Tetamu bakal berkunjung ke rumah hujung minggu nanti. Bosan pula asyik dengan hidangan nasi dan lauk pauk. Tidak salah menjamu mereka dengan hidangan aneka jenis mi yang mengenyangkan.Pastinya juadah istimewa dihidangkan buat keluarga dan juga tetamu yang bakal bertandang. Selain hidangan lontong , mi rebus dan soto ,pilihan aneka mi juga membuka selera. Menu sebegini sering menjadi kegemaran buat sesiapa jua yang bakal bertandang nanti.


LONTONG

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan: lauk sampingan
Keistimewaan:berlemak dan wangi rempah
Cara memasak: didih dan reneh
Anggaran kos:RM20

Info Chef: gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana kunyit menambah kesedapan kuah

Bahan bahannya :

2 batang serai(dititik)
500gm santan pekat
3 bungkus nasi impit(direbus dan dipotong empat segi)
3 keping tauhu(digoreng dan dipotong empat segi)
2 keping tempe(dipotong kiub dan digoreng)
1 biji lobak merah(dipotong memanjang)
5 batang kacang panjang (dipotong pendek)
¼ biji sengkuang(dipotong memanjang kasar)
¼ biji kubis(dipotong memanjang)
1 biji terung panjang(dipotong membulat)
1 keping fucuk(direndam sehingga lembut)
30g suhun(direndam sehingga lembut dan ditoskan)
1 kiub pati ikan bilis
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:

5 biji cili merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1inci lengkuas
6 biji buah keras
3 sudu besar udang kering(direndam seketika)

Cara memasak:

1.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sedikit air, asam keping dan biarkan ianya mendidih.
2.Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuang dan kubis. Masak sehingga sayur separuh masak.
3.Masukkan santan, tempe, tauhu, suhun dan fucuk .
4.Masukkan garam dan tambah sedikit air jika perlu.
5.Apabila kuah sudah mendidih, tutup api dan hidangkan bersama nasi impit dan sambal .


MI BANDUNG MUAR

Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 35minit
Jenis hidangan: Mi
Keistimewaan: Sedap dimakan panas-panas
Cara memasak:Tumis dan reneh
Anggaran kos:RM15

Info chef: udang kering memberi aroma yang menyelerakan

Bahan-bahan:

100gm daging (direbus sehingga lembut dan dipotong nipis, simpan air rebusan)
½ cawan kacang tanah yang telah digoreng(kisar kasar)
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
4 biji telur
4 sudu makan minyak masak
2 bungkus mi kuning(dicelur dan ditoskan)
Secekak sawi(dipotong pendek)
¼ biji kubis(dipotong halus)
2 keping tauhu(digoreng dan dipotong empat segi)

Bahan kisar:

3 biji bawang merah besar
10 tangkai cili kering(direndam sehingga lembut)
3 ulas bawang putih
4 sudu makan udang kering(direndam dan ditoskan)
½ cawan air

Cara memasak:

1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan kacang tanah.
2.Tuangkan air rebusan daging, hirisan daging, sos tiram, sos cili dan sos tomato.
3.Perasakan dengan garam dan gula, reneh sehingga kuahnya pekat.
4.Masukkan kubis dan sawi.
5.Akhir sekali pecahkan telur dan biarkan seketika.
6. Letakkan mi ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya.Taburkan tauhu ,sedikit daun bawang, cili merah dan cili hijau.


MI REBUS

Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan:Mi
Keistimewaan: rasa kuah yang pekat
Cara memasak: Tumis dan reneh
Anggaran kos:RM15

Info chef: Perahan limau kasturi boleh tambahkan kesedapan

Bahan-bahannya:

800gm keledek oren
2 sudu makan kacang tanah
2 sudu makan kacang dal
300gm udang geragau segar
2 bungkus mi kuning(dicelur dan ditoskan)
4 sudu makan minyak masak
2 sudu teh gula
1 sudu makan garam
2 keping asam keping
Air secukupnya

Bahan kisar:

3 biji bawang merah besar
15 tangkai cili kering(direndam sehingga lembut)
3 ulas bawang putih
½ cawan air

Bahan sampingan:

2 biji cili hijau(dihiris halus)
2 biji cili merah(dihiris halus)
2 ketul tauhu (digoreng dan dipotong empat segi)
4 biji telur rebus(dibelah dua)
3 tangkai daun sup (dipotong pendek)
Sedikit bawang goreng
3 biji limau nipis(dipotong empat)
5 keping cucur(dipotong kiub)

Cara memasak:

1.Rebus ubi keledek bersama kacang tanah dan kacang dal sehingga lembut. Sejukkan dan kemudian kisar sehingga halus.

2.Di dalam periuk yang lain, rebus udang bersama kulitnya selama lima minit. Sejukkan dan kisar sehingga halus.

3.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.

4.Masukkan rebusan ubi keledek dan stok udang.Kacau sehingga kuahnya bertukar warna.

5.Masukkan asam keping, gula dan garam. Tambahkan sedikit air jika perlu.

IKLAN

6.Masak sehingga kuah mendidih dan betul-betul pekat.

Untuk menghidang:

Masukkan mi , tauhu dan cucur ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah ke atasnya dan taburkan dengan bawang goreng, cili merah, cili hijau, daun sup, limau nipis dan bawang goreng.


BIHUN SINGAPURA

Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan:Mi
Keistimewaan:Enak dan pedas lada sulah
Cara memasak:Goreng
Anggaran kos:RM15
Info chef : Enak dimakan panas-panas.

Bahan-bahannya:

1 bungkus bihun(direndam sehingga lembut dan ditoskan)
5 ulas bawang putih
2 ketul pati ikan bilis
150g isi ayam(dipotong dadu)
¼ biji kubis(dihiris halus)
1 biji lobak merah(dipotong memanjang)
Secekak daun kucai(dipotong pendek)
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh kicap cair
1 ½ sudu teh garam
4 sudu makan minyak masak
2 cawan air

Cara memasak:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2.Masukkan isi ayam dan masak selama dua minit.
3.Masukkan air, stok ikan bilis, serbuk lada sulah, kicap cair dan garam. Biarkan mendidih.
4.Masukkan lobak merah, bihun, daun kucai dan kubis.
5.Gaul rata dan masak sehingga bihun lembut. Hidangkan bersama sambal kicap.


SOTO AYAM

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan: lauk sampingan
Keistimewaan:aroma serai yang wangi
Jenis masakan: lauk pauk
Cara memasak:reneh dan didih
Anggaran kos: RM25

Info chef: Tambahan bergedil menjadikan soto lebih enak.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam sederhana besar(dipotong dua)
2 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam(optional)
2 batang serai(diketuk)
1 bungkus nasi impit(direbus sehingga lembut)
80gm suhun(digoreng ranggup)
50gm kacang tanah(digoreng)
4 sudu makan minyak masak
Secekak daun bawang(dipotong pendek)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa

Bahan kisar:
3 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
6 biji buah keras
½ inci halia
½ inci lengkuas

Cara memasak:

1.Panaskan minyak dan masukkan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
2.Bancuh rempah sup, rempah kurma dan serbuk ketumbar bersama sedikit air dan tuangkan ke dalam periuk. Masak sehingga naik bau.
3.Tuangkan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
4.Masukkan ayam dan reneh kuah selama satu jam.
5.Masukkan serbuk lada hitam ,serbuk lada sulah dan perasakan dengan garam .
6.Selepas satu jam, keluarkan ayam dan tutup api. Sejukkan dan carik-carikkan isinya. Ketepikan.

Untuk Menghidang:

Letakkan nasi impit ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah soto ke atasnya. Hiaskan bersama isi ayam, bergedil, suhun goreng, kacang tanah goreng, bawang goreng dan daun sup. Hidangkan juga bersama sambal kicap .


LAKSA PAHANG KUAH PUTIH

Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan: mi
Keistimewaan: kuah lemak sedap rasa
Cara memasak:didih & reneh
Anggaran kos:RM25

Info chef: Jika kuah terlebih pekat boleh masukkan sedikit air panas

IKLAN

Bahan-bahannya:

1 bungkus laksa (direbus dan ditoskan)
I kilogram ikan kembung ataupun ikan sardin(direbus dan ambil isinya, simpan air rebusan)
3 keping asam keping
500gm santan pekat
5 tangkai kacang panjang(dipotong pendek)
¼ kubis(dihiris halus)
1 batang bunga kantan(dihiris halus)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar:

6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia

Cara memasak:

1.Masukkan santan dan air rebusan ikan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2.Masukkan bahan kisar, asam keping, garam dan gula.
3.Reneh sehingga kuah pekat.

Untuk menghidang:

Letakkan laksa ke dalam mangkuk, tuangkan kuah dan hias dengan kacang panjang, taugeh, bunga kantan dan kubis.


LAKSAM

Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan: lauk sampingan
Keistimewaan: kuih lemak dan tidak pedas
Cara memasak:reneh dan didih
Anggaran kos:RM 20

Info chef: Selain ikan kembung boleh digunakan ikan sardin

Kuah Laksam

Bahan-bahannya:

I kilogram ikan kembung ataupun ikan sardin(direbus dan ambil isinya)
6 biji bawang merah kecil(dihiris halus)
2 ulas bawang putih
2 sudu teh lada hitam
3 keping asam keping
500g santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara memasak:

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama lada hitam dan isi ikan.
2.Masukkan ke dalam periuk bersama santan, asam keping,garam dan gula.Jika agak pekat, tambahkan air dari rebusan ikan tadi
3.Masak di atas api dengan api yang sederhana sehingga mendidih dan kuah pekat.

