Ads

Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!

Kuih Lompat Tikam

Kuih Lompat Tikam cukup terkenal di negeri sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kuih tradisional Kelantan asli ini selalunya mempunyai 4 bahagian utama iaitu tepung hijau, kepala santan putih, pulut merah dan air gula Melaka.

Nak buat sendiri kuih Lompat Tikam tak lah susah mana. Namun hasilnya memang berbaloi sedap, puas hati makan malah lebih jimat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Izamani Ismail ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk, lemak manis secukup rasa!

Gabungan lapisan tepung hijau yang lembut, kepala santan yang berlemak, pulut merah dan manisnya air nise memang cukup menyelerakan. Bila dimakan sekali kesemuanya, setiap bahagian saling melengkapi dan memberikan rasa manis serta lemak yang secukup rasa.

Resipi Kuih Lompat Tikam

Walaupun nampak macam banyak bahagian yang perlu disediakan, sebenarnya bahan-bahan yang digunakan cukup mudah. Buat satu demi satu bahagian sehingga siap dan kemudian bolehlah dihidangkan bersama.

Bahan-Bahan (Tepung Hijau):

1 cawan tepung beras
3 cawan air (2 cawaan air + 1 cawaan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur

Masukkan bahan-bahan dalam kuali, kacau sebati baru buka api sederhana. Kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Dah siap masukkan dalam loyang atau bekas.

Pastikan adunan sentiasa dikacau ketika dimasak supaya ia tidak mudah berketul atau melekat pada bahagian bawah kuali. Apabila adunan sudah nampak berkilat dan teksturnya berubah menjadi lebih pekat, bolehlah dimasukkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.

Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!

Bahan-Bahan (Kepala Santan):

Bahan-Bahan (Kepala Santan):
2 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besaar tepung beras
sedikit garam

Ads

Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih kemudian tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.

Bahagian kepala santan inilah yang memberikan rasa lemak dan sedikit masin. Apabila digandingkan dengan air gula Melaka yang manis, rasanya menjadi lebih seimbang. Sebaiknya gunakan api sederhana dan jangan berhenti mengacau supaya tekstur santan kekal cantik.

Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!
Kuih Lompat Tikam

Bahan-Bahan (Pulut Merah):

1 cawan beras pulut
sedikit pewarna merah
santan cair
sedikit garam

Basuh beras pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam acuan.Masukkan pula santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam, kemudian kukus sehingga masak.

Pulut merah memberikan tekstur yang berbeza apabila pencuci mulut ini dinikmati. Pastikan pulut benar-benar masak dan lembut sebelum dihidangkan. Tak perlu masukkan santan cair terlalu banyak, cukup sekadar paras yang dinyatakan supaya hasil pulut tidak terlalu lembik.

Ads
Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!
Kuih Lompat Tikam
Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!
Kuih Lompat Tikam

Bahan-Bahan Air Nise atau Gula Melaka

  • 2 keping nise/gula Melaka
  • 1 cawan air
  • Sehelai daun pandan

Masak semua bahan sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Air nise menjadi pelengkap penting untuk memberikan rasa manis pada hidangan ini. Daun pandan pula memberikan aroma yang lebih harum. Masak sehingga gula larut sepenuhnya dan air gula menjadi sedikit pekat sebelum ditutup api.

Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!
Kuih Lompat Tikam

Cara Menikmati Kuih Lompat Tikam Supaya Lagi Sedap

Siap! Selamat mencuba.

Untuk menikmatinya, ambil secukupnya tepung hijau, kepala santan dan pulut merah ke dalam mangkuk. Kemudian curahkan air nise atau gula Melaka mengikut tahap kemanisan yang disukai.

Kalau suka makan sejuk-sejuk, boleh sejukkan dahulu bahan yang telah siap sebelum dihidangkan. Memang menyegarkan terutama apabila dimakan pada waktu petang atau dijadikan pencuci mulut selepas makan tengah hari.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Rasa lemak daripada santan, manis air nise, lembutnya tepung hijau serta pulut merah menjadikan pencuci mulut tradisional ini mempunyai gabungan rasa dan tekstur yang tersendiri. Nak lebih atau kurang manis, boleh sesuaikan jumlah air gula ketika menghidang.

Buat Sendiri Kuih Lompat Tikam Sedap, Lemak Manis Secukup Rasa!
Kuih Lompat Tikam

Pencuci Mulut Tradisional Pantai Timur Yang Kena Cuba

Nak cuba kuih tradisional popular di Pantai Timur, boleh buat dan rasa sendiri Kuih Lompat Tikam yang manis berlemak ni. Memang sedap dijadikan sebagai pencuci mulut apatah lagi dinikmati ketika sejuk-sejuk. Kena cuba!

Menariknya, setiap komponen boleh disediakan secara berasingan sebelum digabungkan ketika hendak makan. Jadi senang nak tentukan sendiri banyak mana pulut, kepala santan ataupun air gula yang hendak diletakkan dalam setiap hidangan.

Kalau selama ini biasa beli di pasar pagi, apa kata cuba pula buat sendiri di rumah. Bahan-bahannya tidak terlalu banyak dan cara penyediaannya pun mudah untuk diikuti. Paling penting, boleh buat satu bekas dan nikmati bersama keluarga ketika sarapan, minum petang ataupun sebagai pencuci mulut.

Sumber: Izamani Ismail

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Jenis Kopi Pilihan Rupanya ‘Bongkar’ Gaya & Personaliti Diri

Jenis kopi pilihan mungkin menggambarkan personaliti anda secara santai. Dari Americano, latte hingga kopi O, lihat karakter di sebalik kopi kegemaran.