
Isi Kandungan
ToggleKeadaan cuaca yang hujan panas silih berganti ada kalanya buat kita kurang sihat. Badan panas lain macam dan demam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama untuk meredakannya.
Antaranya adalah dengan minum air barli halia. Petua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini.
Cara buat air barli halia untuk redakan panas badan
Bahan-bahan:
Barli
Halia
Air
Gula batu
Cara penyediaan:
1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.
3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian masukkan gula batu dan biarkan sampai larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.
4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan sedikit air barli dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.
Tip:
-Jika tak mahu masukkan gula batu semasa merebus, boleh saja. Sewaktu minum boleh letakkan sedikit madu. Jika tak campur bahan ini air barli tiada rasa.
-Air barli ini anak kecil pun boleh minum jika badannya panas. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.
Sumber : Effy Sueffy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Resipi Minuman Segar Yang Sedap Diminum, Mudah Dibuat

Isi Kandungan
ToggleMusim-musim panas ni, memang best kalau dapat minum minuman yang sejuk untuk menghilangkan rasa dahaga.
Buat sahaja minuman ini di rumah kerana resipinya cukup mudah dan lebih menepati cita rasa keluarga anda. Selamat mencuba!
BANDUNG STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan sirap
- 5 sudu makan susu cair (beli online DISINI)
- 1 biji strawberi | dibelah 4
- 5 biji laici dalam tin
- Air secukupnya
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Larutkan gula dalam air.
- Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
- Masukkan strawberi dan laici.
- Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung
SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
- Letakkan madu di keliling dinding gelas.
- Masukkan soda.
- Masukkan serai. Biarkan seketika.
- Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.
AIR KATIRA
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan sirap hijau
- 2 helai daun pandan
- 1 liter air
- 1 tin susu cair
- 250 ml soda
- Sedikit katira | getah anggur
- Sedikit sagu (beli online DISINI)
- 1 sudu makan cendol
- 1 sudu makan cincau
- 1 sudu makan gajus
- 1 sudu makan badam
- 1 sudu makan kacang tanah | digoreng
- 1 sudu makan kurma
- 3 biji buah kabung
- 1 sudu makan kismis
- 1 sudu teh biji selasih
- Sedikit buah semangkuk
- Gula batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
- Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
- Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.
JUS MANGGA PUDINA
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji mangga
- 2 sudu besar yogurt
- 2 gelas air
- 1 biji limau kasturi
- Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
- Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
- Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
- Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
- Tambah air gula jika suka.
- Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu makan gula
- Secubit garam
- 3 tangkai pudina
- 500ml air
- 2 biji lemon | diperah jus dan tapis
- Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
- Masukkan jus lemon.
- Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
Anda sedang mencari JUICER, boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
6 Resipi Kuih Berinti Manis Pilihan Ramai, Sedap & Senang Buat
Cara Buat Sambal Tumis Berlada, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
10 Jenis Jus Segar, Elok Untuk Mulakan Hari Baru. Barulah Ceria Dan Tak Stress!

