Paha dan drummet adalah dua bahagian ayam yang sedikit berotot tetapi sangat sedap terutamanya bagi yang kurang gemar makan isi ayam. Biasanya budak-budaklah yang suka sangat ayam ‘part’ ni. Di pasaraya, kadang-kadang ada juga yang juga bahagian-bahagian ni sahaja. Harganya pun murah.  Jika anda biasa goreng je, apa kata kali ni cuba masak guna resipi di bawah ni. Pasti naik selera!

 

1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU

Aneka Lauk Sedap Giler Boleh Masak Guna Paha & Drummet Ayam. Simple & Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos

10gm serbuk lada sulah

10gm garam

10gm sos tiram

250gm mentega

1 biji bawang besar | dimayang

2 biji  cili besar | dihiris nipis

1 tangkai daun kari

3  sudu makan madu

 

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.

2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.

3. Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.

4. Taburkan di atas ayam goreng.

5. Akhir sekali tuangkan madu di atas  gorengan ayam.

INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.

 

2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA

Aneka Lauk Sedap Giler Boleh Masak Guna Paha & Drummet Ayam. Simple & Wajib Cuba!
BAHAN-BAHAN:

10 ketul drummet | bersihkan dan toskan
10gm bawang putih | dikisar
Sedikit garam dan serbuk kunyit

 

Bahan Sos Pedas

50gm cili padi | dikisar

50gm cili merah | dikisar

30gm bawang merah | dikisar halus

3 ulas bawang merah | dikisar halus

1 ulas bawang merah | dikisar halus

Sedikit gula

Sedikit gula dan madu

Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan drummet dengan  bawang putih, garam dan serbuk kunyit.

2. Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.

4. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.

5. Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.

6. Tuangkan sos di atas ayam tadi.

INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.

3. AYAM KICAP BEREMPAH

Aneka Lauk Sedap Giler Boleh Masak Guna Paha & Drummet Ayam. Simple & Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

10 ketul drumstick | dibersihkan dan tos

2 sudu makan serbuk kari

Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang

2 biji cili hijau |dibelah dua

1 biji bawang besar | dihiris bulat

3 ulas bawang merah | dimayang halus

3 ulas bawang putih |dimayang halus

3cm halia muda | mayang halus

1 batang serai titik

1 tangkai daun kari

1 sudu makan air asam jawa

2 sudu makan kicap pekat

IKLAN

1 sudu makan kicap  manis

Garam dan gula secukupnya

Air secukupnya

Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

3. Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.

4. Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.

5. Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.

6. Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.

7. Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.

8. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

4. AYAM GORENG NESTUM

Aneka Lauk Sedap Giler Boleh Masak Guna Paha & Drummet Ayam. Simple & Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN-BAHAN:

5 ketul drumstick – bersihkan dan tos

1 biji telur

Garam secukupnya

Lada sulah

300gm serbuk nestum

IKLAN

Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

1. Pecahkan telur  ke dalam bekas berisu drumstick.

2. Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.

3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.

4. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.

5. AYAM LEMON

Aneka Lauk Sedap Giler Boleh Masak Guna Paha & Drummet Ayam. Simple & Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

6 ketul paha ayam

2 biji lemon

3 sudu makan madu

2 sudu teh Rosemary kering

½ sudu teh serbuk lada hitam

2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk

3 sudu makan minyak zaitun

Garam secukup rasa

Sedikit mentega

 

CARA MEMASAK:

1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.

2. Bancuh minyak zaitun  bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon.

3. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam.  Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.

4. Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair.  Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.

5. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.

INFO CHEF: Boleh guna mana-mana bahagian ayam.

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/kari-ayam-ubi-kentang-mudah-tepati-selera-anak-anak-yang-tidak-makan-pedas/

Ratah Kepak Ayam Sweet & Spicy Istimewa Sampai Tinggal Tulang

Ayam Goreng Kunyit Pedas Terangkat

Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Masakan Tradisi Orang Teochew

http://www.rasa.my/step-step-ayam-masak-kandar-sedap-teruk-nak-habak-kat-hang/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI