Ni petua yang min jumpa hasil perkongsian dari Dayyan Haadiyyan. Katanya minum air kelapa muda dengan limau nipis baik untuk penderita kencing manis dan darah tinggi., boleh menjadi penawar kepada dua penyakit ini.
Cuba semak macam mana caranya, …
AIR KELAPA MUDA DAN LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN :
1 biji air kelapa muda
1/2 biji limau nipis
.
.
MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN GULA KENCING MANIS DAN DARAH TINGGGI
Ads
.
CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau nipis lagi masam lagi bagus. Tapi orang yang ada gastrik tak boleh minum masam sangat kan.
2. Minum sehari satu ke dua kali, In Sha Allah bacaan gula kencing manis dan darah tinggi akan turun dan normal kembali.
3. Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dan limau nipis ini membantu di dalam masalah kita.
Ads
4. Hanya ALLAH SWT yang bisa menyembuh kan segala penyakit tersebut.
Tembikai ni ada yang sebut semangka, dan di Kelantan dipanggil Timun Cina. Ada yang bujur ada yang bulan. Tekstur kulit, bentuk dan rupanya semua mempengaruhi kualiti tembikai itu.
Kalau tersalah pilih pastilah korang nyesal pulak. Ni min kongsikan 8 tip atau petua nak pilih tembikai yang masak, banyak jusnya dan manis
1. Ketahui Jantina
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air. Manakala tembikai betika berbentuk bulat dan rasanya lebih manis. Tembikai yang lonjong tu sedap dibuat jus kerana airnya lebih banyak dari yang bulat. Manakala yang bulat biasanya dimakan begitu sahaja
2. Tompokan Kuning
Tompokan atau kawasan kuning adalah tempat dimana tembikai terletak di atas tanah. Tembikai yang matang sempurna akan berwarna kuning krim dan kadangkala oren. Jika kawasan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.
3. Tompokan Jaringan Lebah
Telitikan pada kulit tembikai yang kelihatan seperti jaring labah – labah adalah disebabkan lebah yang menyentuh serbuk debunga berulang kali ketika tembikai masih dalam bentuk bunga. Makin banyak jaringan bermaksud makin manis tembikai.
4. Perhatikan Ukuran dan Beratnya
Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dan untuk pengetahuan anda, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya. Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.
5. Tengok Tangkainya.
Tangkai yang kering bermakna tembikai telah matang sempurna dan jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum matang.
6. Rasa tekstur permukaan kulitnya.
Jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.
7. Tepuk-tepuk
Tepuk jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
Dah tahu cara pilih jom semak apa khasiatnya pada tubuh badan kita.
KHASIAT TEMBIKAI (sumber Hello Doktor)
1. Kandungan Air Yang Tinggi Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
2. Baik Untuk Jantung
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
3. Anti-Radang Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
4. Sistem Penghadaman Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
5. Baik untuk kulit dan rambut
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Simpan bawang dan kentang di dapur jangan dekat dekat ya. Tapi yang selalu kita buat adalah sebaliknya.
Kedua bahan ini memang kita letak dalam bekas yang berdekatan malah da juga yang menyimpannya dalam satu bekas. Ini lagi sikap besar.
Perlu diketahui bahawa bawang dan kentang ini memang tidak serasi diletakkan berdekatan, ia akan menyebabkan keduanya cepat rosak.
-Bawang kuat ‘merembes’ gas etilena menyebabkan kentang cepat bercambah.
-Kentang ‘berpeluh’ banyak, akibatnya boleh buat bawang jadi lembik dan berair bila diletakkan berdekatan.
– Bila dua-dua bertemu, cepat ‘panas’ dan tak tahan lama
-Simpan kentang dalam beg kertas, tempat sejuk dan gelap.
-Bawang pula kena letak tempat kering dan berangin.
-Jangan campurkan sayur yang mengeluarkan gas etilena dengan sayur yang sensitif.
Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan kita berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Menjaga kesihatan jantung sangat penting. Fungsi utama jantung adalah mengalirkan darah kaya oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Jika organ ini tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan serangan jantung sekaligus menyebabkan risiko kematian.
Salah satu petua kesihatan untuk menjaga jantung yang boleh diamalkan adalah dengan minum jus tomato selalu. Buah tomato sangat banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh.
Sesiapa yang rasa jantung sudah nak tersumbat atau hendak jaga jantung rajin-rajinlah minum jus Tomato ya.
Tomato bukan sahaja bagus untuk kulit sahaja tetapi sebenarnya bagus untuk kesihatan jantung. Ianya di buktikan dengan kajian dan juga dengan “Doctrine of Signatures” iaitu bahagian dalam pada bentuk buah atau pokok menggambarkan sesuatu organ pada tubuh badan manusia.
Kebanyakan cara orang lama dahulu mengenal pasti khasiat kegunaan jenis buah atau pokok dari tanda-tanda itu.Ya lah, pada zaman dahulu bukannya kajian-kajian secara saintifik.
Tomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser.
Saya tidak suka makan buah tomato begitu sahaja jadi saya lebih suka tomato dibuat jus. Mudah untuk saya minum.
2 biji tomato
1 atau 2 gelas Susu Segar
1.Carilah tomato yang baik keadaannya dan pastikan rendam dengan air garam sekejap untuk buang racun- racun buah yang pasti di semburkan oleh penanamnya. Kecuali tomato yang di tanam sendiri.
2.Di ambil tomato 2 biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas susu segar rendah lemak ( low fat) dan kali ini saya memilih susu lebih protein untuk tulang sekali. Blenderkan semua lepas itu terus diminum . Jangan dibiarkan lama.
Sudah pasti minuman yang kita buat sendiri selamat dan seusia juga jika mahu diberikan kepada anak- anak seisi keluarga.Sesekali apa salahnya paksa mereka minum untuk jaga kesihatan.
SuzyHoney
Jaga kesihatan itukan satu ibadah
RASA: Buah tomato memang banyak khasiatnya. Jika mengalami masalah jantung bolehlah cuba amalkan minum jus tomato ini untuk kesihatan.Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!