa Yang Sesuai Untuk Jamuan Raya Di Pejabat

BAHAN-BAHAN A

  • 1 bungkus bihun | rendam kembang dan celur dengan air panas
  • Tauge secukupnya
  • Timun | potong halus
  • Telur padi
  • Sotong kembang | potong sederhana
  • Limau kasturi

BAHAN-BAHAN B (KISAR)

  • 1 biji bawang bombay
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • sedikit udang kering

BAHAN-BAHAN C

  • Cili giling (abaikan jika tidak mahu pedas)
  • Minyak sedikit untuk menumis

BAHAN-BAHAN D

  • 1 liter air
  • ½ inci belacan | tambah sedikit air dan hancurkan
  • 2 sudu teh pitis udang
  • 1 sudu teh pes asam jawa | lebihkan jika mahu rasa masam
  • Sedikit kicap pekat masin atau kicap pekat | untuk warna
  • Sedikit garam
  • Gula dan bahan perasa secukupnya.
  • 1 ½ sudu teh tepung jagung | tambah sedikit air untuk memekat kuah

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan (c) hingga garing dan masukan bahan kisar. Tumis sehingga kuning dan bawang masak.
  2. Masukan bahan (d) kecuali bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih menggunakan api sederhana selama 10 minit.  Masukkan sedikit garam.
  3. Tapis kuah terlebih dahulu menggunakan penapis kecil supaya dapat kuah yang halus.
  4. Masukan bancuhan tepung dan kacau rata. Tutup api. Kuah jangan terlalu cair ataupun pekat.
  5. Siap dan boleh dihidangkan bersama bahan A, bahan sampingan diatas.

Info chef: Jika tiada tepung jagung, boleh digantikan dengan tepung kentang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI