Bulan Ramadan kembali lagi namun kali ini suasananya agak berbeza dari tahun sebelumnya sejak PKP bermula. Namun begitu biarpun tiada kemeriahan bazar ramadan mahupun bufet ramadan , Berjaya Times Square Hotel mengambil peluang ini dengan menawarkan promosi Sajian Set Kombo Nasi Kandar dan Nasi Briyani Gam Batu Pahat . Kedua-dua promosi berbuka 2020 ini akan bermula dari 24 April 2020 hingga 23 Mei 2020.
Khas untuk para pengunjung dan peminat masakan Melayu, Cheff Yusoff, Eksekutif Chef dari Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam juadah Melayu akan menyediakan sendiri juadah santapan berbuka puasa.
Hidangan Pek Nasi Kandar ini disertakan dengan Ayam Masak Merah, Acar, Air Botol, Kurma dan anda boleh memilih antara kubis goreng dengan udang atau kacang panjang goreng dengan udang kering dan telur. Untuk pilihan kuah pula, anda boleh memilih diantara seleksi Kari Ikan, Masak Kicap, Dalca Sayur atau Sambal Kosong. Untuk hidangan tambahan, seperti Daging Masak Merah, Kambing Masak Ros atau Sambal Sotong boleh didapati pada harga RM7.00nett untuk setiap hidangan.
Untuk juadah Nasi Briyani Gam Batu Pahat yang sememangnya hidangan ikonik di hotel ini, pengunjung boleh memilih sajian dengan ayam atau kambing dan disediakan dengan ramuan khas yang mana ianya pasti menjadi juadah kegemaran pengunjung kami.
Ads
Bagi pembelian juadah ini, pengunjung kami boleh mendapatkannya melalui kaedah Pandu Lalu di pintu masuk bersebalah dengan Kawasan air pancut Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Ads
Set Nasi Kandar:
RM16.00nett seorang
RM30.00nett untuk 2 orang
RM42.00nett untuk 3 orang
Ads
RM65.00nett untuk 5
Set Nasi Briyani Gam Batu Pahat
Harga: RM11.00net setiap set
Air botol percuma akan disediakan bagi setiap pembelian.
Beberapa minggu sahaja lagi, Bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Biasanya di waktu-waktu begini, sudah ramai yang mengambil peluang untuk melakukan perniagaan seperti pakaian, kelengkapan dan kuih raya.
Namun nampaknya tahun ini agak berbeza. Dek kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia dan tidak menampakkan penurunan, ia sebenarnya menjejaskan ramai pihak terutamanya para peniaga.
Selain memperbanyakkan amal ibadah, bulan puasa juga merupakan saat bagi para peniaga kecil dan sederhana untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya bagi peniaga bazar Ramadan. Ada yang berniaga Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Sate, kuih muih, Roti John, aneka air balang dan bermacam-macam lagi. Namun apakan daya, demi memutuskan rantaian Covid-19 ini, banyak perkara perlu dikorbankan.
Sebentar tadi menerusi sidang media Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.
Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu. Cuma selagi PKP 2 diteruskan atau ada PKP lain selepas ini, bazar Ramadan tidak dibenarkan.
Beliau juga turut menambah, soal berkaitan bazar Ramadan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP pasca PKP yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara perkara-perkara lain yang disebut semasa sesi sidang media Kementerian Pertahanan:
Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (3 April 2020)
1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 737 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 403,336 kenderaan
2. PDRM telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut & pemeriksaan ke atas 4564 premis
3. Semalam (2 April), PDRM telah menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana ingkar PKP
4. Penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin (1 April )
5. Seramai 483 individu telah dituduh di mahkamah
6. Sejak 27 Mac sehingga 2 April sebanyak 371 kawasan telah di nyah cemar
7. Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan & PayNet utk mengecualikan caj RM1.00 bg pengeluaran wang di semua mesin ATM menggunakan rangkaian MEPS bermula 6 April sehingga tamat tempoh PKP
8. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian bagi mengurangkan pergerakan
9. Kerajaan memutuskan semua pelajar tajaan (JPA, MARA, KPT, Petronas) yg telah tamat pengajian & masih belum pulang ke tanah air akan diberi bantuan ihsan sehingga satu masa yg ditetapkan oleh penaja masing-masing
10. Bantuan ini merangkumi sewa tempat tinggal & makan/minum
11. Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan
– Terdapat berita tentang pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan.