Isi Kandungan
ToggleBagi yang sangat mementingkan kesihatan, jus buah-buahan tanpa gula adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana setiap jenis buah mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia bukan sahaja enak bahkan mampu memberi pelbagai khasiat pada tubuh sama ada untuk detoks, tingkatkan imunisasi dan sebagainya. Apa kata anda cuba 10 resipi jus sihat daripada MBG yang kami kongsi ini. Sangat mudah untuk dibuat dan jika inginkan buah-buahan yang segar dan bermutu tinggi, anda boleh membelinya di mana-mana outlet MBG.
JUS ANGGUR PISANG BERSAMA PIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji pisang | hiris
1 biji buah pir | hiris,buang biji
10 biji anggur
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar buah pisang, pir dan anggur hingga lumat dan sebati. Tambah sedikit air mengikut keperluan.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Elok untuk membantu mengawal paras gula dalam darah.
JUS BUAH NAGA DAN OREN BERSAMA EPAL
BAHAN-BAHAN:
½ biji buah naga | hiris
1 biji buah oren | hiris, buang biji
1 biji buah epal | hiris buang biji
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan buah naga, buah oren dan buah epal. Kisar hingga sebati. Masukkan air secukupnya.
- Tuang ke dalam cawan. Sedia dinikmati.
JUS JAMBU BATU, EPAL DAN OREN
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal | buang biji, potong dadu
½ biji jambu batu | buang biji, potong dadu
1 biji oren | buang kulit dan biji, potong dadu
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua buah di dalam pengisar dan kisar hingga hancur dan halus.
- Masukkan air secukupnya
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Membantu melancarkan perkumuhan.
JUS BERI YOGURT
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah pir | potong
20 biji beri biru
5 biji strawberi
Sedikit yogurt kosong
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campur kesemua buah-buahan bersama yogurt ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur.
- Masukkan sedikit air jika perlu.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati. Bagus untuk membantu sistem penglihatan.
Info chef: Boleh tambah ais jika suka.
JUS KIWI DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
¼ biji nanas | buang kulit
2 – 3 biji buah kiwi | buang kulit
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan nanas dan kiwi ke dalam pengisar.
- Tambah sedikit air jika perlu.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Berkhasiat untuk menghalang osteoporosis.
JUS MANGGA LOBAK MERAH DAN EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak merah | kupas kulit
1 biji pir | buang kulit, potong dadu
1 biji epal | buang biji, potong dadu
1 biji mangga | buang biji dan kulit
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua buah ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan lumat.
- Masukkan sedikit air masak jika perlu.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Bagus untuk menyejukkan badan dan membuang toksin di dalam badan.
JUS PISANG SITRUS
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji pisang | buang kulit
1 – 2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji perahan lemon
CARA MEMASAK:
1.Kisar buah pisang dan oren ke dalam pengisar hingga halus.
- Masukkan perahan lemon. Kisar sekejap lagi.
- Tambah air jika perlu. Tuang ke dalam bekas dan sedia dihidangkan. Boleh tambah ais jika suka.
Info chef: Kaya antioksidan dan memberikan rasa tenang.
JUS SADERI DAN EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 – 3 batang saderi
1 -2 batang timun Jepun | kupas kulit
1-2 biji epal hijau | buang kulit dan biji
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar batang saderi, epal dan timun hingga lumat. Masukkan air jika perlu.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Membantu mengurangkan kolesterol.
JUS UBI BIT MERAH OREN DAN EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi bit merah | kupas
1-2 biji oren | kupas kulit dan buang biji
1-2 biji epal | kupas kulit dan buang biji
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar ubi bit merah, oren dan epal hingga hancur dan lumat.
- Tambah sedikit air jika perlu dan kisar lagi.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan stamina.
JUS BUAH NAGA BERSAMA STRAWBERI DAN YOGURT BERSUSU
BAHAN-BAHAN:
5-6 biji buah strawberi segar
½ biji buah naga
Sedikit yogurt kosong
Sedikit susu segar
CARA MEMASAK:
- Kisar buah naga, strawberi hingga hancur.
- Masukkan yogurt dan susu. Kisar lagi.
- Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Anti anemia dan menguatkan tulang. Boleh masukkan sedikit pemanis kurma jika suka.
Penyelaras Teks Rasa: Nurul Azwa Abu Bakar
Resipi: MBG Fruits Supply Sdn Bhd
Guna Teh Wangi & Masak Atas Dapur. Ini Petua Buat Teh Pakistan Mashyur Yang Sedap

Teh Pakistan Mashyur. Unik resipi yang dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibi ni. Nama diambil sempena resipi ayng diperolehi dari tauke karpet Pakistan. Minuman ini tidak sama dengan Teh Tarik biasa kerana ada teknik penyediaannya tersendiri. Cubalah… Buat untuk minum petang pun sesuai tau. Memang padu. Selamat mencuba!
RESIPI TEH PAKISTAN MASHYUR
BAHAN-BAHAN:
- 7 uncang teh wangi Ros – koyak uncangnya (beli online disini)
- 1 jug air -anggaran 1 liter
- 50ml susu segar – nak sedap, guna susu full cream
- 1/5 tin susu pekat manis – boleh kurang @ tambah ikut kuantiti air (beli online disini)
- Garam secubit dua
CARA MEMASAK:
1. Satukan serbuk teh, air, susu, susu pekat manis dan garam ke dalam periuk. Masak guna api perlahan hingga teh bertukar warna dan menjadi kembang.
2. Kacau bancuhan teh sekali sekala. Rasa dan boleh ubah suai susu ikut cita rasa masing-masing.
3. Bila teh sudah betul-betul mendidih, padamkan api.
4. Tapis teh menggunakan penapis kain. Memang padu rasa teh nya.
5. Dengan berhati-hati, tarik air teh yang telah ditapis tadi hingga berbuih.
6. Teh Pakistan Mashyur sedia dihidangkan. Enak dihirup ketika air teh masih panas suam.
INFO:
- Untuk rasa yang sedap, serbuk teh perlu dimasak di atas dapur. Ada beza rasanya berbanding dikacau dengan air panas biasa.
- Teh ini berbau wangi dan tidak terlalu manis kerana tidak ditambah gula.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Begini Cara Buat Somtam Betik Muda. Pedas, Masam, Manis Memang Sedap
Tambah Cili Solok. Ini Rahsia Masak Sayur Lemak Ikan Rebus Jadi Lebih Sedap
Petua Masak Sup Daging Siam Yang Sedap, Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak
Cara Buat Kuih Cakoi & Kuah Pandan Yang Mudah, Sedap & Confirm Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official