Tidak kira kerabu, somtam, kerabu sotong atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.
Menggunakan Bahan Segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.
Masak Sekejap Je.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.
Ads
Sos Dibancuh Secara Berasingan
Semua bahan sos seperti jus limau, cuka garam, sos cili atau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.
Segera Dihidangkan
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.
Ads
Penyedap Rasa Unik
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk memastikan tip anda menjadi, berikut diserta resipi Kerabu Sotong Ala Thai yang sedap dan hanya ambil masa 15 saja siap.
Ads
KERABU SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
Sementara itu campurkan semua bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula dalam mangkuk.
Kacau rata dan cukup rasa.
Seterusnya masukkan sotong dan gaul rata.
Masukkan pula hirisan bawang dan serai, dan daun bawang, gaul lagi.
Akhir sekali daun pudina dan gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Baru berpindah di kediaman baru tidak menghalang wanita jelita yang juga pengasas produk Megah Perawan, Reena Zack, meraikan rakan-rakan yang ingin berkunjung. Baginya kehadiran teman-teman walaupun sudah biasa mereka tetap tetamu dan perlu diraikan. Reena bijak mencuri mencuri sedikit masa sibuknya untuk ke pasar membeli lauk pauk dan masuk dapur menyediakan sendiri masakan. Katanya, tak seronok kalau hidang juadah pada tetamu dengan makanan yang dibeli dari restoran. Biarpun hidangan ringkas beliau lebih senang menyediakan sendiri. Lagipun ramai di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga bila ingin berkunjung di rumahnya, mereka akan meminta Reena masak.
“Mungkin sejak anak dara lagi saya jenis suka memasak kerana dari kecil lagi ibu ajar saya masak. Kebetulan pula selepas berkahwin, ibu mentua juga suka memasak, jadi kami serasi bersama di dapur. Ibu mentua banyak mengajar saya memasak masakkan kegemaran suami. Kebetulan suami orang Kedah, kebanyakan masakan mereka suka masakan pedas. Ibu mertua saya penah berkata, nak pikat hati suami mesti dengan cara menyediakan masakan kegemaranya dengan air tangan sendiri, . Barulah hubungan keluarga akan erat dan berpanjangan,” ujar Reena yang menjadikan hobi memasak sebagai terapi untuknya menghilangkan stres.
Beliau juga mengakui berasa puas bila lihat ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati air tangannya dengan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut mengeratkan silatulrahim kekeluargaan mahupun dengan rakan-rakan. Selepas terbabit secara langsung dalam bisnes, Reena dan suami sering menjemput rakan-rakan bisnes mereka mengadakan perbincangan di rumah.
“Untuk hari ini, saya sediakan menu kegemaran suami dan anak-anak iaitu Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam, Ayam Rose, Udang Petai dan Jelatah. Menu ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan yang sering datang pada hari ini,” jelas Reena yang sangat mengutamakan soal diet keluarga kecilnya.
Cerita Reena beliau mahupun suami memang suka mengadakan makan-makan di kediaman mereka terutamanya di hujung minggu, dengan cara tersebut mereka dapat berkongsi sebahagian rezeki dengan orang lain. Ditambah pula jika dia berkesempatan menyediakan sendiri makanan untuk tetamunya.
Beritahu Reena, makanan akan kelihatan lebih sedap dan menyelerakan bila dihidangkan dengan sedikit kreativiti untuk menghiasnya di dalam pinggang atau mangkuk sebelum disusun atur di meja utama hidangan.
“Saya sangat mementingkan dekorasi untuk meja makan, hiasan bunga segar sering menjadi titik fokus tetamu ke meja makan untuk melihat juadah yang disediakan. Begitu juga dengan set pinggang mangkuk mesti sama corak dan warnanya. Ia penting walaupun hanya hidangan bersuama keluarga,”ungkap Renna ramah berkongsi pengalaman.
Isteri kepada Khairi Aziry bin Wahid dan ibu kepada dua puterinya, Puteri Daniella Qistina Khairilaziry dan Adellia Auddra Khairilaziry mengakui bahawa menjadi kewajipan baginya sebagai isteri menyediakan masakan untuk keluarga dan memastikan makanan terserbut sihat dan berkhasiat.
Kami suami isteri memang tidak suka makan di luar,” cerita Reena yang balik dari pejabat akan masuk dapur lagi bagi menyediakan makan malam pula.
