Ads

6 Resipi Nasi Goreng Wajib Cuba, Sedap & Istimewa Sempena National Fried Rice Day

6 Resipi Nasi Goreng Wajib Cuba, Sedap & Istimewa Sempena National Fried Rice DayNasi semalam ada lebih? Jangan dibuang! Inilah masa paling sesuai untuk tukarkannya menjadi sepinggan nasi goreng panas yang cukup menyelerakan. Ada banyak resipi nasi goreng mudah yang boleh dicuba hanya menggunakan bahan yang tersedia di dapur.

Setiap 20 September, National Fried Rice Day diraikan untuk meraikan antara hidangan nasi paling versatil dan digemari ramai. Sambutan ini diperkenalkan oleh Benihana pada 20 September 2018 dan terus diraikan sehingga hari ini.

Kalau di Malaysia, nasi goreng memang bukan menu asing. Boleh dikatakan setiap kedai makan ada versinya sendiri, daripada Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Belacan sampailah Nasi Goreng Tom Yam.

Paling menarik, hidangan ini tak perlukan bahan terlalu banyak. Dengan nasi sejuk, telur, bawang dan beberapa bahan yang ada dalam peti sejuk pun dah boleh jadi satu hidangan lengkap.

Jadi sempena National Fried Rice Day, apa kata cuba enam resipi nasi goreng ini.

1.Nasi Goreng Kampung

6 Resipi Nasi Goreng Wajib Cuba, Sedap & Istimewa Sempena National Fried Rice Day

Pedas, wangi ikan bilis dan ada sayur kangkung. Memang menu yang susah nak ditolak!

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih sejuk
  • ½ cawan ikan bilis
  • 1 cawan kangkung
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan sedikit untuk hiasan.
  3. Tumis bahan tumbuk sehingga harum.
  4. Pecahkan telur dan kacau hingga masak.
  5. Masukkan nasi, sos tiram serta garam. Gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan kangkung dan ikan bilis. Goreng seketika sebelum dihidangkan.

2. Nasi Goreng Cina

6 Resipi Nasi Goreng Wajib Cuba, Sedap & Istimewa Sempena National Fried Rice Day

Tak pedas tetapi tetap cukup rasa. Sesuai untuk seisi keluarga terutama anak-anak. Antara resipi nasi goreng yang boleh dicuba kalau mahukan rasa lebih ringan.

Ads

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih sejuk
  • 2 biji telur
  • ½ cawan isi ayam
  • ½ cawan sayur campur
  • 3 ulas bawang putih, cincang
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan masak sehingga berubah warna.
  3. Pecahkan telur lalu kacau sehingga menjadi berketul-ketul.
  4. Masukkan sayur campur dan nasi.
  5. Tambahkan sos tiram, minyak bijan, lada sulah dan garam.
  6. Goreng menggunakan api besar sehingga nasi berderai dan harum.

3. Nasi Goreng Belacan

6 Resipi Nasi Goreng Wajib Cuba, Sedap & Istimewa Sempena National Fried Rice Day

Kalau suka nasi goreng yang aromanya kuat dengan rasa pedas yang membuka selera, resipi ini memang kena cuba.

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1 sudu kecil belacan
  • 4 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan ikan bilis
  • 1 biji telur
  • Sedikit sayur kangkung
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Tumbuk cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan.
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan ikan bilis dan masak seketika.
  4. Ketepikan bahan tumisan di tepi kuali dan pecahkan telur.
  5. Masukkan nasi lalu gaul semuanya hingga sebati.
  6. Tambahkan kangkung, garam dan sedikit gula. Goreng sehingga cukup rasa.

4. Nasi Goreng Tom Yam

6 Resipi Nasi Goreng Wajib Cuba, Sedap & Istimewa Sempena National Fried Rice Day

Masam, pedas dan harum dengan aroma tom yam. Sesuai untuk yang sukakan nasi goreng dengan rasa lebih ‘kick’.

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1½ sudu besar pes tom yam
  • ½ cawan udang
  • ½ cawan sotong
  • 1 biji telur
  • 1 batang serai, hiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji cili padi
  • ½ biji bawang Holland
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Sedikit perahan limau nipis

Cara memasak:

  1. Tumis bawang Holland, serai dan cili padi sehingga harum.
  2. Masukkan pes tom yam dan daun limau purut.
  3. Tambahkan udang serta sotong. Masak sebentar sahaja.
  4. Pecahkan telur dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi bersama sos ikan.
  6. Goreng menggunakan api besar dan akhir sekali tambahkan sedikit perahan limau nipis.

5. Nasi Goreng Ikan Masin

6 Resipi Nasi Goreng Wajib Cuba, Sedap & Istimewa Sempena National Fried Rice Day

Ads

 

Bahan tak banyak tetapi aromanya boleh buat satu rumah rasa lapar. Kalau ada ikan masin di dapur, ini antara resipi nasi goreng yang mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2 sudu besar isi ikan masin, potong kecil
  • 1 cawan kailan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Goreng ikan masin sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih serta cili merah.
  3. Pecahkan telur dan kacau.
  4. Masukkan nasi, sos tiram dan lada sulah.
  5. Tambahkan kailan serta ikan masin.
  6. Gaul rata dan rasa dahulu sebelum menambah garam kerana ikan masin sudah mempunyai rasa masin.

6. Nasi Goreng Seafood
6 Resipi Nasi Goreng Wajib Cuba, Sedap & Istimewa Sempena National Fried Rice Day

Udang dan sotong memang pasangan terbaik kalau nak nasi goreng yang terasa lebih istimewa.

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • ½ cawan udang
  • ½ cawan sotong
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang Holland
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • ½ cawan sayur campur
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga harum.
  2. Masukkan udang serta sotong dan masak seketika.
  3. Pecahkan telur dan kacau.
  4. Masukkan nasi bersama sos tiram, kicap cair dan lada sulah.
  5. Tambahkan sayur campur lalu goreng menggunakan api besar.
  6. Perasakan secukupnya dan terus hidangkan ketika panas.

Tip Resipi Nasi Goreng Lebih Sedap

Nak nasi goreng yang cantik berderai seperti di kedai, sebaiknya gunakan nasi yang sudah sejuk atau nasi semalaman. Teksturnya lebih kering dan tidak mudah melekat ketika digoreng.

Pastikan juga kuali benar-benar panas sebelum memasukkan nasi. Goreng menggunakan api sederhana tinggi atau besar dan jangan terlalu banyak menggunakan sos kerana ia boleh menyebabkan nasi menjadi lembik.

Ads

Lebihan lauk dalam peti sejuk seperti ayam goreng, daging, sayur atau sambal juga boleh dimanfaatkan. Campak saja dalam nasi dan jadilah resipi nasi goreng versi sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Tak kiralah Nasi Goreng Kampung, Belacan, Tom Yam atau Seafood, menu ini memang antara hidangan paling mudah apabila tak tahu nak masak apa.

Jadi sempena National Fried Rice Day, bolehlah pilih satu daripada enam resipi ini untuk dicuba. Lagi-lagi kalau ada nasi semalam memang rugi kalau tak dibuat nasi goreng!

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Nasi Goreng Tomyam Padu & Wangi, Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar!

Nasi Goreng Seafood Sotong Paling Padu, Guna Perencah Segera Tapi Rasa Macam Restoran

Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Buat Cendol Guna Tepung Jagung Lebih Sedap & Kenyal,Tak Mudah Hancur

Buat cendol menggunakan tepung jagung lebih sedap, kenyal dan tak mudah hancur. Ikut resipi istimewa ini lengkap dengan cara buat kuah santan dan air gula.