
Kuih orang lama atau selalunya warganet akan sebut lejen, memang tetap jadi pilihan. Kuih yang sebegini rasanya tak pernah jemu dimakan. Kalau bukan kita yang menjaga keaslian kuih tradisi, siapalah lagi yang boleh diharapkan kan?
Salah satu kuih lejen yang tetap ramai peminatnya adalah kuih lapis. Anys Idayu Zakaria dalam facebooknya berkongsi resipi kuih lapis yang menjadi kegemaran dalam keluarganya.
KUIH LAPIS

BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 kotak santan
3 cawan air
Garam secubit
1 cawan gula
Pewarna
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk kukus. Bagi air mendidih.
2. Campur semua bahan. Kacau bagi rata. Guna blender supaya cantik bancuhannya tak berketul.
3. Bahagi bancuhan ikut berapa warna nak guna.
4. Sapu loyang dengan marjerin atau sedikit minyak
5. Tuang bancuhan warna pertama. Sukat guna cawan. Setiap bancuhan tuang ikut sukatan cawan tu.
6. Kukus 5 minit.
7. Ulang lagi untuk color bancuhan seterusnya sampai habis.
8. Last sekali kukus 30 minit bagi betul-betul masak.
9. Dah masak, tutup api, biarkan sejuk.
10. Sebaiknya buat waktu malam untuk makan esok. Barulah senang potong.
Kredit Anys Idayu Zakaria
Link: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3838701582837073&set=p.3838701582837073&type=3&theater
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Masak Kuih Seri Muka Pandan Paling Mudah & Sedap.

Kuih Seri Muka ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN
BAHAN LAPISAN BAWAH (PULUT):
- 2 cawan beras pulut – basuh bersih
- 1 cawan santan
- 1 sudu teh garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung ubi
- 1 biji telur
- 1 cawan gula pasir (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
- 1/2 cawan air kisaran daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Bagi menyediakan lapisan bawah, satukan kesemua bahan dalam loyang bersesuaian dan gaul rata. Kemudian kukus selama 20 minit.
2. Setelah pulut masak, tekan pulut hingga padat.

3. Untuk lapisan atas, campurkan semua bahan dan kacau sebati. Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air.

4. Tapis adunan dan tuang ke atas pulut tadi. Kukus kembali selama 30-40 minit.



5. Sejukkan seketika kuih dan potong ikut saiz yang bersesuaian sebelum dinikmati.


Kredit resipi & foto: Puan Fara Bakri
Resepi Kuih Kaswi Pandan Yang Confirm Jadi Bila Buat, Bau Daun Pandan Buka Selera

Siapa peminat kuih tradisional pasti cukup kenal dengan kuih Kaswi. Kalau biasanya kita makan kuih Kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resepi Kuih Kaswi Pandan. Bau haruman daun pandan mampu membuka selera. Rasanya cukup sedap dengan rasa lemak-lemak dan manis. Ini resipi cara membuat Kuih Kaswi Pandan seperti yang dikongsikan oleh Siti Hadirah.
RESIPI KUIH KASWI PANDAN

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online
1 cawan tepung ubi – beli online
5 cawan air daun pandan
1 cawan gula putih – beli online
1 sudu kecil air kapur
Kelapa putih
Garam – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Campur tepung gandum, tepung ubi, gula kemudian masukkan air daun pandan. Masukkan air kapur dan kacau lagi. Jika mahu lagi senang, kisar semua bahan ini dan kemudian tapis.
2. Panaskan periuk kukus air sampai mendidih.
3. Sapukan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
4. Kukus selama 15-20 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan tuala kecil supaya wap air tidak masuk dalam adunan.
5. Selepas masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.


6. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dan garam. Kukus seketika lebih kurang 3 minit. Bolehlah gaulkan dengan kuih kaswi yang sudah siap dimasak tadi. Hidangkan.

Sumber kredit: Siti Hadirah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas
Campak-Campak Dah Siap, Resipi Mudah Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak Sangka 5 Kuih Sedap Ni Olahan Dari Mi Segera.

Keropok Lekor, Murtabak, Cucur, Popia dan Puff, semuanya diperbuat dari Mi Segera. Eh, macam tak percaya, tapi ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh membantu anda semua berkarya menambah menu sedia ada agar ahli keluarga tidak jemu dengan asyik mi segera biasa-biasa je.

BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 2bungkus mi segera | celur dan tos
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
- 1/2 cawan hirisan daun bayam
- Sedikit hirisan cili benggala
- Sedikit potongan dadu lobak merah
- 1 biji telur
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 Sudu teh garam
- Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
- Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
- Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
- Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
- Bulat-bulatkan doh hingga habis.
- Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
- Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.

KEROPOK LEKOR MI DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mi segera| celur dan tos
- 1 biji telur
- 4 sudu makan tepung ganadum
- 2 sudu makan tepung ubi.
- 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh garam halus
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam.
- Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan.
- Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata.
- Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk.
- Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis.
- Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
- Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing.
- Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.

MURTABAK MI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mi segera | celur dan tos
- 3 biji telur
- 6-7 keping kulit popia
- 1/2 cawan daging kisar
- 1/2 cawan hirisan halus kubis
- 1/2 biji bawang Holland | cincang kasar
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Sedikit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Kacau lagi.
- Seterusnya masukkan pula daging kisar dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kubis.
- Terus kacau rata, selepas kubis layu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
- Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan mi yang telah dicelur dan bahan tumisan. Kacau rata.
- Panaskan kuali leper (sebaiknya kuali yang digunakan untuk membuat roti jala), sapukan sedikit minyak.
- Tuangkan campuran mi tadi dalam kuali dan bentukkan empat segi dengan ketebalan 2cm.
- Balikkan dan jangan terlalu garing, asalkan mi membentuk keping sahaja.
- Tutup api. Potong mi menjadi empat atau enam bahagian.
- Balut setiap potongan mi tadi dengan kulit popia. Lakukan sampai habis.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng murtabak hingga kekuningan menggnakan api sederhana.
- Hidangkan murtabak panas-panas dengan sos kegemaran anda.

POPIA MI KEJU BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mi segera | celur dan tos
- 12 keping kulit popia
- 1/2 biji bawang Holland
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan isi ayam dicincang halus
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit lobak merah | dadu halus
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
- Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
- Terus kacau hingga ayam masak.
- Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
- Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
- Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
- Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
- Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.

PUFF MI CENDAWAN CARBONARA
BAHAN-BAHAN
- 2 keping mi segera | celur dan tos
- 5 keping pastri puff segera
- 3 sudu makan sos carbonara
- 1/2 cawan daging kisar
- 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 5 biji cendawan butang dalam tin | dadu halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji kuning telur | kacau rata
- 2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga kekuningan.
- Masukkan daging kisar, kacau rata kemudian masukkan cendawan butang.
- Kacau lagi dan masukkan sos carbonara, gaul lagi.
- Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan mi, kacau rata dan tutup api. Ketepikan.
- Canaikan pastri puff menjadi nipis, kemudian letakkan inti mi carbonara di atasnya.
- Lipat dua kepingan pastri, bentuk dan kemaskan tepi dengan hujung garpu.
- Letakkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
- Sapukan bahagian atasnya dengan kuning telur.
- Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 30 minit.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan puff sedia dihidangkan.
.

