Akan Datang: 7 hari bersama Philips di dalam Rasa Masak Challenge dari 18 – 24 Mei setiap jam 3PM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Masak Challenge Raya Join Dan Menang Barangan Philips
Hampir dua minggu kita beraya, namun mood raya masih hangat walaupun dalam waktu PKPB ini. Biarpun ramai sudah keluar bekerja namun pematuhan SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu diikuti. Jadi kenalah biasakan diri dengan norma baharu agar diri dan keluarga terjaga. Memasak sudah jadi amalan yang biasa semua sejak PKP dilaksanakan. Maka eloklah budaya memasak sendiri diteruskan lagi.
Mungkin daripada tidak tahu memasak, kini sudah mahir dengan resipi yang boleh membanggakan sekeluarga. Jadi anda yang sudah ada bakat memasak usah terhenti di situ. Jom cabar diri dengan menyertai Rasa Masak Challenge Raya dan menangi produk Philips yang tentukan menjadi keinginan semua.
Mudah saja caranya. Anda bebas untuk menghantar apa-apa bentuk video masakan sajian Hari Raya kreatif anda berdurasi 1 minit hingga 3 minit. Kami kongsikan beberapa contoh video yang mungkin boleh dijadikan idea buat anda.
https://www.instagram.com/tv/B-h6Ko1JyVX/?igshid=16fikaa72nf3a
https://www.instagram.com/tv/B-oUwXuni26/?igshid=kib9hu4fk175
https://www.instagram.com/p/B_TlI4UHlXU/?igshid=verfrp4k5vf8
CARA PENYERTAAN
TERMA DAN SYARAT
Dengan menyertai Peraduan “RASA MASAK CHALLENGE EDISI RAYA”, anda mengakui dan bersetuju untuk menerima terma-terma dan syarat-syarat seperti berikut:
- Peraduan ini dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd (“Penganjur”).
- Penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat serta agensi promosi Penganjur, Philips Malaysia dan anak syarikat yang berkenaan.
- Peraduan ini berlangsung dari 4 Jun 2020 sehingga 24 Jun 2020 (“Tempoh Peraduan”).
- Pihak penganjur berhak untuk melanjutkan, menamatkan atau menukarkan Tempoh Peraduan dan meminda mekanik peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Hanya penyertaan yang dihantar melalui penyertaan di laman Instagram dan Facebook majalah Rasa dan Rasa Share Resepi FB Group dengan menyertakan tanda pagar #RasaMasakChallengeRaya akan diterima sebagai penyertaan peraduan yang sah.
- Anda bebas untuk menghantar apa-apa bentuk video masakan sajian Hari Raya kreatif anda berdurasi 1 minit hingga 3 minit.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Jun 2020 (Rabu) atau mana-mana tarikh lain yang ditetapkan oleh Penganjur.
- Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Pemenang peraduan akan dihubungi oleh wakil majalah RASA dan diumumkan di Instagram dan Facebook Majalah Rasa.
- Semua hadiah berupa barangan tajaan PHILIPS akan diproses dalam tempoh tiga bulan selepas tempoh peraduan tamat. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah barangan tajaan kepada voucher atau produk yang mempunyai nilai yang sama.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menerbit dan/atau memapar butiran dan/atau gambar/video peserta/pemenang untuk tujuan pengumuman pemenang, pengiklanan atau publisiti/pemasaran di media cetak dan elektronik tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau pampasan kepada peserta/pemenang.
- Segala perbelanjaan untuk menyertai peraduan ini, tuntutan hadiah dan/atau sebagainya adalah tanggungan peserta sepenuhnya. Peserta bersetuju tanpa syarat untuk menanggung liabiliti mutlak dan bertanggungjawab sepenuhnya jikalau terdapat sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang dialami atau timbul disebabkan penyertaan peserta dalam peraduan ini dan tidak akan menuntut apa-apa jua bayaran dan ganti rugi dari Penganjur. Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.rasa.my/rasa-x-philips
Kami yakin anda semua banyak idea untuk menghasilkan video-video masakan yang power dan catchy. Jangan lepaskan peluang ini dan menang barangan Philips.
Cabaran Memasak KOL 7 Hari Bersama Philips
Sepanjang PKP ini ramai yang memenuhi aktiviti harian dengan memasak. Maka lahirlah idea dan inspirasi baru untuk mencuba menu-menu yang menarik dan lazat untuk dinikmati sekeluarga. Dalam waktu yang sama seluruh isi rumah turut berjimat dengan menyediakan makanan sendiri dari kerap membeli. Lebih terjamin kebersihan dan kesihatan serta puas makan.
Menyedari akan keperluan itu, Majalah RASA dan jenama Philips menganjurkan 7 hari Bersama Philips #rasa masakchallengexphilips menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL. Penggunaan kedua peralatan ini sungguh sempurna buat anda yang mementingkan gaya hidup yang sihat.
All-In-One Cooker memasak hidangan secara efisien 6 kali lebih cepat berbanding model terdahulu. Manakala memasak menggunakan Airfryer XXL keenakan rasa yang maksimum serta minimum lemak. Airfryer XXL menggunakan haba panas untuk memasak makanan kegemaran dengan menggunakan sedikit minyak atau tanpa minyak.
Cabaran memasak ini melibatkan tiga orang KOL dengan jutaan pengikut yang tinggi di instagram masing-masing iaitu dapoq_pdot, arianna.kitchen dan ashhryyyyy
Merupakan seorang pereka grafik yang mempunyai minat tinggi dalam masakan. Mula memasak sejak berusia 10 tahun dan mula aktif berkongsi video masakan di Instagram ketika belajar di kolej. Dengan gayanya yang santai serta menggunakan loghat utara menambat hati ramai peminat untuk mengikuti di instagram dapoq_pdot. Resipi yang dikongsinya praktikal dan mudah diikuti.
Arianna Natasha Abd Zambree
Gaya percakapan gadis manis ini di setiap video masakan yang dihasilkan sangat memikat hati. Maka tidak hairan ramai pengikutnya di instagram arianna.kitchen. Arianna punyai gaya tersendiri dalam mempersembahkan setiap video masakan dengan resipi semasa dan memberi impak yang bermakna buat pengikutnya.
Mohd Asri Atan
Melihat gaya Ashhryyyyy memasak dalam instagram ashhryyyyy dengan tagline sho shedap buat ramai tertawan hati. Style percakapan yang cepat dan menu masakan yang cepat disediakan serta enak menjadi signature anak muda ini. Video masakannya hanya menggunakan peralatan asas dan bahan terpilih sudah mampu menyediakan resipi enak.
Cabaran ini bermula dari 18 sehingga 24 Mei 2020 dengan menggunakan #rasamasakchallengeXphilips
#syukurbersama#indahkansenyumaneratkanjalinan . Setiap KOL akan memasak dua hingga tiga resipi bertema menu Ramadan dan Hari Raya menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL .
Mereka perlu menyediakan hidangan yang serba ringkas dan enak dengan bajet di bawah RM30 . Apabila memasak menggunakan kedua peralatan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan teknik yang ditunjukkan oleh KOL ini. Antara menu tersebut ialah Ayam Panggang Rose, Kek Marble, Pizza Sosej Keju dan Kari Ayam Kampung.
Selepas itu KOL perlu menyunting sendiri video masakan yang dihasilkan dengan style masing-masing. Semestinya video yang dihasilkan oleh ketiga-tiga KOL ini dinantikan oleh jutaan pengikut mereka. Tambahan pula menu yang disediakan bertemakan Ramadan dan Hari Raya.
Masak Lebih Cepat Dengan All-In-One Cooker Dan Airfryer XXL Philips
Sesungguhnya hati rasa puas bila dapat menghidangkan masakan kegemaran buat keluarga setiap hari. Namun kekangan masa juga membuatkan ramai yang mengambil jalan singkat dengan membeli makanan dari memasaknya sendiri. Rugi nikmat jika tidak memasak dari air tangan sendiri. Usahlah beralasan lagi untuk tidak memasak,usahakan diri jadi lebih rajin dan kreatif mencipta pelbagai menu masakan. Menyedari akan keperluan masyarakat yang tidak ingin berlama di dapur, Philips, syarikat peralatan elektrik berteknologi terbesar di dunia memberi penyelesaian memasak dengan mudah dan menjimatkan masa.
Memang hebat peralatan memasak serba canggih All-In-One Cooker dan Airfryer XXL dengan fungsi produk yang praktikal. Item ini menggabungkan teknologi untuk keperluan pengguna serta memenuhi perubahan gaya hidup yang lebih sempurna. Mereka yang mementingkan gaya hidup yang sihat memang sesuai memilikinya. Jangan ragu buat yang tidak tahu memasak,peralatan ini sangat membantu untuk hasilkan hidangan yang diinginkan. Lantas terus rajin memasak bila mempunyai peralatan sebegini.Tekan fungsi yang dikehendaki, tunggu beberapa minit dah siap menu.
All-In-One Cooker memasak hidangan dengan sempurna 6 kali lebih cepat dari produk terdahulu. Memang jimat masa dan tenaga, tak perlu berada lama di dapur. Fungsinya yang pelbagai membolehkan hidangan sup, nasi, stew, kek dan ayam masak ros dan yogurt disediakan dengan sempurna. Mereka yang mempunyai anak kecil usah bimbang kerana dilengkapi fungsi keselamatan childlock.
Masalah ketiadaan oven jangan lagi dipertikaikan kerana All-In-One Cooker mampu menghasilkan kek yang sempurna. Memasak dalam kuantiti yang banyak juga tidak memberi masalah dengan muatan kapasiti hingga 6 liter. Jadi sesuailah buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar untuk memasak hidangan Hari Raya nanti.
All-In-One Cooker dilengkapi cawan sukatan, senduk , inner pot yang tebal dan non-stick juga buku resipi. Buku resipi ini terbahagi kepada kategori makanan yang anda inginkan. Sesungguhnya ia sangat membantu buat mereka yang buntu nak masak apa.
Satu lagi produk hebat yang dirasakan perlu dimiliki semua ialah Airfryer XXL. Ia sempurna buat yang mementingkan kesihatan kerana menggunakan sedikit minyak atau tanpa minyak. Teknologi Twin Turbostar menjadikan makanan goreng jadi lazat dengan lemak yang minimum. Selain menggoreng, ia juga boleh membakar dan memanggang. Memang praktikal dan jimat masa.
Produk ini dilengkapi kit pembakar dan kit penggril juga buku resipi untuk memudahkan kerja memasak. Memang berbaloi mempunyai produk ini kerana beberapa faktor:
Kesihatan
Airfryer XXL memastikan 90% kurang kandungan lemak dengan rasa yang maksimum.
Penjimatan masa
All-In-One Cooker memastikan hidangan dimasak dengan sempurna 6 kali lebih pantas.
Airfryer XXL memasak 1.5 kali lebih cepat daripada menggunakan oven.
Mudah diselenggara
Airfryer XXL rekabentuk yang kompak mudah dibersihkan ( selamat untuk mesin pencuci pinggan mangkuk) sempurna untuk goreng dan memasak.
All-In-One Cooker menjadi peralatan memasak yang versatil dengan pilihan memasak yang pelbagai.
Keselamatan
All-In-One Cooker menawarkan 18x ciri keselamatan dengan bantuan valve keselamatan, valve tekanan dan valve floating.
Rasa
Airfryer XXL dilengkapi teknologi Twin Turbo Star bagi memastikan makanan menjadi rangup.
All-In-One Cooker dilengkapi fungsi kawalan suhu dual, fungsi sauce thickening (pekat kuah) dan fungsi tambahan bahan bagi membolehkan kita mendapatkan rasa yang diingini.
Airfryer XXL dilengkapi saiz raga sebesar 1.4kg membolehkan kita memasak dalam kuantiti yang banyak.
Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips
Sempena Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba serta PKP yang masih diteruskan, mood memasak tentunya terus berkobar. Pastinya sekeluarga menantikan menu istimewa untuk dihidangkan.
Dengan itu Majalah RASA menganjurkan Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips yang menampilkan tiga KOL, dapoq_pdot, arianna.kitchen dan ashhryyyyy yang hebat memasak. Diharapkan video memasak yang dikongsikan mereka dapat memberikan idea buat semua untuk memasak cara mudah menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL.
Memang buat kita terliur dengan masakan yang dikongsi oleh ashhryyyyy . Rendang Daging yang dimasak menggunakan All-In-One Cooker lebih mudah disediakan dengan fungsi pressure cooker hanya mengambil masa 30 minit. Menurut ashhryyyyy daging jadi lembut dan teksturnya sungguh enak. Tambah ashhryyyyy, fungsi untuk sauce thickening (pekat kuah) menjadikan rendang tidak lari dari rasa asli. Bila ditabur dengan daun kunyit lagi memberi aroma pada rendang yang dimasak ini. Memang tak sabar nak makan.
” All-In-One Cooker sangat bagus kerana memudahkan mak-mak untuk memasak,” akui ashhryyyyy.
Tambah menyelerakan bila arianna.kitchen berkongsi menu Ayam Panggang Rose menggunakan Airfryer XXL. Nampak sedap dan tak sabar nak cuba. “Segalanya mudah hanya 12 minit, Ayam Panggang Ros dapat disiapkan. Tidak perlu memenatkan diri menunggu lama untuk menyiapkan hidangan. Memang berbaloi memilikinya,” jelas arianna.kitchen.
Tambahnya lagi menggoreng kentang hanya selama 13 minit dan tidak berminyak. Airfryer XXL boleh memasak pelbagai jenis masakan seperti kek cawan , piza dan churros.
Pendek kata akui KOL ini memasak menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXLmemudahkan kerja dan menjimatkan masa. Jadi tidak rugi membelinya. Buat yang berminat boleh terus membuat pembelian di atas talian dengan melayari https://www.lazada.com.my/shop/philips-official-store/ dan https://shopee.com.my/philips.my