– Kerajaan memutuskan supaya Kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yg berada di Malaysia.
– Pihak kedutaan perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kpd warganegara mereka
– Bagi yg di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Crisis Management Center di bwh kawal selia DBKL
12. Semua yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin, tanpa sebarang pengecualian.
13. Senarai pusat kuarantin boleh dirujuk di laman web agc.gov.my
14. Bagi penumpang ke Sabah & Sarawak yg pulang dari luar negara & transit di KLIA/KLIA2 atau mana-mana lapangan terbang di Semenanjung Msia, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di Sabah atau Sarawak
15. Kerajaan memutuskan Pasar Ramadhan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP
16. Jika PKP ditamatkan sebelum atau sewaktu bulan Ramadhan, operasi Pasar Ramadhan akan bergantung kpd SOP pasca PKP yg akan disediakan oleh MKN
17. Pergerakan dlm radius #10KM : Pihak polis diberikan kuasa budi bicara mengikut kes utk mempertimbangkan pelepasan perjalanan
TikTok, destinasi utama untuk video pendek, baru-baru ini mengadakan makan malam khas sempena Tahun Baru Cina dengan menggunakan tanda pagar #TasteOfCNY2024 untuk memeriahkan perayaan. Bukan sekadar perayaan, acara itu adalah malam yang penuh dengan kreativiti, kepelbagaian, dan hubungan semula antara komuniti pencipta, menangkap sepenuhnya intipati dan kepentingan ‘makan malam’ setiap kali Tahun Baharu Cina disambut
Selaras dengan keupayaan TikTok untuk menghubungkan orang ramai merentasi pelbagai pengalaman, budaya dan komuniti melalui kandungan pendidikan dan menarik, TikTok telah menyemarakkan semangat Tahun Baru Cina melalui siri video masakan daripada chef pempengaruh yang terkenal di platform TikTok. Dengan masakan yang dikongsi dapat memberi inspirasi serta dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga dan rakan taulan semasa musim perayaan.
“Tahun Baru Cina ialah perayaan yang kaya dengan budaya dan disambut di seluruh dunia. TikTok telah memperkenalkan #TasteOfCNY2024 memandangkan perayaan ini, yang bukan sahaja bertujuan untuk menyatukan masyarakat di platform tetapi juga untuk memudahkan hubungan bermakna dengan keluarga dan rakan di luar talian . Matlamat kami adalah untuk menggabungkan tradisi dengan lancar dengan ketersambungan moden untuk pengalaman perayaan yang lebih memperkaya, menghimpunkan perayaan masakan pelbagai budaya pencipta yang memberi inspirasi kepada pelbagai ekspresi kreatif melalui seni masakan mereka. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan tiga chef masakan yang hebat, iaitu Richard, Che Sayang Kitchen, dan Mathanedward, yang kesemuanya telah menghiburkan dan mengajar kami melalui hantaran video di TikTok sejak beberapa tahun lalu.” kata Yin Yin Hooi, Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia.
Kemuncak pada malam itu datang dalam bentuk tiga hidangan khas oleh pencipta masakan Richard (@richard_is_cooking), Che Sayang Kitchen dan (@chesayang_kitchen), Mathanedward (@mathanedward) dengan kerjasama Chef Lim Chee Seng, chef eksekutif The Qing’s Bamboo Hills.
Mereka masing-masing membawa citarasa unik yang tersendiri pada hidangan berdasarkan pengalamansendiri dengan makanan, menjadikan makan malam yang diadakan di The Qing, Bamboo Hills itu satu majlis yang tidak dapat dilupakan.
In-Apps Celebration
Pengguna TikTok boleh turut sama merayakan sambutan Tahun Baru Cina ini menerusi aplikasi tersebut sehingga 15 Februari 2024, dengan membuka kunci pelbagai ramuan untuk melengkapkan ‘yee sang’ maya mereka sendiri, hidangan unik Malaysia yang digemari ramai yang direka khas untuk musim perayaan. Setelah selesai, pengguna boleh memenangi hadiah istimewa termasuk telefon realme, pembesar suara, dan barangan eksklusif TikTok.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen #TasteOfCNY2024, atau untuk membina hidangan ‘yee sang’ anda sendiri, layari: https://vt.tiktok.com/ZSNwtVDdy/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.