Cerita Reena lagi sejauh mana kejayaan seseorang wanita itu, tempat paling dekat bersama keluarga sudah tentulah di dapur. Suami dan anak-anaknya akan seronok bila dia menyediakan menu kesukaan mereka. Kerana itulah dia percaya air tangan isteri membawa kebahagian keluarga.
Dalam menyediakan menu harian keluarga, Reena sangat mengutamakan makan sihat dan berkhasiat, terutama untuk dua puterinya. Setiap hari dia akan memastikan anak-anaknya mendapat nutrisi yang cukup melalui pemakanan yang disediakan Tidak hairanlah kalau dia sanggup setiap menyediakan menu salmon dan sayur yang menjadi kegemaran si kecilnya.
Ditanya mengenai perkembangan perniagaannya, Reena mengakui dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, beliau dan suami tetap positif dan memastikan strategi pemasaran akan terus rancak dilakukan. Ditambah pula dengan adanya kemudahan media sosial sekarang, Reena turut mengiatkan jualan melalui rangkaian jualan secara talian seperti melalui laman web, instagram dan Facebook.
“ Jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa bagi saya, tetapi saya yakin dengan kualiti produk yang baik akan menyakinkan pelanggan baru dan mengikat pelanggan tetap saya. Masa yang sama produk saya adalah produk mampu milik kerana ia tidak terlalu mahal,” akhiri Reena yang kini mempunyai lebih dari 200 stokis dan hampir 1000 pengedar yang mengedarkan rangkaian produknya di Malaysia, Brunei dan Singapura.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Jika tidak mahu lama masak, rebus dahulu daging dengan kicap hingga empuk kemudian hiriskannya.
AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Jika tidak mahu susu boleh tukarkan dengan santan
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk rasa lebih manis dan sedap goreng dahulu udang dan juga petai.
Nak memasak, jom cari resipi yang tak banyak bahan ramuannya. Dapat jimat barang runcit dan bahan di dapur.
Cubalah resipi yang mengenyangkan perut hingga ke petang. Jom semak dua resipi Apam Keju dari Eiyjan Aziean dan Risoles Daging Sosej Berkeju dari Asmawaty N Sofian
Mesti anak-anak suka, ajak dia orang tolong kat dapur.Sementara banyak masa di rumah, inilah masa terbaik mengajar anak memasak kan.
APAM KEJU
BAHAN-BAHAN :
2biji telur gred A atau B 1cawan gula 1sudu kecil ovelete 1cawan susu cair 2 keping keju cheddar 2 cawan tepung naik sendiri 2sudu kecil esen vanilla
*masak susu cair dan keju cheddardgn api sederhana hingga keju larut. Ketepikan
CARA MEMASAK : 1. Pukul gula telur ovelete dan esen vanila hingga putih gebu. 2. Masukan susu cair yg dimasak bersama keju tadi, baru masukkan tepung. Ayak tepung dulu yer.gaul rata. 3. Boleh masukan dlm cawan saya guna sudu jer. 4. Kukus api sederhana 8-9 minit.. pstikan air kukusan mendidih dahulu.. selamat mencuba..
Kredit : eiyjan aziean
RISOLES DAGING SOSEJ BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
300gm daging 100gm serbuk Roti 2 biji telur 1 biji kentang 5 batang sosej 6 keping kulit popiah Sedikit garam Sedikit serbuk lada hitam Sedikit serbuk perasa Mozzarela Cheese (diparut)
CARA MEMASAK : 1. Rebus kentang terlebih dahulu. tetap jangan sampai terlalu lama (takut lembik sangat nanti). Anggaran dalam 5 minit sahaja. 2. Potong kentang, sosej kepada bentuk yang di ingini. panaskan kuali dan tumis bahan-bahan tersebut. Letakkan sedikit lada hitam, garam & serbuk perasa. 3. Letakkan kulit popiah diatas pinggan. Lepas itu letak daging & sosej yang ditumis tadi di atas kulit popiah. Buat dalam keadaan memanjang. Taburkan mozzarela cheese ikut kemahuan anda. Lipat dan gulung risoles itu 4. Salut risoles itu dengan telur yang telah dipukul dan lumurkan ia di serbuk roti 5. Goreng dalam 2-3minit sahaja. Pastikan api dapur dalam keadaan sederhana supaya ianya tidak hitam. 6. Siap untuk dimakan
Resepi :Asmawaty N Sofian pages Warisan Network
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara pilih strawberi yang segar, manis dan tahan lama dengan 7 tip mudah. Elakkan buah cepat rosak dan pilih strawberi berkualiti setiap kali membeli.