
Air Soda Herba sedap ini memang sangat menyegarkan bila meminumnya. Lebih-lebih lagi bila cuaca panas. Nak buatnya tak susah langsung. Bahan pun taklah banyak sangat. Bila buat sendiri, rasa lebih puas kerana kita boleh masukkan bahan-bahan yang kita suka ikut selera sendiri. Betul tak?
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Adila Azzahra ini ya.
Air Soda Herba
Bahan-Bahan:
- Aiskrim soda
- 1 tin laici – boleh beli online di sini
- Asam boi – boleh beli online di sini
- Daun pudina
- Lemon – hiris
- Serai – ketuk/hiris
- Air batu
Cara Membuat Air Soda Herba Sedap
Dalam satu mangkuk besar, masukkan serai, lemon, daun pudina, laici dan asam boi. Kemudian tuang aiskrim soda ke dalamnya. Gaul sekata.
Tambah air batu untuk sejukkan ia. Siap. Mudah sangat kan? Selamat mencuba!
Ekstra: Khasiat Lemon Dalam Air Soda Herba
Salah satu ramuan utama air ini adalah lemon yang kita ketahui memang kaya khasiat.
Selain digunakan dalam masakan, dari sudut kesihatan, buah lemon turut mengandungi khasiat yang tersendiri. Lemon boleh membantu melegakan masalah pencernaan apabila diminum bersama dengan air panas.
Ini termasuklah melegakan rasa mual dan pedih hulu hati. Disebabkan oleh kualiti pencernaan jus lemon, gejala ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, kembung dan sendawa boleh diatasi.
Air lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan.
Meminum jus lemon dengan kerap boleh membantu usus dalam menghapuskan sisa dengan lebih cekap. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan juga sebagai bahan pencuci. Pengambilan jus lemon boleh menyembuhkan sembelit. Ia juga dikatakan boleh melarutkan batu karang.
Selain itu, lemon adalah buah yang baik untuk melawan penyakit yang berkaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan tonsil. Ini kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibakteria.
Untuk melegakan sakit tekak, cairkan satu setengah jus lemon dalam setengah gelas air, kemudian berkumur dengan kerap.
Tip Tambahan Untuk Memantapkan Air Soda Herba
Kalau nak rasa lebih “kick”, anda boleh masukkan sedikit hirisan halia atau beberapa ketul ais lemon beku. Cara ini buatkan minuman lebih segar dan tahan lama. Ada juga yang suka tambah sedikit madu untuk seimbangkan rasa, terutama jika tidak mahu minuman terlalu manis.
Bagi yang suka aroma herba yang kuat, anda boleh lebihkan daun pudina atau serai. Kalau buat untuk tetamu, sediakan dalam jag besar dan biarkan bahan-bahan perap seketika supaya rasa herba dan lemon betul-betul meresap.
Kelebihan Menyediakan Air Soda Herba Secara Homemade
Bila buat sendiri, kita bukan saja boleh kawal rasa, malah boleh pilih kualiti bahan yang lebih baik. Tak perlu risau tentang bahan tambahan atau pewarna berlebihan. Lagi seronok bila dapat hidangkan kepada keluarga, terutama waktu berbuka puasa kerana minuman ini memang memberi rasa segar selepas seharian menahan dahaga.
Air Soda Herba juga sesuai dijadikan minuman untuk majlis kecil, jamuan ringkas atau bila ada tetamu mengejut. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya memang cepat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Chef Asma Murah Hati, Kongsi Resipi Air Lemon Tea Pudina Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!























Sebelum di masak, seeloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
