
Meriah, penuh dengan aktiviti dan pastinya sarat dengan makanan enak! Pesta Seri Rasa x RASA sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026Ā yang berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026Ā di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala LumpurĀ berjaya menghimpunkan penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga dalam satu acara yang cukup meriah.

Selari dengan tema āMengangkat Warisan, Menyatu Rasaā, Pesta Seri Rasa x RASA menjadi ruang buat pengunjung menikmati kepelbagaian cita rasa tempatan sambil meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sepanjang enam hari penganjuran, pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati pelbagai hidangan, malah turut disajikan dengan aktiviti pentas, demonstrasi masakan, promosi menarik dan pelbagai aktiviti interaktif.
SERI-AJIĀ® CITA REKOD BARU THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Bukan sekadar memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, Seri-AjiĀ® turut mencipta detik membanggakan apabila berjaya mencatat rekod “Most ‘Nasi Goreng Kampung’ Giveaway in an Event“bersama The Malaysia Book of Records.


Pencapaian istimewa ini berlangsung pada 13 September 2026, menyaksikan sebanyak 2,026 pek Nasi Goreng KampungĀ disediakan oleh chef dari Zai Sri Gemilang Catering danĀ diagihkan kepada para pengunjung, menjadikan acara ini antara salah satu tarikan utama Pesta Seri Rasa x Rasa.
Lebih istimewa, kesemua nasi goreng tersebut dimasak menggunakan Seri-AjiĀ® Perencah Nasi Goreng Kampung, yang memudahkan penyediaan hidangan nasi goreng dengan rasa yang cukup lengkap dan menyelerakan. Selari dengan tagline āLengkap, Sedap, Mudahā, hanya dengan satu paket Seri-AjiĀ®, hidangan kegemaran ramai ini dapat disediakan dengan lebih praktikal tanpa menjejaskan keenakan rasanya.









Pencapaian tersebut juga turut memperlihatkan bagaimana hidangan yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia seperti Nasi Goreng Kampung boleh diraikan dalam skala yang lebih besar.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu ialah Lee Soon Howe, Deputy Senior General Manager, Food Service, Consumer Marketing & Corporate Communication Department; Ng Yee Boon, Head of Department, Consumer Marketing; Mohamad Nazrin Bin Badrolhisham, Deputy Head of Department, Consumer Marketing; Melisa Margaretha, Deputy Head of Department, Consumer Marketing; Zulkefli Kasri, Deputy Head Of Department, Corporate & Business Communication (CBC); serta Teoh Pheh San, Section Head of Consumer Marketing (Menu Seasoning).
Kehadiran barisan pengurusan Ajinomoto bersama pengunjung yang membanjiri lokasi acara menambahkan lagi kemeriahan ketika pencapaian tersebut diraikan.
BOOTH AJINOMOTO TURUT DIMERIAHKAN PELBAGAI AKTIVITI
Selain pencapaian istimewa tersebut, kehadiran AjinomotoĀ di Pesta Seri Rasa x RASA turut mendapat perhatian pengunjung dengan pelbagai aktiviti sepanjang enam hari festival berlangsung.
Antara yang menjadi tarikan ialah demo masakanĀ serta sesi merasa hidangan secara percuma.
Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai menu yang disediakan menggunakan produk Ajinomoto, antaranya Seri-AjiĀ® Nasi Goreng Kampung, Seri-AjiĀ® Tom Yam Oden, TUMIXĀ® Omelette, AJI-SHIOĀ® Grilled ChickenĀ serta minuman LimeadeĀ yang menyegarkan.


Aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri bagaimana produk-produk tersebut boleh digunakan untuk menyediakan hidangan mudah dan menarik untuk dinikmati seisi keluarga.
PROMOSI ISTIMEWA TARIK PERHATIAN PENGUNJUNG
Booth Ajinomoto turut menawarkan pelbagai promosi istimewa sepanjang Pesta Seri Rasa x RASA berlangsung.
Antaranya ialah Merdeka Bundle SetĀ yang hadir bersama Merdeka Blind Box percuma, Seri-AjiĀ® Value PackĀ pada harga hanya RM12Ā serta promosi āAJINOMOTOā Lime Seasoning Powder 400g Beli 1 Percuma 1 pada harga RM12.
Anda mungkin berminat dengan


Pengunjung yang membuat pembelian turut menerima baucar eCommerce bernilai RM5 secara percuma, menjadikan kunjungan ke booth Ajinomoto lebih berbaloi.
Gabungan demo masakan, sesi merasa makanan, jualan promosi dan aktiviti interaktif menjadikan booth Ajinomoto antara lokasi yang menerima kunjungan ramai sepanjang festival.
SEMOGA BERJUMPA LAGI!
Secara keseluruhannya, Pesta Seri Rasa x RASA 2026 meninggalkan pelbagai momen manis buat pengunjung yang hadir. Daripada hidangan enak, aktiviti menarik hinggalah kejayaan Seri-AjiĀ® mencipta rekod baharu bersama The Malaysia Book of Records, semuanya menjadikan penganjuran kali ini lebih istimewa dan cukup bermakna.
Lebih daripada sekadar sebuah pesta makanan, acara ini turut menjadi ruang untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul, berkongsi rasa serta mencipta kenangan bersama.
Semoga kemeriahan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak aktiviti, sajian menarik dan kejutan istimewa untuk semua. Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASA 2026.Ā Semoga berjumpa lagi dalam acara yang akan datang!
Layari laman web Smart Cooking di www.smartcooking.com.myĀ dan ikuti platform media sosial Ajinomoto untuk mengetahui lebih banyak resipi, promosi terbaru dan aktiviti-aktiviti terkini yang dijalankan.

sekarang!