Laksam

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
1/2 sudu kecil garam

Cara memasak:

1.Satukan ke semua bahan dan kacau rata.
2.Sementara itu panaskan pengukus. Gliskan tudung periuk dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan secukupnya diatasnya.
3.Kukus sehingga adunan nampak menggelembung. Keluarkan dan gulung kemas.
4. Ulang langkah di atas sehingga adunan habis

IKLAN


Pecal Jawa
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30minit
Jenis hidangan:pembuka selera
Keistimewaan: kaya dengan serat
Cara memasak:rebus
Anggaran kos:RM 15

Info chef: isian pecal boleh dipelbagaikan

Bahan-bahannya:

500gm kacang tanah
3 biji bawang merah (dipotong kasar)
5 ulas bawang putih
10-15 tangkai cili kering(dipotong pendek)
½ inci belacan
1 cawan minyak masak
2 sudu teh asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Sayur:

3 keping tauhu(digoreng dan di potong empat segi)
3 keping tempe(dipotong memanjang dan digoreng)
1 biji sengkuang(dipotong memanjang)
1 biji timun(dipotong memanjang)
6 tangkai kacang panjang(dipotong pendek, dicelur dan ditoskan)
Secekak daun ubi(direbus dan di toskan)
Secekak pucuk paku(direbus dan ditoskan)
Secekak kangkong(direbus dan ditoskan)

Cara memasak:

1.Panaskan minyak dan goreng kacang sehingga berwarna coklat. Angkat, toskan dan ketepikan.
2.Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, goreng bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan. Angkat dan ketepikan.
3.Buang kulit kacang dan kisar kacang sehingga sederhana halusnya. Ketepikan.
4.Kisar pula bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan.
5.Masukkan ke semua bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama sedikit air.
6.Masak dengan menggunakan api yang kecil.
7.Masukkan gula merah, garam dan air asam jawa. Kacau rata
8.Apabila mendidih, tutup api.


LAKSA UTARA

Saiz hidangan: 8-10 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan: Mi
Keistimewaan: Laksa yang kaya dengan isi ikan
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos:RM25

Info chef: pastikan ikan segar untuk mendapatkan kuah laksa yang sedap

Bahan-bahannya:

I kg ikan sardin(direbus,diambil isi dan simpan air rebusan)
500gm laksa(dicelur dan ditoskan)
10 cawan air rebusan ikan
3 cekak daun kesom(dibuang batangnya)
1 batang bunga kantan(dibelah dua)
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam keping

Bahan kisar:
3 biji bawang merah besar
5 biji cili merah
½ sudu makan belacan

Cara memasak:

1.Masukkan kesemua bahan kisar , air rebusan ikan ke dalam periuk.
2.Masak sehingga mendidih dan masukkan isi ikan, daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
3.Didihkan kuah laksa selama 30 minit dan renehkan selama 30 minit lagi. Perasakan dengan garam dan gula.

Bahan sampingan:

1 biji timun(dipotong memanjang)
1 biji bawang merah besar(dihiris halus)
½ biji nenas(dipotong kecil)
3 biji telur rebus
2 biji cili merah atau cili padi(dipotong halus)

Untuk menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuangkan kuah dan letakkan kesemua bahan sampingan diatasnya.


ROTI JALA DAN KARI DAGING

Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 45minit
Keistimewaan:lemak dan pedas
Jenis masakan: lauk sampingan
Cara memasak:tumis
Anggaran kos:RM7

Roti Jala

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
2 ½ sudu makan minyak
2 cawan santan
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga semuanya sebati.
Tapis adunan ke dalam mangkuk.
Dengan menggunakan kuali non-stick, kirai adunan menggunakan acuan roti jala.
Biarkan sehingga bahagian tepinya garing. Angkat dan gulung.

Kari Daging

Bahan-bahannya:

500 g daging(dipotong nipis)
4 biji ubi kentang(dipotomg empat)
250g santan
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
2 biji bawang merah besar(dimayang halus)
2 inci halia(dipotong memanjang)
4 ulas bawang putih(dihiris halus)
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
Sedikit daun kari
4 sudu makan minyak masak
2 sudu makan asam jawa dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

2 biji bawang merah besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. 2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Masak sehingga garing.
3.Campurkan rempah kari daging,serbuk cili, air asam jawa dan air. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam periuk.
4.Masak sehingga rempah terbit minyak.
5.Masukkan daging, ubi kentang, bahan kisar dan santan. Masak sehingga daging lembut.
6.Perasakan dengan garam dan gula.

Resipi :Azian Hasan, Penulis Buku Masakan