Ads

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Sebagai tanda kesyukuran selepas restoran Ashhryshoshedap miliknya berjaya memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pempengaruh dan usahawan terkenal, Ashhry Atan meraikan pencapaian tersebut dengan menjamu hampir 1,000 pengunjung menikmati sarapan secara percuma.

Program yang berlangsung di cawangan pertama restorannya, Ashhryshoshedap di Nongchik Riverside, Johor Bahru, itu bukan sekadar meraikan kejayaan memperoleh pensijilan halal, malah menjadi tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaannya sejak mula beroperasi.

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Menurut Ashhry, kejayaan tersebut cukup bermakna memandangkan industri makanan dan minuman memerlukan komitmen tinggi, khususnya dalam memastikan kualiti hidangan serta perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Alhamdulillah, hari ini saya mengadakan program sarapan percuma untuk orang ramai sempena meraikan kejayaan Ashhryshoshedap memperoleh sijil halal daripada JAKIM.

“Saya mahu berkongsi berita gembira ini dengan pelanggan dan semua pihak yang sentiasa menyokong kami sejak awal pembukaan restoran sehingga sekarang.

“Bukan mudah untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang ramai. Dalam perniagaan makanan dan minuman, kita perlu sentiasa menjaga kualiti makanan serta perkhidmatan yang diberikan,” katanya.

Tambahnya, konsistensi merupakan antara faktor penting untuk memastikan sesebuah perniagaan mampu bertahan dan terus mendapat kepercayaan pelanggan.

Ashhryshoshedap Tawar Diskaun 50 Peratus Sempena Hari Lahir

Bukan itu sahaja, Ashhry turut mempunyai satu lagi berita gembira buat pelanggan setianya.

Bersempena ulang tahun kelahirannya pada 21 Oktober ini, beliau merancang menawarkan diskaun 50 peratus bagi makanan, minuman dan pencuci mulut di kedua-dua cawangan restorannya.

Tawaran tersebut merupakan satu lagi cara untuk berkongsi rezeki dan menghargai pelanggan yang terus memberikan sokongan kepada jenama restorannya.

Hampir 300 Menu Perlu Melalui Semakan Halal JAKIM

Mengulas mengenai pensijilan halal yang diterima, Ashhry menegaskan bahawa pengiktirafan rasmi JAKIM merupakan antara perkara yang diberikan keutamaan sejak awal.

Walaupun beliau sendiri beragama Islam, Ashhry berpandangan bahawa status pemilik restoran tidak seharusnya dijadikan satu-satunya ukuran dalam menentukan keyakinan pelanggan terhadap aspek halal.

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Ads

Sebaliknya, pensijilan halal penting bagi memastikan setiap proses penyediaan makanan memenuhi keperluan dan piawaian yang ditetapkan.

“Bagi saya, sijil halal memang sangat penting. Walaupun saya sendiri seorang Muslim, saya tetap mahu mendapatkan pensijilan halal supaya pelanggan lebih yakin untuk menikmati makanan di restoran kami.

“Halal bukan sekadar makanan yang dihidangkan, tetapi turut melibatkan bahan mentah, proses penyediaan dan aspek kebersihan.

“Kami mahu memastikan setiap hidangan bukan sahaja halal, malah bersih dan baik untuk pelanggan, selaras dengan konsep halalan toyyiban,” jelasnya.

Bagaimanapun, perjalanan mendapatkan pensijilan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Ini kerana restoran berkenaan menawarkan hampir 300 pilihan menu, termasuk hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Setiap bahan mentah yang digunakan perlu diteliti, manakala pelbagai dokumen sokongan termasuk sijil halal pembekal perlu dikumpulkan bagi memenuhi keperluan permohonan.

“Setiap bahan yang digunakan perlu disemak satu per satu. Kami juga perlu mengumpulkan dokumen dan sijil halal berkaitan daripada pembekal.

“Memang banyak perkara yang perlu diteliti, tetapi Alhamdulillah, segala usaha dan komitmen itu akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Ads

Rancang Buka Cawangan Kuala Lumpur Dalam Tempoh Dua Tahun

Dalam perkembangan lain, Ashhry turut berkongsi perancangannya untuk memperluaskan perniagaan Ashhryshoshedap ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu terlalu terburu-buru membuka cawangan baharu kerana mahu memberikan perhatian terhadap operasi dua restoran sedia ada di Johor Bahru.

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Katanya, kualiti makanan, layanan pelanggan dan kelancaran operasi perlu dipastikan sentiasa konsisten sebelum melangkah ke fasa pengembangan seterusnya.

“Saya mahu memastikan kualiti makanan dan perkhidmatan kami sentiasa konsisten. Kalau semuanya berjalan lancar, insya-Allah dalam tempoh dua tahun lagi saya merancang untuk membuka cawangan di Kuala Lumpur.

“Harapan saya supaya lebih ramai orang berpeluang menikmati makanan Ashhryshoshedap,” katanya.

Rancang Bangunkan Dapur Berpusat Dan Kembangkan Perniagaan Katering

Selain pembukaan cawangan baharu, beliau turut merancang membangunkan sebuah dapur berpusat (central kitchen) bagi memperkukuh operasi dan mengembangkan perkhidmatan katering.

Kemudahan tersebut dijangka membantu pihaknya memenuhi permintaan bagi pelbagai acara termasuk majlis perkahwinan, program korporat dan majlis keramaian.

Ads

Pada masa sama, Ashhry mahu memperluaskan pasaran produk sambal kering dan sambal basah keluarannya melalui platform e-dagang seperti TikTok dan Shopee.

Anda mungkin berminat dengan

Usaha itu membolehkan pelanggan di luar Johor turut mendapatkan produk restoran berkenaan tanpa perlu berkunjung ke premis.

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Ashhryshoshedap Terima Sijil Halal JAKIM, Ashhry Atan Buat Kejutan Belanja 1,000 Pengunjung!

Kesihatan Semakin Pulih, Mahu Fokus Perniagaan

Sementara itu, Ashhry turut berkongsi perkembangan positif mengenai tahap kesihatannya yang kini semakin baik selepas melalui beberapa ujian sebelum ini.

Beliau sebelum ini mendakwa mengalami gangguan sihir sehingga menyebabkan berat badannya turun secara ketara.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik dan berat badan pun makin naik.

“Sekarang saya cuba untuk lebih menjaga diri supaya kekal sihat dan dapat terus menguruskan perniagaan dengan baik,” katanya.

Untuk rekod, restoran milik Ashhry itu kini mempunyai dua cawangan di Johor Bahru, dengan cawangan keduanya dibuka di Tanjung Puteri pada Julai lalu.

Dengan kejayaan memperoleh pensijilan halal JAKIM bagi cawangan pertamanya, Ashhry berharap pencapaian itu dapat terus memperkukuh kepercayaan pelanggan sekali gus menjadi pemangkin kepada perkembangan jenama Ashhryshoshedap pada masa hadapan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Scoopable Cookies Yang Mudah, Gooey & Memang Menggoda!

Kek Span Pandan Paling Gebu & Sedap. Rahsia Mudah Confirm Jadi!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

YouTube video player
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

6 Menu Berkuah Sedap Untuk Hari Hujan, Pasti Menyelerakan

6 menu berkuah untuk hari hujan yang sedap dan mudah dibuat. Cuba sup ayam halia, tomyam seafood, kari telur dan pelbagai hidangan panas menyelerakan.